Ikhlas dari akak

Bismillah.

Pertama sekali,
Demi Tuhan, apa yg akak nak confess ni bukan mahu puji diri. Kalian bukan kenal pun akak, kan ? Okaylah masuk point, Akak cuba ringkaskan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat pd akak.
Apa yg akak bgtau ni adalah kata org pada akak, bukan akak yg bgtau dgn sendiri.

Allah bg akak kulit cerah, rupa paras yg cantik, badan yg slim even akak mkn banyak, rajin, n akak jugak best student course akak, berkepimpinan, n alhamdulillah nikmat terbesar akak hafal quran :)

Smpai setiap kali presentation dlm kelas akak akn risau, demi Tuhan bukan akak buat cerita, tp hampir tiap kali presentation mesti ada yg nak approach lepas tu. Setakat ni dah 13 org lelaki lamar akak. Mungkin atas nikmat rupa yg Allah bg, suara, n kepetahan akak berckp dlm banyak bahasa dgn baik, dan perhatian lebih dari pensyarah ketika presentation.

Org nampak akak sempurna. Kawan2 akak terutamanya. Diorang selalu ckp, "untungnya jadi awak, pandai, ramai org suka, ramai laki minat, lecturer syg, bla3". N point utama, mesti kawin awal niii.

Allahu, dlm hati akak juga harap begitu.
Cuma, setiap kali kawan2 ckp gitu, akk hanya mampu menangis dlm hati.
Sebenarnya mmg akak mahukan sebuah perkahwinan dan jodoh yg baik. Namun akak xdpt terima semua tu selepas akak dikecewakan seorang lelaki, cinta pertama akak. Adik2, bila akak cakap cinta pertama, adik2 jgn fikir akk bercinta, tak. Akk x bercinta, tapi akak pernah bertunang. Silap akak, mencintai tunang.
Sepatutnya wanita ! Jgn bg hati kalian pada tunang. Ingatlah pesan akak, adik2 ! Perit sekali rasanya.

Pesanan kedua, adik2, jgn pernah bg sepenuh harapan yg tinggi kepada ajnabi, walaupun tunang !
Ingat adik2, pesan akak ini.
Hanya selepas akad, kita harus mencintai mereka. Sebelum itu, jangan. Akak rayu, jangan, adik2.

Bagi yg belum pernah rasa apa itu cinta pada lelaki, sujud syukur sekarang, n janji pada diri, "akan ku jaga hati ini hanya untuk suami".

Berbalik kpd kisah akak, akak sgt rapat dgn family bekas tunang akak. Akak rasa tenang bila family dia redha. N dia yg approach akak dan bersungguh nakkan akak dulu. Tapi itu lah jodoh. Dia pergi meninggalkan akak. Namun sampai sekarang dia juga belum menikah.
Sudah itu keputusannya, tiada yg mampu menghalang.
Ye, sebab kecewa itu lah akak tolak lamaran2 lelaki lain. Bukan akak x percaya takdir, tapi akak tanam dalam diri akk,

" biarlah Allah sahaja yg menentukan urusan cinta ku dgn manusia.
Sementara aku, sibukkan diri dgn urusan cinta dgn Allah semata "

Berbulan akak menangis, bertahun akak kecewa,
Akak fikir, kenapa jadi begini, selama ni aku jaga ikhtilat, aku jaga hubungan aku dgn Allah, parents, manusia lain.
Susah pd awalnya

Namun adik2,
Kerana kecewa itu !
Akak bangkit.
Akak paksa diri untuk redha dgn apa yg berlaku.
Paksa untuk redha ?
Bukan redha namanya itu. Pasti ada yg berkata sebegitu.
Namun bg akak,
Paksa untuk redha itu lah kekuatan akak.

Setelah itu lah ,
Semua kelebihan itu Allah gandakan.
Sebelum ni akak pandai biasa2 je, tapi lepas kekecewaan itu, Allah bg best student.
Lepas kekecewaan itu, Allah tambah kecantikan rupa akak, yg sebelum ni akak dpt rasa perubahan tu.
Selepas kekecewaan itu, akak dpt rasa makin ramai kawan2 yg mendekati,
Selepas kekecewaan itu, ini lah hal yg terbesar, akak dapat lebih mengenal cintaNya yg sebenar2 cinta. Cinta yg Agung. Cinta yg paling sejati. Cinta yg hakiki.

Adik2,
Apa yg akak nak ceritakan disini, apa yg akak kecapi sekarang, adalah hasil sebuah kekecewaan.
Iya, hasil sebuah kekecewaan.
Mungkin org boleh kata, come on la, x besar pun kecewa kau tu.
Namun hati ini saja yg tahu. Banyak lagi tapi terbatas di ruang ini untuk aku ceritakan semuanya.

Akak pernah fail belajar.
Akak pernah kecewa dalam sesuatu institusi,
Akak pernah kecewa dgn sahabat akak,
Banyak kekecewaan akak, tapi kenapa akk highlight kan putus tunang? Sebab rata2 di page ini akak lihat banyak berbicara mengenai hal itu :)

Akak harap ini pedoman buat adik2.
Apa dia ?

First, paksa untuk redha.

Second, berbaik sangka dgn Allah.

Third, taubat !
Amalkan solat taubat setiap hari, Allah pasti akan memberi yg terbaik.

4th, Jgn ulang dosa.
Ramai dari kita banyak bartaubat, itu baik sgt dah, tp syg ulangi dosa.
Kalau adik2 nak tahu, setiap kali adik2 melawan perasaan nak buat dosa ituuulah, jihad adik2 :)
Bilamana adik2 dpt lawan, Allahu, disitu ada dua :
– kebahagiaan yg x mampu diceritaakan :')
– kedua, di situ lah, Allah tinggikan darjat adik2 insyaAllah.

5th, haa yg ni kena dgn yg tgh banyak bercakap mengenai org gemuk, org kuris ni.
Jangan ingat, org cantik ni cepat aja jodohnya, n vice versa.
Jodoh di tangan Allah.
Bukan kerja kita.
Apa yg jd kat akak, bukti semua tu.
Ramai yg tanya, bila akak nak kawen, akak hanya mampu tersenyum.

Kerana entah lah, akak pun tak tahu.
Kerana, biarlah Allah yg menyusun urusan cintaku dgn manusia :)

Lastly, pesanan akak buat adik2,
Nak share rahsia cantik sikit,

Banyakkkan baca quran. Al quran itu nur, cahaya.

Kedua, banyakkan wudhuk.

Ketiga, banyakkan mengalirkan air mata didepan Allah.

Akak akhiri, dgn jutaan maaf, andai ada yg tersalah,
Demi Allah, antara method dakwah yg akak x suka n anti, adalah menyebut kebaikan n kelebihan diri org yg berdakwah. Kerana itu akak guna medium ini, kerana xde sapa yg tahu, akak ni adalah aku. Hanya Allah dan akak yg tahu.

Akhir sekali, akak mohon doa kalian, supaya akak dpt thabat dlm jalanNya, dan dikurniakan jodoh yg baik juga, umur pun dah meningkat ni. Mana tahu berkat ramadhan n adik2, ada yg makbul ?

Ingat adik2,
Tak kiralah samada yg pernah terlanjur, memandangakn banyak kes yg akak baca, atau apa pun jenis maksiat yg telah adik2 lakukan,

Jom buat ini !
REDHA atas kekecewaan, BANGKIT, JAGA SOLAT, BYKKAN BACA QURAN DAN MAKNANYA, DEKATKAN DIRI PADA ALLAH. InsyaAllah hati adik2 , akak pun sukar nak gambarkan, cuma bahagianya ya Allah hanya Allah yg tahu.

Doakan akak ye adik2 ! :)

– Akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Nk tny klau ada sapa2 yg bleh jwab…knp ea byk je confessor yg suka mcm angkt diri nie mcm bgtau dia cntik la kurus la ape la….aq x nk salah anggap….adakah perkara yg mcm angkt diri tu inspiration bg org yg baca confess nie?sbb bg aq la nmpk mcm x perlu kot…jgn mrh aku ea….aq nk tau je…

  2. Xpela kalau nak angkat diri sendiri pun.dia anonymous.mngkn ad bnda bnda baik y dia nak sampai.kutip hikmahnya..mafhum hadis.sahabat nabi dlu bunuh org y mengucap syahadah setelah pedang diangkat.nabi tny knapa dbunuh,shbt tu mnjwb kerana dia msk islam kerana takutkan pedang aku bukan kerana ikhlas.hgpa tahu nabi ckp ape

    “adakah kamu membelah dada dia? “

  3. akak kalau akak nak tau,adik sebilik akak pernah confess pasal akak.dan sangat berharap akak jadikan akak sebagai part of her family.please akak carik adik tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *