Ibu Ayah Pilih Kasih

Tujuan aku tulis ini bukan nak mengaibkan ibu bapa aku tapi aku terlalu sedih dan tak tahu mahu meluahkan dekat siapa lagi. Dari aku kecik aku adalah seorang anak yang memang tak menyusahkan mak ayah aku sebab aku jenis suka menyimpan duit sejak zaman aku sekolah.

Zaman aku sekolah semua exam aku dapat keputusan cemerlang tapi parents aku tak pernah hargai dan ini amat jadikan diri aku sedih. Mak aku pernah datang ambil result spm aku dan masa aku dapat result cemerlang.

Mak aku tak nak naik atas pentas untuk bergambar dan suruh aku bagi alasan dekat pengetua yang mak aku sakit kaki. Time itu aku sedih sebab rakan aku semua mak ayah bergambar sama dan aku terkilan ayah aku tak hadir sedangkan masa kakak aku sekolah di port dickson ayah ibu pergi jauh-jauh itu.

Selepas aku habis SPM aku decide sambung belajar tapi 1 minggu sahaja aku pergi sebab aku tak tahan duduk hostel dan nak dekat dengan mak aku. Pendek cerita selepas itu baru aku kerja dan beberapa tahun selepas itu aku sambung semula belajar sambil aku kerja dan semua result exam aku bagus tapi mak ayah aku tak pernah hargai.

Dan aku selalu update result exam dekat mak aku dan aku dapat dekan tapi mak aku cuma cakap, “Alaahh kau belajar benda senang, exam semua bulat bulat, lain lah macam adik kau dia belajar benda susah”, waktu itu dunia aku sedih yang aku tak mampu ungkap.

Sejak dari hari itu aku dah tak update result aku walaupun setiap sem aku cemerlang. Mak ayah aku cuma peduli adik beradik aku yang lain sahaja. Mak ayah aku jenis suka banggakan adik beradik aku dekat orang lain tetapi mak ayah aku langsung tak ada nak kongsi pasal aku dekat orang lain.

Aku terima semua aku simpan semua sebab aku yakin Tuhan melihat semua. Pernah mak aku masak makanan untuk adik aku yang duduk hostel aku minta sotong seekor sahaja mak aku maki aku dan tak bagi sebab nak bawa dekat adik aku.

Mak aku terlalu sayang adik beradik aku yang lain dan dia tak sedar dia sisihkan aku. Mak aku selalu jadikan aku ini tempat dia melepaskan marah makian walaupun aku tak buat apa apa. Mak aku jenis jika ada silap adik beradik aku yang lain, mak aku aim maki dekat aku sedangkan aku blurr tanpa tahu apa aku dah buat.

Pernah aku ikut family aku beli baju raya, aku pilih baju aku dan memang aku bayar guna duit aku tetapi aku minta pandangan mak aku tapi mak aku hanya layan adik aku tanya pandangan tentang baju dan penat aku panggil dan tanya soalan dekat mak aku tapi mak aku tak peduli. Sejujurnya waktu ini aku kecewa dan aku tak beli langsung baju itu.

Tentang ayah aku pula ayah aku memang sayangkan adik beradik aku yang lain juga. Pernah satu hari ayah aku beli coklat dan aku pegang coklat itu kemudian ayah aku rampas dari tangan aku sedangkan aku hanya mahu membaca label coklat itu dan bertanya kepada umi aku siapakah punya coklat dan tidak terniat aku nak ambil.

Dan aku lihat adik beradik aku selamba makan coklat dan abah aku tidak buat sebagaimana dia buat pada aku. Ayah aku sanggup bagi duit banyak dekat adik beradik aku yang lain berbeza dengan aku kerana ayah aku tidak pernah memberi duit pada aku dan jika aku minta pinjam, aku perlu membayar semula dan aku akur sedih.

Pada mata mak ayah aku, mereka hanya mengagungkan adik beradik aku yang lain dan menganggap aku ini hanya insan tidak berguna. Aku bukan mahu mengungkit tetapi hanya aku yang ada common sense dan tanggungjawab dalam menjaga mak ayah aku semasa tidak sihat dan adik beradik aku semua tidak peduli.

Pernah suatu hari aku tanya pada mak aku kenapa perangai aku sahaja lain dari adik beradik aku?Adakah aku ini mak aku ambil dari mana mana?

Kemudian mak aku kata aku ini anak luar nikah dan kemudian dia kata aku ini anak daripada orang lain yang melahirkan anak luar nikah.. Sungguh aku tersentap jiwa dan airmata bergenang. Kemudian mak aku kata, “pandai kau sentap?”, kau yang tanya soalan b0doh bukan? Aku hanya mendiamkan diri dan simpan apa ayat ibu aku luah itu.

Sehingga saat ini, aku sudah tidak mengharapkan parents aku berubah kerana aku sudah banyak membuat luahan pada mereka tetapi mereka tetap ego dan hanya menyalahkan aku. Aku terima dan aku yakin segalanya akan dipaparkan dipadang akhirat.

Aku bertekad tidak mahu lagi mempedulikan orang yang tidak menghargai aku walaupun ibu ayah juga tergolong seperti itu. Aku cuma doakan ibu ayah aku diberikan kesihatan yang terbaik walaupun mereka sering melayan aku seperti maid.

Harap semua dapat jadikan pengajaran dari cerita aku ini. Doakan aku dipermudahkan segala urusan ya.

– Insan Tidak Dihargai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *