Terima kasih kerana sudi siarkan cerita saya. Maaf kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai habis, untuk pengajaran semua.
Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah kahwin. Lepas berkahwin saya tinggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama meninggal, saya tak sempat kenal pun.
Saya tak kisah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akhir hayat mak dia. Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.
Tapi, yang buat saya terkilan adalah sikap adik-beradik suami. Semua dah berkeluarga dan ada yang dah bercucu pun. Tapi, diorang tak peduli kat mak diorang ni.
Boleh bayangkan tak, adik-beradik suami semua tinggal dekat2 dengan rumah mak mertua saya. Jarak paling jauh adalah rumah anak yang sulung – 10km dari rumah mak mertua. 'Jauh sangat' kan? Yang paling dekat, sebelah rumah je. In fact, bukan sebelah rumah pun, tapi rumah yang sama, cuma ada 2 pintu.
Tapi, sepanjang bulan puasa ni, tak de sorang pun sudi balik berbuka puasa dengan mak diorang ni. Sahur lagilah tak ada. Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertua saya ni.
Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak. Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka. Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.
Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah, kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah. Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak. Tapi, realiti tak de sorang pun buat apa yang diorang baca tu!
Hipokrit much!
Saya dah suami dah 7 tahun berkahwin. So, perangai adik-beradik diorang ni saya dah nampak jelas. Ada anak yang hidup mewah. Tapi, bila time raya, takde pun nak bawak mak beraya sama. Semua kat rumah masing2. Tinggallah mak mertua tu dengan saya dan suami tunggu anak2 yang lain ni datang. Datang ye, bukan balik. Ada beza datang dan balik. Kalau balik at least tido la umah mak tu. Ini datang dalam sejam dua, air pun berhidang macam tetamu. Lepas tu pakat2 balik semua orang.
Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua. Every year without fail. Awal2 saya tak kisah. Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat. Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung. Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.
Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya. Boleh agak tak apa yang jadi? Of course kami bergaduh! Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.
Ehhh adik-beradik tu semua ada sekeliling rumah mak je. Apa salahnya 'serahkan' kejap tanggungjawab jaga mak tu sehari dua masa raya ni. Mak mentua saya pun bukanlah tak boleh berjalan langsung. Masih gagah lagi cuma gagah orang tua la. Bukanlah yang kena kawal 24 jam, makan bersuap pun. Itupun tak de anak2 yang nak amik mak ni.
Boleh bayang kalau mak ni dah terlantar tak boleh gerak? Lagilah tak da yang nak jaga.
Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk. Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua. Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?
Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur. Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.
Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.
Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye ;(
– Puan Stress.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ziyra Montella teringat kau penah cite.
Aku pun dah xingat
sebagai isteri, memenuhi tuntutan suami adalah yang paling utama. sebagai suami pula, bertolak ansur adalah baik juga. kalau mmg rumah tak jauh dr famili, ptg raya pertama boleh g umah famili pulak.
org laki ni dia tgk cara org puan mintak mcm mana. kalau mintak pun dgn cara yang tak bagus, jawapan yang tak bagus la dpt. 7 tahun kawen, rasanya puan dah tau cara nak handle suami puan, apa kesukaan dia, apa yang dia tak suka, mcm mana nak pujuk dan semua2nya.
utk kaum suami pulak, ayah sy pernah kata, kita sebagai suami kena ada sesuatu yang isteri perlukan dr kita. kena elakkan isteri dr terlalu berdikari. biar dia mintak tlg kita utk bawak dia ke mana2, biar dia rasa selasa dlm rumah yang kita bina. mcm tu.
niat berpisah sebaiknya elakkan. bila ada niat mcm tu, puan akan terus berfikir yang puan ada segalanya walaupun berpisah dgn suami. sila berfikir jauh jgn mengikut nafsu.
ada caranya..
Cakap mmg senang…..
Senyum Sinis sy membace coretan saudara …
Indeed tuan..
Hanya pendapat peribadi di ruangan confession. Kekal bergaduh sampai bercerai-berai pun salah satu pilihan jgk.
Kekadang better cerai daripada unhappy marriage. Tak perlu nak perli-perli.
sangat setuju …..jgn biarkan isteri terlalu berdikari… cara nak mintak sesuatu dgn suami mmg kena ada cara… hanya isteri mengetahui kelemahan suami… isteri kalau ‘ bijak ‘ ..suami boleh tunduk pd isteri…..
Grrrr!
Ape kata bawak mak mentua ko beraya kat umah parent kau.dh nama raya kan.kan boleh celebrate sama2.adik beradik laki ko yg lain kalau nk dtg beraya suh dtg lepas kau balik dr kg.
yes..cadangn bernas
Betul tu… Sbb makcik sy ni tetiap taun bwa mak mertua dia balik raya ngn family bsr kteorg.. Sbb suami makcik sy anak tunggal so bwa skli beraya jd meriah tau.. Takda hal pn nk bwa beraya bersama..
Cuma kdg2 org tua ni ada yg xnk bermalam rumah org. Dia akan rasa xselesa… kdg2 rumah ank sendiri pun ada yg nk cpt balik. Mungkin mak mertua dia pesyen gini
Br nk cdg mcm ni..dah xada siapa nk tgk mmg ini yg terbaik..mak mertua pn kn paham jgn soal xselesa atau apa..pikir menantu yg byk temankan hidup kau..
Org tua biasanya payah.
Selalunya kalau baca confession mesti menantu perempuan yg support kewangan keluarga suami dia.
Bukan xde lelaki tanggung keluarga isteri..tapi sebab lelaki jarang bercerita bab cmni. :)
lelaki x patut cerita pon memang tanggungjawab lelaki beri makan anak bini. Berat tanggungjawab anak lelaki ni bukan takat teman mak pagi raya. makan minum mak, anak bini semua tanggungjawab dia. jangan nak pakat beralasan x mampu aje. kalau lah semua lelaki tahu cam mana rasa azab Allah beri pada yang x tunaikan tanggungjawab beri makan minum pakai ni, rasanya x berani kot derang2 ni nak kawen….
Adoiiiii orang cerita pasal tanggung KELUARGA MERTUA.. Bukan tanggung isteri dan anak2..
Lah ditanggung keluarga mertua lah tanggung mak mertua dia, belanja dapur belanja rumah elektrik, api air. bezanya x tanggung adik beradik je sbb semua dah kawen x ddk sekali. kalu ddk sekali mau kn tanggung jgak tu…
Ni adalah salah 1 sebab aku xmo kawin awal. Aku nk berbakti kat mak ayah dulu, baru aku nk fikir mak ayah org lain.. huhu
Blh x aku nk ckp..aku keciwa..lalu aku pn berkahwin..hah tetiba
Xboleh ke bawak mak mertua balik beraya bersama dgn mak ayah sndiri?
Rasanya dia bukan nak balik beraya setakat 2, 3 jam. Dia mmg nak balik beraya sblm raya pertama lg. Mana la penah2 dibuat org bwk.mak.mertua balik beraya hari pertama kat rumah mak ayah kita. Mak mertua tu sendiri akan rasa tak selesa sbb bukan rumah dia.
Azwan Awang perasan x situasi n keadaan dia…..
A’ah la…same ekkkk….?????
Aznor Zainal
Bawa mak mertua ke rumah parents?
Ak seorang anak lelaki bongsu y punyai masalah keluarga macam ni.mak ayah dh cerai.mak kanser dan separuh buta.xlarat bwk diri..adk bradik xjaga.itulah sebabnya ak payah nak berkahwin walaupun ramai y dtg meminang(bukan show off).ak bimbang ak dh jadikan isteri aku sbg tebusan dan bimbang masih ada lagikah seorang isteri y sanggup bersusah2 bersama dgn aku untuk menuntun ke syurga melalui bakti pd ibu.
ada
Saiful Luqman Saifudin
Alahai akak, xkan sbb mcm ni akak terfikir nk berpisah dgn suami? Benda boleh selesai cara baik.
Apa kata raya tahun ni akak bawa balik mertua akak balik rumah besan dia (parent akak la tu). Alah, bukannya beradik suami akak tu cara dgn mak dia sendiri. “Culik” je mak mertua bawa balik rumah parent akak. Apa beradik suami akak nk ckp nnti, lantak kt depa.
Ahaa…btol.. idea yg same jgk sy pkirkan mase memule bace confession akak ni… masalah ni utk kite permudahkan, bukan lagi menyulitkan .. pape pon.. hope akk confessor ni dpt beraya dgn fmly dy.. insyaALLAH
Hm.mcm.xbest je bila nk manja2 dgn mak ayah kte ade mertua sekali. Itu bg sy la.. sebab kita da dduk dgn mak mertua. Nk chance jgk dgn mak ayah kte privacy.
Hbs tau adik beradik.yg lain tu buat.ape?? Buat bodoh je?
Bagus jgk kau cerai. Biar laki tu kawen ngan pompan lain lak. Pastu pompan tu pulak jaga mak dia.
Besok leh bukak fail. Lepas semayang raya leh cerai dah.
Tak kena kat diri sendiri, of course la boleh suruh confessor sabar dan utamakan suami bla bla bla. Kena kat diri sendiri baru tahu. Mak ayah kite sendiri jaga kite dari lahir. Tetiba pula ada suami (yg kononnya nak jaga kite dgn baik tapi…) Suami boleh ganti. Mak ayah kite tak boleh ganti. Sorry but this is reality.
Yes
Agreed ??
Agreed
R
Datuk Seri Eita Omar hmmmm =_=
Puan, klu puan rasa x ikhlas dalam kluarkan belanja untuk keluarga mertua, puan x perlu buat begitu, cuma bg takat mana yg mampu, sebab duit tu hak puan manakala yg lain tanggungjawab suami…
X rase. Bole ckp.
7tahun lama tu, suami dh naik lemak mmg xkn tolak ansur. Tp psaipa menantu pmpuan yg nk tgg blnja? Blh ja klu xbg, settle 1 mslh dh
Jgn mcm tu. Apa kata bawak mak mertua dan suami balik raya rumah mak ayah awak?
Ermm..apa kata bawa mak mertua skali beraya kat rumah parents hari raya pertama tu..kesian tgk sorg2 sbb anak yg lain kurengggg berguna..coz parents sya pernah buat mcm tu..tak da la gaduh2..cuma beza mak cik n pak cik sya still jga nenek sya dgn baik.. :)
Rasanya puan trying too much. Sebab tu rasa penat. You give too much sebab tu rasa mcm nak lari. And you give not for the sake of Allah but for the sake of your husband. Your husband is a good guy. Dia hormat n taat pada mak dia.. dia nak berbakti pada mak dia. Lelaki mcm ni masyaallah sebab dia jaga mak dia berkat dalam hidup dia..murah rezeki n penyayang pada isteri n anak-anak. Syukur puan dapat lelaki macam ni. Kalaun dia layan mak dia dgn baik, insyaallah dia pun akan tolong puan jaga mak ayah puan nanti.
Tapi bila dia nak berbakti pada mak bapak dia tak semestinya kita sebagai isteri kena bagi macam husband bagi. In islam everyone ada role sendiri. Kita jaga mak diaacam mak sendiri..tp duit lauk bukan tanggubgjawab kita sebagai seorang isteri. Duit poket kepada mentua bukan tangggungjawab kita. Nafkah tangungjawab suami. Kalau puan rasa terbeban, puan boleh kurangkan ni dan lebihkan utk mak ayah puan. Kalau rasa mcm puan kena bantu jugak suami beli lauk pauk maka bantu masa dia sangat kesusahan dan berlapang dadalah. Do it not for him tp for Allah. Dah dikira sedekah. N sedekah paling afdal adalah utk kaum kerabat. Dont expect balasan from him, but balasan dr Allah. Then youll be happy.
Then make sure you have some private time dgn suami. Some few hours, or a day keluar dgn suami without family besar. Rasa boleh bernafas sikit. Boleh lepaskam lelah urus keluarga.n masa ni la ambil.peluang bercakap
N kalau suami xnak balik rumah keluarga kita dgn alasan mak dia, minta izin balik sorang la..or bawak mak dia sekali. Or balik sekejap half day half day. Give and take. Insyaallah ada jalan penyelesaian.
N pasal adik beradik ipar… just close your eyes. And do good things to your mom in law.. not for the sake of her or your husband but for Allah. Utk dpt redha Allah. Minta Allah balas pengorbanan kita n suami sebaik baiknya. Mmg akan rasa terkilan bila situasi mcm ni..tp trust me when you close your eyes to then n just flcus on what good deed we do and we can do..hati jadi lapang. Jangan rasa terbeban or terkorban..kalau ikhlas for Allah insyaallah Allah akan buat hati kita tenang xterbeban.
And lastly puan, jaga parents mmg mcm mcm ujian. Allah siap sebut dlm Alquran bermaksud benda tu bukan benda senang petik jari. Anggap sikap adik beradik ipar tu as ujian Allah dlm suami n puan jaga mak mertua puan.be strong and minta tolong Allah selalu. And trust me, if your are there when your husband need to take care of his parent, he will be there when its your parents turn.
Kartika Amri
Well said
Aku baca pun stress!
Abiell Adlynna
perghhhh aku pun stress kalau camni…tp mungkin mak mertua ko ade buat something sampai anak2 die x sudi balik…terguris hati ke…who knows kan…
Zamirul Helmi Zulkefli ni lah page yang I suka baca
Yekeeee i pun?
Najwa Amanina lately banyak post menarik kan wa. Tak sempat kite nak kupas??
Iyeeee. Pasal eja pun tk sempat kita kupas??
Najwa Amanina okay nanti kupas sesama ye pasal wa jugak☺️?
Dah jgn tukar topic??
Huhuhu ????
Sembang ape tu??
Ape eh?? goodluck exam zam byk betul paper ye
Betul … may be Puan boleh bw Mak mertua sekali balik beraya …. but in this case yg dah 7 thn …. mesti ada sbb Puan luahkn perasaan psl isu ni …. kita tak duduk di tempat Puan ni and we don’t even know what exactly the situation ….apa2 pun kita cuba bersngka baik …. dugaan Puan dengan cara begini ….org lain may be happy n boleh tolerate dgn husben ….. tp org lain may be lain …..wallahualam …
Rizwan Rusdi
mak mertua pn mak sndri kak..bsar pahala umpama mnjga mak kandung..akak sorg isteri kena patuh perintah suami..ini dah jdi lumrah kte sbg org perempuan ..syurga kte dkt suami..bsar pahalanye..Allah uji kte sbb sygkn kte..ape lah sgt nk amk kira..raya ke xraya anytime je boleh jnguk mak ayah akak..suami akak tau adk bradik dia xguna sbb tu dia xnk tgglkn mak dia..untung akak dpt suami cmtu..syurga dia pd mak dia..besok akak pn bakal tua..n pasti akn merasa semua ni jika umur pnjg..lain org lain ujiannye..sbr n byk bdoa moga ipar2 tu di beri ksedaran..jgn sbb hal cmni smpai nk tpkr bpisah..kalau kte buat sesuatu kerna Allah in shaa allah di permudahkn..kte ckp bkn soal pnah lalui or tak..at least dgn nasihat dpt mberi semangat..
Cakap tak serupa bikin, ada macam2 sebab. Ada sebab pemalas dan ada yg sebab kedekut. Kadang2 kedekut sampai nak ucap terima kasih pun tak mahu atas kebaikan orang. Dah la pemalas, bangga pula, sebab rasa boleh jadi tuan kat orang yg sanggup memberi.
Suami jika nak memberi pun berilah dari poket sendiri bukan memaksa atau berbudi dgn ‘harta’ orang lain. Ini tak sedar diri namanya.
Maizatul Farhana
Pehh susahnya mcm ni. Possible ke jadi mcm ni?
Hmmm ade je. Lgi2 bila mak dia xnk kua gi memana
Possible tak jadi kt kita dua? ?
???? nauzubillahminzalik
Puan, mmg 7 taun tu puan tak balik lgsg beraya rumah parents puan ke (sepanjang syawal) atau maksud puan hari raya pertama tu yg tak pernah dapat beraya rumah parents puan? ade beza kat situ. klu tak diizinkan balik lgsg spanjang syawal, kira zalim jugalah. klu maksud yg kedua tu, agak x berbaloi utk puan bercerai. klu reason yg kedua, kenapa puan tak fikir nak bkhidmat dlu puas2 pd parents sblm kawen? skrg ni puan sng2 nak runtuhkn msjid ats alasan nk jge parents? puan ank sulung, dan kedua2 parents masih hidup alhamdulillah. tu bmakna parents puan msih kaya dgn kasih syg/perhatian ank2 yg lain. n mereka pn masih ade each other. tp bygkn prasaan mak mertua puan. psgn hidup dia dah xde. ank2 yg lain xpeduli. betapa lonely nye dia. ini bkn tntg kemampuan fizikal, tp ttg emosi. sy rs itu yg suami puan risaukn. psl duit blanje, bgla lebih pd mak ayah puan. tu duit puan. suami puan tk berhak pun ambik. klu puan mngungkit blanje pd mak mertua sy risau dah hilg berkat rezeki tu.
Org yg komen kaw kaw ni … x rase semua ini… kalau korang kat tempat sis ini … barangkali korang x btahan sampai 7tahun….. dear sis… akak faham perasaan awak…. spatutnya suami awak x leh la pentingkan diri…. kita as perempuan yang still ada mak bapak nak juga berkumpul hari pertama kat umah dorang… sedihkan … bila ramai x faham perasaan kita…. sis carila jalan yang terbaik agar semua berjalan lancar…. ade kalanya EGO LELAKI mmg setinggi langit…. akak tau syurga kita kat bawah tapak kaki cik suami…… encik suami mesti la kena give n take….. jangan nak jadik king control….. kan3….
klu tak kena btg idung sendri, mmg sedap lah kan duk suh sabar lahh… redha lahh.. anggap mertua mcm mak kandung lah.. kena patuh perintah suami lah… cuba kena atas btg idung sendri? meroyak jugakkkk… lagi2 yg belum kawin. mengomen.. amboiiiii… kawin dulu, baru ko tau langit tinggi rendah.
Culik mak mertua balik umah parent…. Ada anak bukan kisah pon
Suami pun, beralah la, dah tujuh tahun beraya kat rumah mak sendiri, apa salahnya tahun ni kat rumah si isteri.. Kesian isteri.
Wahai menantu. I loike your words.. “berdoa di wasap”!
Zmn skrg mmg byk ank mnantu suka sharing2 mcm2 kat fb kat wasap, nmpk ank yg baek sgt kann tp kenyataannya nan hado ponn..pn blk la beraya skali rumah mk ayh puan bwk mk mrtua puan tu..meriah nnt! :-)
Bawak mak mentua tu beraya sekali kat rumah mak ayah. .
Memang trend skrg kalau ada mslah, cerai ke? Da mcm femes da cara tu..
Na’uzubillah… Jauhkan aku dari semua ini..
Xper lah kak.. ada hikmah disebaliknya..semoga akk juga beroleh ank yg soleh n solehah hendak menjaga akk hingga ke akhir hayat. Tahun ni ckp ngan abg pujuk nk balik rmh mak akk gak dan kalau boleh bwk mak dia sekali.. kalo bleh sampai adik beradik abg habis cuti. biar ank2 yg lain merasa camner beraya bila dh xde mak bapak.. penceraian bkn jln terakhir.. rsnya mak ayah pun x setuju kalo camtuh.. lau abg xnk.. pakat adik beradik akk bwk mak n ayh kak beraya kt rmh akk. Kasi meriah rmh kak.. kasi jeles itu sume org yg xnk beraya ngan mak dia.. he3
Mungkin ada hikmah kita semua belum kawin Abby Ramli ANik Aqlily Frhna Bayanuddin
Cik Rhubell Echah Moy
Tujuh tahun kot…..
Aq baca pon stress…rmainya nk suh bawa blik umh parent..bgi sy nmpk pelik..klo sy pon rasa lain..mertua tu nk k pergi?mcmane pula dgn parent awk adik beradik awk..dah jd mcm tgjwb awk plp kena galas jga mertua pdhal ank ad 8 kemana lg yg lain xkan sorang pon xleh nk jaga doh walhal dah byk thun mertua beraya dgn awk..bgi jer mertua beraya dgn ank dia yg lain plp..klo sy pon nk spent time dgn fmly sendri jgp..
Mak sy pesan, berdasarkan pengalaman dia, sbg menantu jgn sekali2 campur tgn dlm urusan keluarga suami.
Tp main mcmtu kn..7 thun asik kt kg dye je..kite pon ade mak ayah. Ingat dia saja ka sygkn mak ayh dia..kite pon sygkn mak ayh kite jgk. Ingat dye aje ke risaukan mak dye..kite tk risau mak ayh kite?