Ikhtiar Jodoh Pada Usia 30-an

Tak tahu nak mula dari mana. Bab jodoh ni macam rezeki. Tak semua orang dapat dengan cara yang sama.

Ada orang mudah dapat jodoh. Ada orang yang usaha macam2 tapi jodoh masih tak ada. Aku kategori yang susah nak dapat jodoh.

Umur aku di awal 30 an sekarang. Masa umur aku di awal 20 an aku mungkin tak fikir sangat. Lagi2 mak aku sakit. Siapa nak jaga?

5 kali orang jodohkan.

Aku pernah bertunang tapi putus. Antara sebab kerana aku jaga mak aku.

Kebanyakkan lelaki susah nak terima. Diorang takut beban kalau kahwin dengan aku.

Lagi2 aku tidak bekerja sekarang plus aku jaga mak.

Tapi alhamdulillah aku berjaya tamatkan degree aku tanpa bebanan hutang belajar or lain2.

Aku ada simpanan yang aku simpan semasa aku belajar & kerja sementara dulu.

Selepas gagal dengan proses taaruf melalui orang tengah. Aku usaha mencari jodoh online. Tapi tak mudah.

Kalau beria pun laki orang. Yang bujang pulak tak ada matlamat untuk berkahwin.

Yang duda ada anak mungkin belum heal dari perkahwinan sebelum ni & fokus untuk besarkan anak2. Kalau tambah aku mungkin jadi beban pada dia.

Salah ke kalau aku tanya hala tuju hubungan? Sama ada cari tu atas tujuan berkawan or serious?

Tapi bila aku tanya laki tu seolah2 aku terasa aku ni macam desperate nak kahwin. Bila aku dengar explanation dia. Aku terus rasa down.

Aku tau dia pernah berkahwin dan ada anak. Dia dalam zone yang perkahwinan bukan keutamaan sebab dia dah achieve sesuatu. Umur 30 an dia dah ada zuriat sendiri.

Tapi aku perempuan yang dari segi biologi nya tahap kesuburan perempuan akan menurun mengikut usia tapi lelaki walaupun umur dah lanjut masih boleh ada zuriat sendiri. Itu antara concern terbesar aku.

Aku bukan nak kahwin disebabkan ikut orang or untuk tunjuk pada orang.

Tapi aku pun ada kerisauan aku sendiri. Kalau aku tak kahwin aku tak ada sesiapa. Abang aku dah ada keluarga dia sendiri.

Kalau mak aku tak ada aku cume hidup seorang diri jer. Aku ni ibarat orang yang sedang mencari seseorang untuk menumpang kasih. Ingat aku tak tertekan ke jaga mak aku.

Aku bukan mengungkit tapi aku sedih aku tak dapat capai apa2 lepas tamat belajar sebab mak aku start sakit masa aku final year.

Usia mak aku pun dah nak masuk 70 an. Apa yang orang expect tahap kesihatan mak bila usia macam tu?

Aku bukan nak kahwin untuk laki tu tanggung mak aku. Mak aku ada duit pencen dia sendiri.

Ada juga yang risau kalau kahwin aku terikat nak kena jaga mak. Aku faham tapi perkara tu masih boleh dibincangkan.

Mungkin perkahwinan bukan diciptakan untuk aku. Bila tak cari orang kata aku tak usaha. Orang kata aku memilih. Bila aku cari orang kata aku terdesak.

Antara doa aku. Aku doa kalau aku kahwin. Aku doa supaya aku jadi isteri yang tak membebankan suami. Jadikan aku wanita yang tenang lagi menyenangkan suaminya.

Aku usaha untuk buat & cari kerja freelance dari rumah. Sekurangnya2 aku tak mengharap duit sesiapa.

Kadang-kadang aku doa supaya Allah ambil nyawa aku awal supaya aku tak lalui kehidupan aku seorang diri. Supaya aku tak lalui tekanan hidup sebagai anak dara tua.

Aku tekankan kat sini aku bukan kahwin untuk berlumba dengan sesiapa.

Aku tulis semua ni sebab aku tak ada sesiapa yang aku boleh luahkan. Aku tak ramai adik beradik macam orang lain yang boleh berkongsi cerita.

Terima kasih pada yang sudi baca luahan aku ni. Doakan aku positif dan kuat..

– Aku yang stress (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *