Hormatilah hak orang lain
Sejujurnya sedih melihat realiti orang yg berbisnes @ berniaga zaman sekarang.. modal yg mereka perlukan sgt tinggi kerana barang mahal. tapi, bila pelanggan mereka terdiri daripada kenalan-kenalan, saudara-mara, lagi kesian.. sebabnya kalau mereka membeli nak murah memanjang, tak pun, nak beli barang yang berkualiti, tapi nak murah..lepas tu nak berhutang, kononnya bayar hujung bulan,, tapi bila hujung bulan, senyap.. memang tak semua macam tu, tapi segelintir. Kadang-kadang kita kena fikir, pendapatan para peniaga semua ni bergantung pada jualan mereka. Kalau pembelinya bermacam2 ragam, macam mana para peniaga tadi nak survive. Kasihanilah mereka..kadang2 kita ni tak pernah nak meletakkan diri kita dalam situasi peniaga tadi.. tu yang kita tak pernah tahu kesusahan mereka.
Bapa saya salah seorang daripada individu yang mencari rezeki melalui berniaga. Sebab itu saya sangat terkesan apabila ada peniaga2 lain yang diperlakukan begitu. Saya sering menangis apabila melihat ayah pulang ke rumah dengan wajah keletihan setelah bekerja seharian tetapi rupa2nya ada individu2 yang mengambil kesempatan terhadapnya dengan tidak membayar apabila membeli, dan ada juga yang nak separuh harga. Ayah tidak pernah menceritakan hal ini kepada saya. Dia tak nak anak2nya tahu kesusahan yang dialaminya kerana dia nak anak2nya gembira. tapi saya tau ni pun sebab saya selalu curi2 dengar perbualan antara ayah dan mak..
Kesimpulannya kat sini.. hormatilah hak orang lain.. Kalau kita tidak membantu mereka sekalipun, jangan sesekali menganiayai mereka..
– CikEmbun
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/