Ibu Dah Buntu

Ibu Dah Buntu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Nama saya Puan Jem. Terima kasih siarkan confession saya.

Saya berumur 40an, ibu kepada 3 orang anak dan anak lelaki sulong saya akan menduduki SPM tahun ini. Saya dan suami berkerjaya professional dan lulusan sekolah cemerlang dengan keputusan SPM gemilang.

Anak sulong saya ini tidak menunjukkan prestasi yang bagus di sekolah. Suami sekarang merampas handphone anak dan hanya akan beri izin untuk guna satu jam sahaja sehari (10 hingga 11pm).

Masalahnya, segala perbincangan bersama guru dan rakan2 selalu nya melalui telegram dan whatsapp, dengan segala dokumen untuk kerja kursus dan homework juga disalurkan oleh guru melalui saluran ini. Perbincangan dengan kawan2 sekelas juga selalunya melalui handphone.

Jadi, merampas handphone juga bermakna membantutkan proses pembelanjaran juga, betul? Suami saya juga ingin anak saya itu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran sewaktu ulangkaji tanpa boleh mendengar muzik, kerana beliau ingin menyamakan anaknya dengan dirinya.

Suami tidak memahami yang ada orang memang memerlukan muzik untuk belajar. Suami juga mahu anak saya belajar dari pagi hingga malam tanpa rehat dan tanpa menonton tv, melihat apa2 video, main games, chat di whatsapp, tidur siang atau apa2 sahaja yang tidak berkenaan pelajaran. Katanya, hidup anak saya itu hanya perlu tertumpu pada pelajaran sahaja 100%.

Suami juga memaksa anak mengikut jadual yang ketat dari saat bangun pagi sehingga waktu tidur, tertakluk kepada subjek apa yang perlu di ulangkaji setiap hari. Suami saya tidak boleh melihat anak saya tidur, menonton tv, memegang handphone atau berehat. Padanya itu salah dan lalai, dan tiada kesedaran tentang SPM yang dah dekat sangat tu.

Suami saya expect anak saya ini belajar seperti cara dia di bangku sekolah dulu. Saya melihat anak saya itu tidak dapat mengikut rentak ayahnya ini. Saya tersepit di tengah2 kerana saya tau anak saya juga sedang tersiksa, walaupun saya tau niat suami saya baik.

Saya tidak berani untuk tidak bersetuju dengan suami saya kerana anak saya ini memang tidak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Dan kebetulan juga, anak saya ini suka main games dan tengok video di youtube. Kalau dibiarkan tanpa kawalan, memang dia takkan belajar.

Anak saya ini ke sekolah naik bas, dan hanya akan sampai ke rumah around pukul 3pm jika tiada kelas tambahan. Setelah makan tengah hari biasanya dia akan tidur kerana kepenatan. Oleh kerana dia tidak berdisiplin, selalunya tidurnya terlajak sehingga dekat waktu maghrib. Selalunya saya lah yang akan kejut setelah pulang dari ofis pada petang hari.

Malam pula saya akan pastikan dia mula duduk di meja untuk belajar pada pukul 8pm. Oleh kerana waktu siangnya tidak berdisiplin, maka kerja sekolah hanya boleh dibuat pada waktu malam. Masalahnya, bilakah dia boleh mengulangkaji mengikut subjek yang telah termaktub dalam jadual hariannya itu?

Suami juga insist untuk melihat anak saya menyiapkan sekurang2nya satu soalan Add Maths setiap hari untuk meningkatkan skill nya, yang mana memang tidak dapat dipenuhi oleh anak saya ini. Suasana sentiasa tegang di antara suami saya dan anak ini. Saya pun dah naik stress….

Saya memerlukan pendapat ibu2 dan bapa2 yang pernah melalui masalah ini. Kami berdua pelajar sekolah berasrama penuh dahulu, jadi kami tiada pengalaman handle isu sebegini. Apa yang perlu saya buat? Tolong lah saya……

– Puan Jem (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap