Idea Sedekah Bila-Bila Masa

Hi Assalamualaikum. Aku yang tulis tentang IDEA SEDEKAH GUNA BARANG KEDAI ECO RM2.10. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/idea-sedekah-guna-barang-kedai-eco-rm2-10/).

Aku baca komen-komen korang semua. Ramai memberi positive feedback. Thank you sooo muchhhhh. Ada juga yang komen “kenapa nak kayakan company luar. Sokong #BMF”

Ok tujuan aku buat confession tu untuk memberi idea untuk bersedekah dan menggalakkan orang bersedekah. Dan aku pilih kedai Eco sebab ramai yang pergi ke kedai tu dan harganya murah.

So semua golongan mampu untuk bersedekah. Kalau korang nak sedekah guna produk muslim lagi bagus kan. Korang boleh guna pakai idea tu dengan membeli dari kedai muslim.

Kali ini aku nak share pulak pasal Idea Sedekah Bila-Bila Masa. Maksud nya korang boleh bersedekah tak kira la korang di mana, waktu bila dan tengah buat apa.

1) Bentang sejadah

Masa korang nak solat tu, mesti korang akan ambil sejadah kan. Apa kata korang bentangkan melintang. Maksud nya orang sebelah korang pun boleh guna sejadah yang sama. So korang dah dapat pahala tanpa korang sedar.

2) Lipat & susun sejadah

Ni pulak lepas korang abis solat. Kalau korang nampak ada sejadah yang tak berlipat, boleh la korang tolong ambil sekali dan letakkan di tempat yang sepatutnya

3) Download apps azan

Ok kenapa aku tulis download apps yang ada azan? Sebab contohnya kalau korang pergi ke surau mall, dan korang tak tahu bila akan masuk waktu solat seterusnya.

Bila ada apps ni, azan akan berkumandang di handphone korang setiap kali masuk waktu solat. Secara tak langsung korang pun dah membantu orang lain yang menunggu waktu solat jugak

Korang boleh download apps Muslim pro (warna hijau gambar masjid). Sangat berguna. Dalam apps ni selain azan, ada jugak ayat al-quran, doa-doa harian, arah kiblat, masjid-masjid yang ada di sekitar (tak kisah korang ada dimana), restoran halal dan banyakkk lagi.

Yang paling aku suka, aku boleh view Kaabah secara LIVE! Suasana di situ, dengan beribu juta orang tengah tawaf. Semua aku boleh tengok.

4) Alihkan benda yang menghalang laluan

Ok yang ini korang boleh buat kat mana je korang berada. Kalau korang tengah turun tangga dan tetiba nampak ada kayu ke, boleh la korang alihkan.

5) Beri laluan kepada orang nak masuk lane

Biasa kan kalau kita tengah drive, ada orang bagi signal nak masuk lane kita. Tak salah kalau kita perlahankan kereta kita dan bagi laluan. Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita pulak

6) Susun pinggan dan cawan lepas makan

Haa ni pulak kalau kita dah abis makan kat kedai makan. Apa kata kita susun pinggan mangkuk dan cawan supaya senang dorang nak clearkan meja nanti.

Kalau ada sisa makanan kita yang berterabur atas meja, boleh la kutip dan letak dalam pinggan balik. Ni sama konsep dengan yang atas. Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita

7) Mendoakan orang lain

Sebenarnya korang boleh mendoakan orang lain ni tak kira masa dan tempat. Katakan lah korang tengah drive pastu hujan turun. Dan korang nampak abang-abang motor tengah kebasahan. Korang boleh doakan dorang semoga dilindungi, diperlihara atau apa-apa doa yang baik2.

Atau korang tengah jalan nak pegi makan dan nampak makcik cleaner tengah sapu sampah, boleh doakan semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik

Doa-doa ni boleh diucapkan dalam hati je. Percayalah, bila korang doakan orang, malaikat akan doakan korang BENDA SAMA yang korang doakan orang tu. Dan inilah salah satu cara doa makbul.

8) Lap habuk

Haa ni aku bagi contoh kat surau atau masjid la ye. Contoh korang tengah pakai tudung pastu ternampak habuk yang melekat kat cermin, korang boleh la tolong lap habuk tu. Pun dapat pahala kan.

Ok tu je dari aku. Aku suka galakkan orang bersedekah. Aku harap dengan penulisan aku ni pun dikira sedekah.

– HAZEL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit