How I Wish
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata kata. Kadang kadang tu bila aku keluarkan aku punya pendapat ke idea ke selalu macam tak mampu nak bagi kesan yang mendalam kat orang lain. Contoh, orang tak akan ingat apa yang aku cakap. Umpama aku tak pernah cakap pom benda tu. Aku sebenarnya nervous bila bercakap depan orang ramai sampai suara pom terketar ketar nak cakap. Sampai orang tak faham aku cakap apa. Hari tu aku pergi program kerjaya under universiti. Dalam program ni dia dedahkan cara interview buat resume semua. Aku jadi takut nak berdepan dengan situasi interview yang sebenar sebab aku tahu aku banyak kekurangan. Cakap pom tak ada confident, qualification pom macam tak ada sangat. Aku punya tahap keyakinan diri sangat rendah bila berhadapan dengan orang ramai. Aku selalu rasa aku yang paling teruk dalam ramai ramai orang. Yang paling aku sedih bila benda yang aku nak cakap tapi tak terluah. Menyesal dia rasa macam nak undur masa balik. Aku tak berani nak bersuara. Benda ni semua buat aku rasa down. Aku pula bukanlah jenis yang berfikiran kritis kiranya kalau kau gertak aku dengan soalan yang pelik sikit pom aku dah mati ayat. Sebab aku ni lack dalam soft skill, aku selalu macam dianggap tak wujud. Bila buat presentation orang selalu buat muka boring. Even aku ni pelajar dekan, tapi sebab aku tak berkemahiran dalam berkomunikasi, tak ramai orang recspect aku. Aku bukan minta orang respect aku macam raja ke apa, tapi bila aku tengok kawan aku yang bila bercakap depan orang ramai lancar je, orang pom minat nak dengar, aku sedih sebab aku tak macam tu. Orang cakap kemahiran komunikasi ni boleh dilatih. Tapi kenapa aku rasa it is a gift. Sebab aku tak rasa aku boleh ubah cara komunikasi aku. Aku teringin nak jadi orang yang mampu buat orang lain tertarik dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku nak jadi orang yang boleh mempengaruhi orang dengan kata kata sebab zaman sekarang ni aku rasa kalau orang tu pandai berkata kata even benda tu tipu dia boleh survive. Tapi aku tak nak lah tipu orang kan. Aku cuma nak improve diri aku je. Aku nak jadi orang yang tenang bila berhadapan dengan situasi yang tak dijangka, seorang yang cepat berfikir cara penyelesaian masalah. Sebab bagi aku orang yang ada ciri ciri ni sangat awesome dan hebat. Serius aku teringin.
– MsDown
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/