Ilmu tangga Kejayaan

Semua orang ingin kan kesenangan termasuk juga golongan pelajar. Definisi 'senang' bagi mereka sangat mudah; DUIT dan PANDAI.

Pertama, duit. Salah satu punca duit selain ibu ayah atau pinjaman, adalah MLM. Ya, MLM merupakan satu sistem perniagaan berbentuk rangkaian. Siapa yang banyak downline dia kaya, siapa tak cari orang, dia ternganga keluar modal tak dapat untung. Zaman aku dekat cfs, aku sangkut dgn MLM. Kawan kata ada talk bisnes, kita pergi ikut kawan. Sekelip mata, modal dibayar tak pasal pasal semua orang panggil aku boss. Aku nak duit. Sebab hidup aku susah. Kawan dapat rm500 sebulan, aku harap hanya elaun. Aku pergi atm pun segan sebab kadang kadang hanya withdraw 30 inggit. Aku nak apa yang mereka ada. Kereta, baju lawa, shawl. Semua aku nak.

Duit ni, kalau kita ada, dia akan habis. Duit tak pernah milik kita. Kekayaan, harta semua bukan kita punya. Aku berhenti MLM sbb ada satu malam kiteorg kantoi dengan semua fellow cfs. Kene brainwash. Cuak gak ah. Masa tu, mata aku macam kene koyakkan dengan Sir/ustazah sampai aku nampak apa yang aku kejar. DUIT.

Setiap malam turun london bridge cari downline, tiru gaya 'leader' tapi belajar? aku tanam enam kaki bawah tanah. Setiap malam, balik bilik satu pagi. Penat, haus masa terbuang, belajar kelaut, duit tak bertambah. Rugi.

Sementara itu, yang lain yang jugak sama sama join MLM berjaya. Sekarang maybe dah dapat Dato'. Duit dah 6 angka. Kereta super, tapi belajar? extend. Tinggal study. Sebab duit. Sebab nak senang. Dulu, masa seorang ni nak naik level dari silver ke GOLD, sampai sanggup pinjam duit. Nak bayar 'modal' pelaburan katanya. Sekarang dah kaya, sana sini bagi talk motivasi kejayaan diawal usia. Tapi hutang pun tak bayar lagi. Sempat jugak dia cerita, mak ayah dia pun kaki MLM. Kagumnya mak ayah dia.

Baiklah begini, hidup ni jangan bertuhankan duit. Kalau kita pandai kita senang berjaya. Jarang aku dengar orang berilmu hidupnya ditakuk kesusahan. Kita kalau banyak ilmu, campak mana pun kita boleh hidup dan berjaya. Duit hanya lah dugaan. Jangan kejar. Biar dia datang. Jadikan duit, sekadar alat untuk teruskan hidup. Untuk bertahan. Itu sahaja.

Jangan kerana duit, kita ni buat dosa. Kita jadi lupa. Kita mencuri, kita menipu. Biarlah tak ada apa tapi jangan ada dosa.

Sekian kongsi pengalaman, moga bermanfaat.

– Sis Bengang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *