Ijazah: Penting Atau Tidak?

Assalamualaikum semua. Memandangkan IIUM Confessions ni banyak sangat menyiarkan kisah rumah tangga, Mek rasa terpanggil untuk meneutralkan balik suasana. Post ni agak panjang dan mungkin kebanyakan daripada pembaca sangat tidak bersetuju dengan Mek. Tapi, takpe. Mek ok.

Mek bersekolah di antara sekolah terbaik di Bandar K. Bila orang bercerita pasal sekolah terbaik, kebanyakan masanya sekolah tu mestilah sekolah yang beraliran sains. Mek sekolah dari tahun 2003 – 2007.

Rata-rata cikgu-cikgu mesti akan brainwash para pelajar untuk ambil subjek sains. Sesiapa yang tak minat sains, adalah normal bagi kelompok ini mengundurkan diri pergi ke sekolah aliran sastera. Belum nak cakap Asian parents yang sibuk nak suruh anak jadi lawyer? majistret? (aura Mak Dara sangat!).

Mek pun tidak terkecuali. Akibat kerap kali dibrainwash oleh mak asia Mek, maka Mek sentiasa menyimpan cita-cita nak jadi doktor. Setiap kali orang tanya pasal cita-cita, tu jelah jawapan Mek.

Result SPM Mek boleh tahan la, dalam 7A dan 3B. Kejayaan besar sangat dah bagi Mek yang memang serba-serbi kekurangan ni dengan kereta motor pun takde nak pergi sekolah. Minta Asasi tak dapat. Tapi, Mek dapat Matrikulasi.

Masa tu tak excited sangat pun nak masuk mana-mana. Kalau tak ditawarkan pun, Mek tak kisah sangat. Sebab hidup Mek memang susah. Mek fikir nak kerja je. Kalau tak kerana mak Mek yang mendesak, dapat je result Mek memang terus cari kerja.

Maka, 12 Mei 2008, Mek pun masuk matrik. Bermulalah hidup berdikari Mek. Memang Mek sangat tidak boleh cope dan adapt. Sentiasa depresi (baru tau kena depresi dalam setengah abad ni akibat media sosial yang sering tular pasal depresi).

Jadi, Mek memang tak perform. Result ke laut. Bawah 3.00 je Mek dapat. Bertambah lah depresi Mek. Apabila ada antara kita yang dilahirkan dalam keluarga susah dan berantakan, depresi akan perlahan-lahan memakan diri akibat daripada segala perkara yang kita pendam selama ni. Maaf tukar topik sikit.

Disebabkan result Mek yang teruk, maka Mek ditawarkan course lelong di Universiti P dalam bidang Sains. Cakap lebih-lebih, takut ada yang mengenali Mek nanti. Course ni baru tubuh pada tahun tu. Sebab tu Mek dapat. Pada 28 Jun 2009, Mek daftar masuk Universiti P yang tak berapa nak established ni.

Tak lama lepas tu, Mek pinjam PTPTN. Dalam 23 Disember 2009, ayah Mek meninggal. Mek depresi teruk. Dalam tempoh setahun kem4tian arwah, Mek asyik menangis mengingatkan nasib kehilangan ayah. Belum nak cakap Mek dan mak Mek tidak dapat pencen arwah. Dalam 2011, Mek dan mak Mek kena halau dari rumah yang kami sewa.

Lepas arwah ayah Mek meninggal, Mek gaduh besar dengan mak Mek sebab Mek dah tak mahu sambung belajar. Mek nak kerja. Tapi, mak Mek berm4ti-m4tian halang. Walhal kami anak-beranak tiada duit. Harapkan bergantung pada bantuan ibu saudara Mek jelah bagi duit setiap bulan. Jadi, nak tak nak, Mek teruskan juga.

Dengan kadar depresi yang semakin tinggi (masa tu tak tahu depresi tu apa, tapi, keinginan bvnvh diri sentiasa ada), Mek teruskan juga pengajian. Jujur jelah Mek katakan, Mek memang tak boleh tumpu perhatian langsung dalam kelas. Mek selalu ponteng. Waima nota ringkas pun, Mek tak boleh hadam.

Jadi, Mek selalu bawa toyol dalam peperiksaan. Mek selalu menipu. Sebab kalau result teruk, Mek tak larat nak hadap leteran mak Mek. Sampai hari ni Mek rasa malu sangat dengan Tuhan yang menciptakan dan juga diri sendiri sebab bawa toyol dalam periksa.

Sampai hari ni Mek tak tahu nak tebus dosa macam mana. Walaupun Mek rasa perbuatan Mek tak mendatangkan mudarat kepada orang lain. Tapi, rasanya, memang takkan mendatangkan mudarat kat orang lain pun, sebab Mek bukan nak jadi Menteri. Eh !

Setelah 4 tahun berlalu, Mek konvo pada Oktober 2013. Mungkin disebabkan balasan bawa toyol dan tak jujur dalam peperiksaan, maka Mek sangat susah dapat kerja yang setaraf dengan ijazah. Mek pernah jadi cikgu ganti, pekerja sambilan harian, pembantu pusat tuisyen. Tapi, sekarang Alhamdulillah Mek dapat kerja gomen walaupun kerja ni untuk lulusan SPM je.

Setakat Januari 2020, dah 4 tahun lebih Mek kerja. Ada juga beberapa percubaan Mek untuk minta gred yang lebih tinggi, tetapi, mungkin disebabkan kafarah dosa Mek menipu masa belajar dulu, Mek tak pernah dapat kerja yang grednya setara dengan ijazah.

Ada juga beberapa kawan Mek pun tak dapat kerja walaupun sambung sampai Master. Tapi, mereka tak dapat kerja sebab memang susah nak dapat kerja. Kes mereka lain dengan Mek.

Di tempat kerja Mek, ada yang Gred 29, dulunya belajar di politeknik ambil couse setiausaha. Lepas konvo je terus dapat kerja. Kalaulah sekolah Mek dulu banyak promosi pasal politeknik ni, mesti Mek dah jadi salah seorang graduan poli.

Dan kalaulah mak Mek boleh terima pendapat Mek dulu, mungkin Mek sekarang dah naik pangkat sebab kerja gomen awal-awal. Dan kalaulah Mek tahu Mek akan kerja gomen, awal-awal lagi Mek minta. Tapi, yelah, nanti ada pula juak-juak pakar motivasi cakap pasal timezone la apa laa.

Jadi, Mek tak nak ulas pasal tu. Cumanya Mek nak recap beberapa perkara penting di sini :

1. Takde ijazah tak m4ti pun. Takde masalah nak sambung tinggi-tinggi. Mek faham orang tua ni memang seronok cerita dengan orang kampung anak-anak masuk universiti. Siapa yang tak bangga, ye dak? Cuma fikir logik. Sistem piramid bekerja macam mana?

Golongan paling ramai kat bawah sekali golongan yang macam mana? Golongan yang paling atas sekali golongan yang macam mana? Kerajaan memang seronok cipta course baru yang kadang-kadang kita jarang dengar pun.

Kerajaan memang seronok juga bila boleh keluarkan statistik ribu-riban graduan dilahirkan setiap tahun. Padahal, polisi entah apa-apa. Pekerjaan pun tak cipta. Kerajaan cuma tahu nak cipta courses je. Takkan semua orang nak kena jadi kolar putih. Duh!

Satu tip kalau nak pilih course di universiti, kalau agak-agak kening pembaca semua tak terangkat atau berkerut masa sebut nama course tu, maka teruskan jelah. Maksudnya, rata-rata umat akan familiar dengan nama course tu. Dan jangan lupa, tally-kan dengan jumlah pekerjaan yang ada di luar sana. Buat kajian sehabis mungkin pasal course tu.

2. Sekarang zaman Revolusi Industri 4.0 atau internet of things. Mohon manfaatkan sebaik-baiknya. Jadilah youtuber atau apa-apa sahaja kalau rasa diri kalian boleh menghasilkan content menarik dan kreatif.

3. Jangan pandang rendah politeknik atau kolej Mara atau mana-mana kolej kemahiran. Mek dulu sekolah sains, jadi tempat-tempat macam ni Mek pandang sebelah mata je (little did I know). Tempat-tempat inilah yang biasanya graduan senang dapat kerja (most of them la).

4. Kalau boleh, elakkan tempat yang kita kena buat pinjaman pendidikan. Mek sekarang kerja gred rendah, lepas tu tak pasal-pasal je kena bayar hutang dekat RM30k. RM30k tu boleh buat berniaga tau.

Berusaha cari tempat yang yuran murah (contoh : politeknik dan kolej MARA). Ada juga kolej swasta yang menawarkan kursus oil and gas yang mana dia tawarkan biasiswa dan juga pekerjaan kat kita once kita graduate. Jangan lupa jenguk-jenguk juga industri oil and gas ni.

5. Kalau-kalau ada pembuat polisi (Pegawai Tadbir dan Diplom4tik) Kementerian Pendidikan atau badan pengurusan tertinggi universiti yang sibuk nak tokok-tambah course baharu, mohon kalian buat kajian terperinci dahulu. Jangan main lulus je semua perkara. Kami mohon pun sebab kursus tu wujud.

Dan tolong wujudkan banyak tempat untuk course komputer di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Cewah, Mek perasan jap ada orang besar nak baca luahan hati Mek.

6. Kalau-kalau ada cikgu-cikgu yang terbaca luahan Mek ni, mohon jasa baik untuk sentiasa kemaskini jumlah-jumlah pekerjaan yang ada di luar sana, dan kongsikan dengan semua mak bapak dan group WhatsApp yang ada.

7. Kepada Asian parents, mohon jangan Asian sangat ! Chef Wan pun kaya-raya tau. Tak semestinya firasat anak-anak salah dan firasat kita sentiasa betul.

Mohon kepada commentators, harapnya jangan ulas pasal hidup Mek sebab nanti takut lari topik. Mek je boleh lari topik. Bukan pembaca. Dan Mek mohon maaf juga kalau-kalau benda yang Mek sebut ni, rata-rata pembaca dah maklum. Sebagai seorang narsisis, Mek rasa content Mek lebih baik dari kisah rumah tangga.

Penafian : Mek tak halang sesiapa pun nak masuk universiti. Semua ini hanyalah pandangan Mek sahaja berdasarkan pengalaman Mek.

Sekian, terima kasih.

– Mek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit