I need help
Salam. Thanks admin sebab approve ni. Nama aku Ed (bukan nama sebenar)
Aku ada masalah dlm study aku. Aku jd takleh nak fokus. Pastu aku selalu rasa nak marah sbb bila aku buat baik dkt kawan tp kawan aku pijak kepala aku.Mgkin ni attitude aku sndri jgk. Pastu aku cuba la ubah persepsi bagai. Aku jadi hilang semangat nak study, tak minat. Entahlah.
Pastu lama kelamaan aku rasa badan aku mcm something wrong. Rasa tengkuk berat sakit tulang belakang pastu kerap pulak mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi kena rasuk dan pelbagai mimpi buruklah etc2. At some point aku ternampak makhluk halus! Dan aku dengar bisikan suara.
So aku ingat aku dah gila. Aku pergi la jumpa kaunselor. Setelah didiagnosis, katanya aku takde masalah apa pun. Family ok kewangan ok semua ok cuma mgkin mindset aku tak ok. So aku cari psychologist. Pakar masalah jiwa ni. Bila didiagnosis lagi, katanya normal je semua. Bisikan2 tu mgkin halusinasi aku yg tgh stress. (Pdhl ada masa aku tak stress pun.) So aku kena ubah gaya hidup. Hewhew. Pening dibuatnya. Oh ye, aku student psikologi dan aku hafiz Quran. Kiranya aku blajar jgk teori kaunseling psikologi semua tu, aku solat bc quran mcm biasa bhai tapi mgkin penghayatan tu takde.
Stkt ni rasanya takde masalah. Tapi masalahnya cuma rasa sakit2 badan dan mimpi serta efeknya takleh fokus dalam kuliah. Sobss.
So settle masalah emosi dah rujuk psikiatris bagai katanya aku normal dan tak gila, alhamdulillah. Aku pun pergi lah jumpa doktor klinik kesihatan. Tanya dia kenapa laa aku selalu sakit ni. Kenapa ya kenapa kenapaa?
Kata doktor, awak sakit biasa je ni. Efek demam tu yang sakit badan. Yang ni tak dapat diterima sikit sebenarnya sebab aku on off sakit. So aku amek la madu sebagai supplement tambahan. Pastu aku cakap la aku selalu kena macam athma tau. Tapi bila doc check jantung aku paru-paru normal je katanya. Jeng jeng jeng~
Maka aku pun pergi lah jumpa perawat darussyifa'. Bila di scan, katanya ok je. Tapi tak sampai sepuluh minit dia baca ayat ruqyah, lepas tu tangan aku menggeletar dan aku terus kena rasuk. Tak sedar. Sedar-sedar ustaz dah dekat tepi. Nasib baik aku kacak, takdelah malu. *kgurau* alkisahnya ustaz tu cakap aku diminati oleh jin. Ada jin suka aku so aku diganggu jin tu. Loser pulak rasa. Aku ni tak hensem ke sampai perempuan-perempuan takde pulak suka aku, jin pulak yang suka aku. Kesiannya aku. :(
Dah berubat, ok kejap tapi lama-lama sakit balik. Cari ustaz lain. Ustaz tu cakap aku takde gangguan , tapi mungkin aku stress atau aku ada amalan-amalan yang salah. Ya Tuhan, takde pun ! Aku lelaki yang tak rajin nak beramal selain amalan berpandukan Quran sunnah ni. Takde pulak aku blajar ilmu kebal ke apa ke. Hmm. Pastu jumpa ustaz lain pulak, dia kata ada orang hantar sihir pelalau dekat aku. Kalau nak tau sihir pelalau tu apa , google lah.
Sejak itu, aku memang berubat sana sini. Dah dua tahun dah weh aku sakit macam tu. Tak juga sembuhnya. Kata kawan aku, ni Allah nak uji kau. Mungkin la aku rasa dulu yang aku ni kira jaga ibadah semua so mustahil la aku kena histeria kena rasuk semua ni sebab aku kuat, aku hafal Quran, aku beribadah .. Sekali Allah bagi rasa. Amek hang. Rasa nak nangis tapi malu pulak kalau lelaki mcm aku nangis depan org. Aku pernah cederakan diri sendiri guna pisau tp aku tak sedar pun masa tu. Aku kelar tangan aku sampai berdarah-darah habis. Tapi setakat ni aku takde cederakan org, aku cederakan dirii aku je. Kata ustaz aku, jin tu marah sbb aku pergi berubat sana sini utk hancurkan dia. Heh tau takut..tapi aku yg sakit.sejak tu aku pun byk nmpk makhluk2 halus. Kadang-kadang aku nampak ada makhluk bertenggek dkt bahu org. Bila sku tanya org tu bahu dia rasa berat tak? Dia cakap ye, dh dua tiga hari rasa berat , sapu ubat tak hilang.. Pdhl dia tak tau ada benda tu..
Aku berubat punya lama, sampai satu tahap, aku rasa give up nak berubat. Aku taknak dah. So aku stop jumpa ustaz aku. Setiap kali sakit aku amek painkiller. Aku bc je maathurat manzil semua tu tapi bak kata kawan aku, "Allah nakk uji kau, sbb tu Dia izinkan makhluk tu kacau kau.." Tapi aku lelaki so bila sakit mcm ni rasa byk kerja terbatas. Tak tau nak percaya apa dah. Aku rasa mcm aku gila. Rasa mcm nk bunuh diri tapi aku masih ada iman. Taknak masuk neraka. :(
So skrg aku mmg duduk dekat mahalah, cuba untuk fokus study dan buat kerja kerja yang berfaedah. Luls. Kawan ajak main bola pun aku tolak sebab aku rasa tak larat sgt.
Orang tgk aku mcm normal je sbnrnya aku sakit jgk sakit badan etc2.
Aku cuba hidup dalam keadaan yg positif, selalu husnuzzon. Cuba settlekan masalah dan elak daripada stress. Aku cuba gak fokus study dan so far ok lah pointer aku still 3 and above.
Tapi bila tgh gembira-gembira lepak main dota dgn kwn pun ada rasa sakit jgk tetiba dtg. Entahlah weh. Mohon doakan aku. Mohon jugak nasihat dan cadangan yang membina. Aku dah final year dah ni. Harapnya baiklah.
Rasa nak nangis. Tapi malu pulak anak jantan nangis. Sekian.
Terima kasih daun keladi. Kalau korang nak tau cerita aku time kena rasuk atau apa yg aku nampak, bagitau lah. Nanti sku confess lagi.
Terima kasih.
– Ed
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/