Assalamualaikum.
Jujurnya aku orang kelantan, tapi taknak pun reply kepada 1 confession bertajuk "Kelantanese why like that?".
Just to share a little bit about raya dan amalan raya.
Okey aku anak yatim, kematian baba pada tahun 2012, ada lebih kurang 7 orang adik beradik and Im almost the last.
Setelah kematian baba, kami adik beradik tak pernah tinggal amalan yang selalu baba ajar pada anak-anak.
Baba memang sangat tekankan hubungan kekeluargaan antara kami dan juga saudara mara yang lain serta amalan sunat dan wajib tika raya.
Nak dijadikan 1 cerita, dulu family aku ni macam berada la jugak, ummi baba kerja kerajaan. Keluarga arwah baba orang susah, jadi mereka ni pun kerja biasa-biasa ja. Ada 1 waktu tu, memang semua pak sedara mak sedara buat macam-macam sebab dengki dengan ummi, tuduh ummi curi barang emas, tuduh arwah baba nak curi harta pusaka arwah mek(nenek) la, macam-macam sangat.
Kalau ikutkan kecil hati dengan adik-adik dia(arwah baba aku anak ke-2), memang kami fikir taknak langsung balik kampung, sementelah keluarga kami ja yang duk jauh sikit.
Tapi apa yang baba buat, setiap kali raya, baba akan seret jugak kami 1 family untuk balik walaupun kena keji, kena pandang serong. Sebab baba taknak tali keluarga tu putus. Sebab baba taknak ajar anak-anak dia untuk berkurang ajar dengan orang tua. Sebab baba nak tunjuk macam mana pun memang kita kena saling hormat menghormati. Dan paling penting, baba nak tunjuk tauladan yang baik untuk anak-anak dia.
At last, bila baba meninggal, semua adik-adik dia datang minta maaf pada kami sekeluarga, menyesal sebab boikot keluarga kami dulu-dulu.
See? Allah nak tunjuk kuasa sabar dan berakhlak mulia.
Sampai sekarang alhamdulillah hubungan kami makin erat.
Pointnya, SABAR dan sila kekalkan hubungan kekeluargaan tu sampai mati, betullah bahawa air yang dicincang tak akan putus.
Raya ni lah masa kita nak eratkan silaturrahim. Baba cukup pantang kalau kami lebihkan kawan dari keluarga. Bukan tak bagi berkawan tapi biarlah ada limitasinya. Cukup sekadar kita mendahulukan keluarga dalam setiap hal.
Ada 1 ketika tu, abang aku seorang ni jenis baran sikit, takleh nak tegur sikit, dia akan melenting.
Di pagi raya ni, umi aku tegur si abang aku yang ni(untuk makluman umi aku memang garang sikit). Lepas tu abang aku melenting marahkan balik umi aku.
Apa lagi, perang besar laaa.
Last sekali, umi aku cakap, "sudahlah, umi tak redha anak-anak buat lagu ni(macam ni)," dan masuk bilik menangis.
Kami sekeluarga apa lagi, dah cuak laa. Jadi abang aku yang sulung pun pujuk abang aku yang baran ni untuk pergi minta maaf dan pujuk umi.
Menangis-nangis kami anak beranak masa tu sebab umi dah mula melalut kata kami ni tak sayang dia la, baik dia mati la. Allah. Sebak sungguh rasa. Dah la di pagi raya yang hening gitu. Dan Alhamdulillah, berkat sesi pujuk memujuk dan baba aku join sekaki, umi dah okey.
Tapi memang drama habis lah, kalah iklan raya Petronas. Hee.
Point aku sama, kita anak-anak ni, selagi ibu bapa kita ada, hormat lah mereka. Sayang lah mereka. Korban lah apa saja untuk mereka. Even aku yang hati kering pun, akan cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati mereka, biarlah kita beremuk berendam air mata keseorangan, asalkan mereka bahagia.
Entah kita entah mereka pergi dulu, kita tak tahu. Tapi yang pasti, bila saat tu tiba, kita dah tak berpeluang nak berbakti pada mereka.
Terima kasih sudi baca. Dan Selamat Menyambut Eidul Fitri.
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
– AR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit