Hutang Ayah

Hutang Ayah

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi baca dan post. Saya ada masalah dengan hutang ayah.

Ayah saya dah 70, tapi dia tinggalkan hutang yang banyak untuk anak-anak dan isteri-isteri. Saya tak kisah kalau hutang ayah tu nilai 10k, tapi ayah saya berhutang dengan ramai orang dan ada hutang yang berpuluh ribu untuk setiap orang yang dia berhutang.

Total anggaran hutang cecah ratusan ribu ringgit. Ayah saya dulu buat insurance dan dia sudah tipu duit dengan ramai orang termasuk saudara-mara, anak-anak dan isteri-isteri sendiri. Ini belum masuk hutang rumah, hutang credit card, hutang bil telefon, bil internet dan hutang kereta.

Ayah berhutang dengan ramai orang sampaikan ke tokey ayam pun ayah berhutang. Ayah bukan setakat berhutang, tapi ayah menganiaya orang. Ada orang dari Shah Alam @ Klang, pernah pinjamkan 10k duit kawin dia pada ayah dan bila dia minta semula hak dia, ayah abaikan. Ayah menganiaya orang.

Kebanyakkan hutang bukan setakat dari pinjam meminjam, tapi dari tipu dan tak amanah pada company. Duit insurance yang sepatutnya bayar pada company, ayah ambil dan guna sendiri. Ayah ambil cek insurance deorang, tapi tak bayar ke company insurance. Ayah songlap duit tu. Ini belum masuk dengan hutang ceti haram lagi.

Saya tak tau kemana duit-duit itu pergi, yang sekarang saya rasa sudah cecah ratusan ribu ringgit. Nak kata kami hidup mewah tak juga, kami masih duduk rumah sewa, pakai kereta local yang sudah rosak aircond, Sewa rumah masih tertunggak, bil2 semua tertunggak dan duit dapur tak pernah cukup. Saya buntu dan tak tau ayah buat apa dengan duit-duit itu.

Saya tak tau kenapa ayah berani dan tergamak buat hutang sebanyak tu. Saya tak benci ayah, tapi saya benci perangai ayah. Dia tinggalkan hutang yang banyak dan selalu play victim bila kami tak mampu nak bantu.

Dia akan kata, bila dia susah, baru dia tau siapa anak-anak yang sudi bantu dan mana yang tak sudi. Duit poket bulan2 pada ayah tak memadai. Mungkin pada pikiran ayah, ayah berharap kami pula bergadai nyawa untuk buat pinjaman bank demi melangsaikan hutang ayah yang cecah ratusan ribu ringgit itu. Kenapa ayah, kenapa?

Kami bukan tak nak bantu, kami pernah bantu. Tapi ayah akan lagi buat hutang baru dan harapkan kami yang langsaikan hutang & masalah yang ayah timbulkan. Ayah tak berusaha walau sedikit pun untuk cuba melangsaikan hutang tu sendiri malah, ayah buat hutang baru untuk bayar hutang yang lama. Ibarat korek lubang baru tutup lubang lama.

Bila ayah sangkut, ayah berharap pada anak-anak untuk tolong bayarkan bagi pihak ayah. Ada anak-anak yang sangat perihatin dan membantu, tapi kami semua ada tanggunggan masing-masing juga. Ada masa-masa kami pun kesempitan juga. Jangan la ayah cop kami semua sudah besar dan tak reti kenang budi, hanya kerana kami tak mampu nak bantu ayah untuk langsaikan hutang.

Sewaktu ayah senang, ayah abaikan isteri-isteri ayah. Ayah tak ingat anak-anak ayah yang ramai-ramai tu. Bila ayah susah, ayah nak kata kami semua mengabaikan ayah, ketepikan ayah sebab miskin. Tak ayah, tak. Kami jadi macam ni bukan sebab tak hormat ayah, tapi kami TAK NAK terlibat dengan masalah yang ayah dah timbulkan sejak puluhan tahun dulu.

Ada yang dah pernah report polis sebab ayah, ada yang tumbuk ayah, simbah cat depan rumah, tampal poster, cari isteri, cari anak-anak untuk kutip hutang ayah. Ada yang kacau di FB dan kata kami hidup senang hasil penipuan yang ayah buat.

Hakikatnya, anak-anak semua cari duit sendiri demi kelangsungan hidup. Dengan anak-anak sendiri pun ayah pinjam duit, tipu bil hospital, lagi mau kata anak-anak menganiaya ayah. saya risaukan keselamatan ayah tapi ayah melampau. Saya risaukan keselamatan keluarga saya dan saya penat fikir nak cari duit.

Kenduri kawin sendiri pun saya tak minta sesen dari ayah. Walaupun kenduri tak mewah, saya cari duit sendiri sebab tak nak susahkan ayah. Tapi bila dapat duit collection kenduri, ayah nak ambil untuk bayar hutang sedangkan saya sendiri yang berhempas pulas berhabis duit sampai kering simpanan bank.

Saya tak kisah kalau sewaktu ayah nak ambil tu saya masih ada duit berbaki di bank, tapi saya menghabiskan kesemua simpanan untuk kenduri dan hanya berbaki kurang RM100 di dalam bank. Bila saya minta semula hak saya, ada yang kata saya berkira dengan ayah sendiri.

Akhirnya ayah terasa hati. Walaupun perkara ni sudah berlalu, tapi saya letih jadi anak perempuan yang tersepit dalam situasi. Semua serba tak kena. Buat masa sekarang, ibu dan adik menjadi keutamaan saya.

Cuma, apa akan jadi bila ayah sudah tiada nanti? Kami semua akan terperangkap dalam hutang yang ayah tinggalkan untuk kami.

Saya buntu.

– Anak yang buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit