I Hope To Be Happy

Salam.. Hai warga IIUM Confession. Aku Ayla 25 tahun. Banyak kali aku berfikir nak kongsikan kisah ini. Maaf jika tak menarik atau penulisan yang kucar kacir tengah geram kan hihihi.

Aku dibesarkan dari family yang susah, rumah yang bocor sana sini, bilik hanya 1 untuk kami 10 orang dalam family, semua tidur kat ruang tamu sahaja.

Ayah aku penagih dadah, mak aku pengasuh budak. Walau ayah aku macamnie dia tak pernah lepas tanggungjawab sebagai ayah, makan pakai kami masih terjaga, walau kerap berhutang sana sini..

Kalau makan ayam atau ikan adalah 2 minggu 1 kali, lauk harian pucuk-pucuk paku yang mak pergi kutip, kangkung yang tanam belakang rumah dan telur ayam yang ayah bela.

Aku anak ketiga dari 8 orang adik beradik, selalu ayat orang susah tapi anak ramai, orang kampung aku pun selalu beritahu benda macam nie pada family kami, Allah nak bagi rezeki anak kan.

Berbalik pada bab makan, kalau ayah ada duit pergi pasar malam beli sate dapatlah dua cucuk sorang, burger mak beli akan potong 4, kalau nasi lemak atau mee kari 1 bungkus kami share dua orang.

Kalau tak ada duit, mak akan suruh kami bergilir-gilir hutang barang dekat kedai, dengan jaminan ayah akan bayar bila gaji, dengan upah 20 sen kami akan pergi kedai.

Waktu aku darjah 6, mak ayah selalu tinggalkan aku rumah pakcik sedara dekat kampung sebelah..

Aku mengadu pada mak pakcik intai mandi, cuba gosok belakang aku tapi mak kata tak ada apa, lepas beberapa kali kena tinggal aku kena r*gol juga akhirnya.

Waktu ini mak nampak menyesal dan ayah pergi tumbuk abang dia, tapi benda dah jadi, aku dibawa ke balai buat report polis, bawa jumpa doktor untuk bukti..

Tapi family ayah merayu kami tarik dakwaan disebabkan kesian pakcik kena sebat, jika tidak putus keluarga ini ugutan family ayah.

Korang mesti tak percaya ye… Ayah aku tarik dakwaan dan biar anak dia ini tanpa pengadilan hidup trauma teruk selepas hari itu.

Aku jadi benci pada ayah dan mak start pada hari itu, kes ini heboh sampai satu daerah..

Orang kampung jumpa aku nasihat jangan menipu, kawan-kawan sekolah ejek aku, cikgu hina aku, makcik-makcik pun hina aku seolah aku yang bersalah kes ini.

Aku doa agar pakcik aku mati.. hari-hari aku doa, dan setelah beberapa tahun dia mati dalam keadaan tragik, waktu ini semua menangis tapi aku tersenyum puas.

Waktu form 3 waktu cuti sekolah, aku tolong jaga mak sedara belah mak pula baru lepas bersalin tolong jaga anak dia yang sekolah rendah..

Dekat sini pakcik bongsu cuba cabul aku banyak kali, dada aku ini dia pegang tanpa rasa bersalah siap senyum, aku dah malas nak beritahu mak atau ayah nanti sama lagi.

Dan lelaki sedara-sedara kenapa selalu attack aku????

Aku beritahu makcik tak dapat tolong sampai habis pantang sebab aku nak study.

Dekat sekolah aku dipanggil anak man dadah, anak man ketum, anak man penagih.. siapa nak kawan dengan aku, hidup dengan air mata walau kat sekolah.

Aku memang tak sabar nak keluar pada rumah. Aku tamat sekolah, aku terus hijrah ke kuala lumpur, aku kerja partime dengan akak sepupu, duduk bilik sewa.

Lepas dapat result spm, aku sambung belajar alhamdulillah aku dapat result yang cemerlang.

Sepanjang study kat U aku berkawan dengan semua orang tapi aku tak akan beritahu tentang hidup atau family aku.

Waktu ini aku kerja partime hotel sebagai banquet dapatlah tampung sikit duit makan aku, banyak kali juga aku tahan lapar sebab tiada duit makan.

Waktu study ini mak ayah aku bercerai, mak kahwin lain dan ayah pindah kerja tempat lain.

Adik beradik aku, separuh yang kecil ikut mak, yang besar bawa haluan masing-masing.

Waktu konvo aku tak pergi, sebab aku tak tahu nak minta siapa datang, tengok kawan-kawan semangat contact mak ayah, sedih juga tapi aku pendam.

Dalam kerja partime aku berjaya tamat sampai degree, dan dapat kerja yang bagus, gaji yang bagus..

Now aku memang dingin dengan mak ayah dan adik beradik aku, raya tiada makna buat aku, cuti hanya lepak dekat rumah atau berjalan seorang diri.

Aku sewa kondo dekat KL, dan dah ada kereta sendiri, aku gembira hidup seorang diri tanpa siapa-siapa.

Bukan tiada lelaki yang cuba dekati aku, ramai.. bukan melayu sahaja, cina pun ada.. tapi aku tak mampu nak cerita segala tentang kehidupan aku.

Aku cuba berkawan dengan beberapa orang tapi bila mereka nak serious aku tinggalkan..

Aku tak mampu, raya pun aku sorang-sorang.

Adik beradik setiap kali contact hanya minta pinjam duit, sama dengan mak dalam otak hanya duit, tak pernah tanya makan minum aku, hidup aku, sakit aku..

Aku cerita semua ini sebab mungkin korang boleh ambil sedikit pengajaran dalam kehidupan korang, lebih menghargai, lebih bersyukur.

Sampai sini jela aku cerita, tiada apa yang menarik hanya derita banyak, terima kasih sebab baca dan doakan saya.

– Ayla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Beratnya ujian awak, awak sebaya saya tapi ujian awak lebih besar bila kehormatan awak dicabul. Tak terjangkau akal fikira bila saya fikir, semoga awak kuat, redha dengan ketentuan Allah, banyakkan beribadah dan saya doakan awak dapat jodoh yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *