i’m sorry pasal isu jaga solat, jaga aurat tapi couple!

Assalamualaikum. Harapnya admin approve confession aku kali ni. Part 2 Jaga solat, jaga aurat tapi couple aku kena reject. Pertamanya terima kasih pada yang sudi mendoakan aku supaya tak terjebak dengan budaya couple. Aku sangat hargai. Serius aku hargai! Aku juga berharap dan berdoa macam tu. Teruskan la berdoa yang baik-baik untuk aku. Jangan la berdoa aku bercouple pulak. Aipp korang ni ada berdoa aku macam tu, sedih betul aku semalam. Tapi jangan risau, lena je aku tidur lol. Siap kata nanti post confession aku clash pulak, hamboiii. Yang kata aku ahli syurga tu, moga Allah makbulkan doa tersebut :)

Ye betul alhamdulillah memang Allah tutup aib aku. Ye aku baru nak cecah 22 tahun, ye aku masih muda bak kata orang. Aku punya mentaliti budak-budak pada pandangan korang. Salah ke aku bertanya kenapa orang yang masih jaga solat (jaga solat bagi aku bukan sekadar solat ye, jaga solat means solat awal waktu, khusyuk, berjemaah), jaga aurat (tudung labuh tutup dada, pakaian longgar, pakai handsocks, pakai sarung kaki) tetapi masih terbelenggu dengan masalah couple? Salah ke aku tanya? Aku tak kisah sangat kalau yang bercouple tapi jenis solat sekadar solat, janji solat sudah la, yang jenis pakaian ketat dan sendat, tudung atas dada, aku tak hairan sangat kenapa mereka bercouple. Faham ke apa yang aku maksudkan?

Aku bukan nak berlagak baik, bukan sama sekali! Sebab aku sendiri tahu aku memang bukan budak baik. Bukan! Aku pun bukan nak cari gaduh, alaaa jangan la ingat aku nak cari gaduh. Aku minta maaf pada semua atas kata-kata aku pada post sebelum ni. Yang buruk datang dari diri aku, dan yang baik semuanya dari Allah. Aku minta maaf okay! Aku tak patut post pasal couple di tempat sebegini. Ye salah aku. Aku berdoa moga Allah berikan kita kekuatan untuk hadapi hari-hari mendatang, ye dunia sekarang memang mencabar. Dan itu memerlukan iman yang mantap!

Akhir kata, bukan ke Allah kata “Jangan kamu mendekati zina”. Allah tak kata “Jangan kamu berzina”. Secara tak langsung bercouple tu salah satu jalan mendekati zina. Okay sila hentam aku! Apa yang aku nak highlight kan disini, masih ramai lagi tak tahu erti sebenar ikhtilat. Ye ramai! Boleh bukak page Tarbiah Sentap dan baca pasal kekeliruan dalam ikhtilat dan sebagainya (Aku cadang kan je, taknak baca pun tak pe). Moga Allah beri kefahaman dalam agama pada kita semua, Allahuma ameen.

Pada admin, please approve. Terima kasih. Admin kalau nak delete post pasal ‘jaga solat, jaga aurat tapi couple! hurmm’, delete la.
I’m sorry……

– FN

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

22 Comments

  1. Ramai je yang ckp org alim ni bajet alim je kalau kapel , n ramai je yang double standarkan org hanya kerana dia kapel.Tapi apa hak kita untuk judge manusia sedangkan nabi pon x judge manusia .

    Saya faham je sis x penah kapel so thats why sis curious nak tahu cmne org alim ni kapel padahal smua diorg jaga tapi ikhtilat yg mcm kacang tuh susah gilew nk jaga .

    Sis kena tahu ujian Allah pada perempuan salah satunya lelaki.Dan ujian pada setiap manusia tak sama . mcm sis sndiri alhamdulillah ikhtilat terjaga tapi saya yakin pasti ada ujian dari Allah yg buat iman sis tergugat dalam hidup ini.Kalau sis dapat hadapinya , alhamdulillah lulus. Tapi kalau sebaliknya , tergolonglah sis antara org yg diuji mcm ‘org kapel’ tersebut.

    Jangan benci org kapel sebaliknya tariklah mereka ke jalan yg benar dgan kasih sayang , dekat dgan mereka , dan jgn sesekali pandang hina pada mereka .Itu tanggungjawab kita sebagai hamba Allah untuk menjalankan amal makruf nahi mungkar.

    Salah satu punca kapel ialah kurangnya kasih sayang kawan dan keluarga. Mungkin sis boleh mnjadi salah satu solusi untuk mereka tidak terjerat dalam kancah kapel . Gud luck!

  2. Sorry la. Kite tak mendoakan kamu pi couple ataupun clash. Cuma, tu la, mana tahu kan, things happen. Hari ni kite pandang sesuatu dan rasa benda tu pelik, esok lusa giliran kite pulak yg kena benda tu. Life is a wheel. Everyone goes through it. Don’t worry.

  3. Jawaban kepada persoalan saudari menurut pandangan saya;

    Faktor persekitaran juga memainkan peranan, mungkin si A sudah menjaga solat,aurat dll tetapi dia terpengaruh utk couple sebab majoriti kawan sekelas dia atau orang sekeliling dia bercouple.

    Kedua, dia mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi lalu dia bercouple. Nauzubillah min zalik.

    Ketiga, ujian. Yang ni tah payah nak terang panjang2 kut sebab cik siti fairuz tu dah terangkan

  4. Jika iman tidak sesempurna malaikat.. kuatkan iman dlm diri.. doa pada Dia yg Satu & yg Esa… supaya kau sentiasa istiqamah.

    Titipkan doa untuk sahabat2 kau supaya dibuka kan pintu hati. hamba Allah! Takbaik buat confession yg boleh mngguriskn hti org.. kau sendiri cari dosa kering sendiri.. curious? Pergi direct tanya dgn si pesalah.

    Tak semua manusia dibuka kan hatinya lagi untuk berubah. Kau kene ingat, manusia beb. Tak semua hati iman nya sama.

    Dan ujian yg Allah bagi pun tak sama setiap org.. jgn terlalu khusyuk memikirkan dan menilai org lain kenapa dia mcm tu kenapa dia mcm ni..

    Kau thu tak perjalanan hidup seseorg tu ALLAH yg buat… Allah yg uji.. why kau nak curious klu kau percaya setiap perjalanan manusia di muka bumi ni Allah yg aturkn segalanya?

    Jln yg menjadi jalan lurus atau bengkok itu sendiri dtg dari diri si pesalah.. Mantapkan diri terlebih dahulu beb..

    Senjata org Islam adalah doa. Bukan confess di laman confession. Sekian..

  5. Awak, mungkin awak tak kenal lagi dunia sebenar macammana. Berkawanlah dengan ramai orang, yang free hair, bertudung singkat dan bertudung labuh. Jangan duduk dalam satu kumpulan yang sama. Awak akan dapat jawapan dalam semua pertanyaan awak. Dan awak tiada hak untuk generalize yang bertudung singkat solat biasa-biasa. Awak belum lagi jumpa mereka yang tudung singkat tu la yang setiap malam menangis dalam tahajjud, yang bertudung singkat tu la lagi banyak bersedekah. Memang betul teguran awak tu, cuma cara teguran awak yang tak kena. Menegur biarlah berhikmah ok awak. Banyakkanlah berkawan, dekati mereka, kenali mereka, awak akan nampak ujian pada setiap manusia berbeza dan disitulah awak nampak daripada ujianlah hidayah hadir.

    • Saya stuju kak. Dulu sy bersekolah ngan geng2 yg jaga aurat ngan solat khusyuk. Memg sngt terbiasa dengn dieorg. Kawasan pon kondusif sebab ada je tudung labuh. Tapi tetiba masuk skolah swasta astraghfirullahalazim terus. Free hair, baju ketat, sosial bebas, kapel sana sini perghh memang ah. Sy culture shocked sngt smpai menangis XD. Waktu tu mulalah timbul penyakit hati dalam diri. Tapi malu kak. Las2 yg turun jemaah waktu isyak /x wajib jemaah tpi sngt digalakkan/ prempuan tak bertudung tu. Dia pon tau pasal sunnah nabi. Sungguh malu sebab barulah aq sedar betapa judgmentalnya aq huhu :(

    • Memang betul. Dekat uia, yang tudung labuh kawan dengan tudung singkat dan yg free hair itu semua perkara biasa. Semuanya kami anggap kawan. Kawan saya yg tudung labuh jarang bersikap judgemental. Dorang menegur, tapi menegur dlm kelembutan yang buatkan kita nak ikut benda-benda baik. Kadang-kadang tak payah tegur pun kita nak terikut ? Teringat kawan saya kata, ‘jangan ingat saya selalu solat jaga aurat semua saya tak diuji. Saya diuji dgn penyakit hati, sometimes saya rasa diri saya lg baik. Itulah ujian yg susah utk saya.’ Allah uji setiap manusia tp dalam cara yg berbeza. Iman kita tak selamanya kuat, kena ada org yang selalu saling menasihati. Sebab tu Allah ciptakan setiap manusia tak sempurna ?

    • Kadang2 tu benda cantik tapi x kena cara kita bg.. bekecai la benda tu- kann.. hihi- dakwah bilhikmah bukan dakwah bilhukm- :D

    • Setuju dengan statement ni, bila saya berkawan dengan penz*na, yang free hair, baju ketat sendat, fikiran saya jadi lebih matang untuk tidak menghukum mereka ahli neraka atau syurga.

    • Yezzz terbaik! Saya sokong. Dh pegi dunia luar dn dan bercampur dgn ramai org, kita akan lebih terbuka.. Dn lebih faham, yg manusia itu berbeza. Ujian juga berbeza

    • Dah jelas bertudung singkat tu solatnya xsempurna… solat sempurna menghindari diri dri sebarang perkara maksiat so…paham2 le ah.

  6. Mungkin kita lihat dia sbg org yg menjaga solat. Tetapi kita tak tahu adakah solat tersebut menepati rukun, syarat dan adab. Bila cukup ketiga tersebut barulah dinamakan mendirikan solat.

    Wallahuaklam :)

  7. sis ni comel je.. betul la sis cuma nak tahu kan..insyaAllah suatu hr nnti sis akn dpt jwpn yg berbentuk pengalaman.. Bkn la maksudnya sis yg couple.. Ishh x tau la nk explain camne

  8. Sis..kena ingt- susah tu ujian, senang pun ujian- jngn tngok orang couple sis rasa dya je yang tngh tuhan uji.. walhal hakikatnya sis pun sedang diuji- =) tuhan nk tngok apa respon sis,, sama ada sis nasihat mereka cara baik, jg aib mereka, doakan mereka, or sis perlekehkan mereka, buka aib mereka, jaja keburukan mereka, rendah-rendahkan mereka, bangga dngn kebaikan diri sis, rasa ujub riak takabbur sombong atau bangga diri… sy x ckp sis yang mana satu.. hihi- cuma nk ingtkan salah satu tujuaan manusia diciptakan adalah untuk diuji.. =) smoga kita sama2 dipelihara oleh Allah s.w.t… aminnnnn- ^_^

  9. ADMIN. JANGAN DELETE POST FIRST DIA. Dr post tu mungkin ada benefit utk org lain.

    Sy faham apa yg awk cuba sampaikan dr first till 2nd post.

    Sy just nk betulkan judgement awk tentang solat and aurat. Mcm sy sebut kt cmment haritu . Perkara wajib yg dia buat kita jgn persoalkan. Bab aurat. Tapi bab jaga solat tu sy nak sentuh sikit. Mungkin awk perlu specifickan yg sbnrnya dia jaga WAKTU solat. Quality solat tu nobody knows except Allah. Itu urusan Allah. Kita as hamba tak boleh pun ckp tentang nilai solat dia. Sbb bukan kita yg judge quality solat dia. Tapi Allah. So leave it to Him. Bab couple. Kalau betul awk kata dia jaga solat, but then dia couple. Yg sebenarnya solat tu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Surah al-ankabut. Baca la. X ingat ayat berapa. Panjang ayat tu. So you can only say that, dia jaga waktu solat. Bab aurat tolong jgn ungkit. Sbb dia dah patuh kt situ.

    Hal psl org doakan awk couple? Dulu mak sy selalu ckp. Kalau org ckp sesuatu perkara terhadap kita, and perkataan tu akan cari lubang yg sesuai , sama ada kita atau org tu sndiri, kalau kita sesuai utk perkataan tu, kita akan kne bnde tu, tapi. Kalau perkataan yg dilemparkan tu x sesuai dgn kita, perkataan tu akan pergi dkt org yg mengata tu balik. So jgn ckp bnde yg kita sndiri xnk org ckp. Kitorg just nk nasihat, mungkin awk x rasa apa yg dia rasa,sbb tu awk senang2 je point out itu ini, cuba kalau awk ada kt tmpt dia,awk nk org buat apa? Mesti awk nk org tarik awk ke jalan yg benar. mungkin dia tgh usaha. Doa je supaya both of you terselamat sblm apa2 berlaku. Sorry kalau ada silap dlm bertutur. Take a good care sis :) approach her and nasihat dia okay. Thanks

  10. Ramai dah komen isu ni. Tp adela nk ckp sikit. Ada dua point. Sbb adik nak tau.. Mungkin bila tanya ada unsur2 generalisation. Satu lagi, being judgemental. Generalise bila kita samakan semua org. Kalau dia jaga solat, dia jaga aurat jadi dia mesti bersih drp budaya couple. Byk faktor yg perlu di ambil kira.. Mungkin itu ujian. Mungkin dia dlm proses hijrah. Mungkin dia ada mslh family, dn terjebak dlm benda tu. Dan mungkin dia tgh usaha utk keluar dr benda tu. Kita taktau.

    Satu lg, don’t judge.. Bila kita masih muda, byk lg ujian2 org lain yg Allah belum bagi kat kita sbb takut kita tak mampu. Ikhtilat mmg kita jaga, samalah juga dgn ayat utk tidak menghampiri zina..

    Tetapi adik, ujian Allah itu berbeza. Mana tau, dia sgt cukup elok sempurna kita lihat, tetapi Allah nak uji dia yg tu. Dan kita nampak dia tewas, tp nnt bila dia menangis kembali pd Allah itu, mgkn kita tk nampak. Dn mungkin darjatnya yg ditinggikan slps ujian itu pn, kita tak nampak.. Kita doakan yg baik2.. Moga kita juga terpelihara. Okey? :)

  11. Abam xpenah couple.. tapi abam xpelik pun tgk kwn yg jaga solat jaga aurat tapi couple.. sebab abam tau jaga aurat dan solat tu antara dia ngan Allah.. couple tu soal hati sendiri, lumrah hidup untuk berpasangan.. xsemua org blh jaga..sbb antara kita xda sorg pn hatinya tiada langsung titik kehitaman, pasti ada.. mungkin pada kamu titik hitam mereka disebabkan couple, tp yg xcouple ada pula titik kehitaman yg lain walaupun jaga solat jaga aurat..
    Sbb tu daripada dok ulang2 isu yg sama tentang hukum couple is haram couple is haram yg xda kesudahan, bek ckp pasal peranan dan tanggungjawab..

  12. solat cukup, tutup aurat sempurna tp couple? perkara yg berlainan…mgkin org tu sempurna dr segi solat dan aurat (sempurna disini bermksd dapat menjag, bukan kata dia sempurna)..tp dr segi pergaulan dia blum sempuna sehingga trjebak dgn couple…xbleh nk pukul rata…bab couple tu kita kena la nasihat…teeuskan dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *