Impian Kecilku

Assalamualaikum buat semua pembaca. Izinkan saya meluah sedikit keinginan dalam hati saya. 

Saya kurang kawan2 untuk bersembang. Rutin saya sangat padat. Kadang2 tulis kat sini dapat meringankan sikit beban di hati. 

Setiap dari kita pasti punyai pelbagai impian. Tapi impian saya hanya kecil bagi saya. 

Saya nak tinggal sorang2 dalam sebuah rumah yang kecil. Saya beli makanan yang saya suka letak dalam peti. 

Setiap kali saya nak makan, makanan tu ada. Saya sebenarnya suka duduk dalam rumah. 

Masak apa yang saya suka. Duduk tengok tv. Kalau cuti nak bangun pukul berapa pun tak pe. Nak masak apa pun tak pe. 

Tu ja impian saya sebenarnya. Tapi semua impian tu tak mungkin tercapai apabila saya terikat dengan keluarga. 

Kena jadi anak yang patuh walaupun hati rasa nak memberontak.. Tapi kerana syurga itu mahal. Sabar dan pendam segalanya yang saya mampu buat. 

Mak sangat bergantung pada saya walaupun dia ada anak lelaki yang sepatutnya sama2 bantu jaga mak. 

Abang dah berkahwin ada 2 orang anak. Dan sekarang tinggal sama2 dengan kami. 

Pun macam tu, saya dilarang keluar dari rumah. Kena tinggal sekali. Alasan tak de mahram dan sebagainya. 

Tapi saya tertekan duduk bersama keluarga di kala umur makin senja. 

Hari ni beli biskut. Esok dah tak de. Tak sempat nak merasa apa yang kita beli sebab budak2 lagi laju makan. Sebab parents dia orang tak beli semua tu. 

Kat rumah bukan ada tempat nak sorok. Tapi saya sendiri tak suka sorok2 makanan. Sebab takut nanti menyinggung hati kak ipar. 

Bila mak suruh masak, sentiasa kena ikut cara mak.. Kadang2 teringin nak masak ikut cara kita. Tapi mak tak boleh terima. 

Kadang2 beli makanan frozen, mak tak suka. Katanya benda tu tak bagus. Mak kata kak ipar marah sebab anak2 dia nanti nak makan benda tu tak bagus. 

Tapi yang habiskan tu depa jugak.. Kadang2 beli air bergas, esok tengok tinggal dasar2 air ja. 

Memang budak2 curi2 minum dari peti. Tapi si dewasa yang kondem pun sekali minum. Ingat kita tak tahu agaknya. 

Kak ipar kata kalau beli terus habiskan. Jangan bawak balik rumah sebab anak2 dia suka mintak.. Tak bagi menangis2. 

Kadang2 saya beli bukan boleh habiskan sehari.. Saya minum sikit2. Jenis minum simpan2. Tapi kerana orang lain, saya dah tak beli dah. 

Last2 apa yang saya suka semuanya tak dapat dinikmati. Hidup atas aturan orang. 

Kena makan apa yang orang suka, kena pergi tempat yang orang tentukan. Semuanya orang yang set. 

Apa yang kita suka, apa yang kita nak, tak penting pun bagi orang. 

Saya dua beradik ja. Memandangkan saya pun tak berkahwin, tugas jaga mak 100% jatuh pada saya. 

Dulu abang duduk asing. Tapi mak paksa abang datang duduk sekali sebab nak tengok cucu. 

Mula saya fikir bagus jugak.. So saya boleh cari kerja luar ngeri. Tapi sangkaan saya meleset semata2. Mak tak bagi saya keluar dari sini.. 

Sebenarnya mak pun suka nak duduk dengan saya. Dia tak selesa duduk dengan abang sebab tak selesa dengan kak ipar… 

Abang saya cuti hanya sehari. Pagi pergi kerja malam baru balik. 

Jadi bila saya ada, senang dia suruh saya buat semua.. Nak keluar pergi mana2 saya bawak. Kalau nak mintak tolong kak ipar mak segan. 

Ye la, orang lain semua pandai menjawab pandai memberontak.. Tapi sebab kan saya pendiam, tak mampu bercakap. Orang senang buli saya agaknya. 

Saya tak mampu nak jadi macam orang lain. Saya tak mampu nak said no. Sebab saya lagi fikir hati orang terutamanya hati mak. Saya tak nak singgung hati mak. 

Tapi sebenarnya dengan mak pun saya makin jauh hati sekarang ni. Banyak sangat isu, saya tak mampu nak luah sebab terlalu banyak tekanan dalam hati ni. 

Saya selalu rasa mak saya hanya gunakan saya untuk kepentingan dia ja.

Umur dah tua2 ni pun saya masih kena marah kena tegur atas benda2 kecik. Saya tak diberi peluang untuk buat keputusan sendiri. 

Dan mak suka tegur depan abang dan kak ipar.. Macam sengaja nak malukan saya. 

Padahal tadi dia suruh kita buat satu kerja. Contoh potong sayur.. Tapi dia cakap lepas potong sayur basuh baju. 

Kita baru tengah basuh sayur, dia sengaja jerit2, baju tak basuh ke.. Lambat buat kerja. Macam mana saya nak buat serentak.. Saya pun ikut arahan dia ja. 

Kalau kita pergi basuh baju, dia marah kata kita tak ikut cakap dia.. Senang kata semua serba tak kena dengan mak saya. 

Kalau depan abang dan kak ipar, lagi kuat mak punya drama. Saya pun tak tahu kenapa. 

Saya pun bekerja, tapi dalam dunia ni mesin pun ada cuti sehari. Tapi jadi manusia terutamanya manusia macam saya, langsung takde cuti. 

Cuti saya mak saya akan suruh saya drive bawak ke mana2. Jauh2 pulak tu. Kalau saya kata nak keluar dengan kawan ke apa. Dia akan tarik muka sampai 2 3 hari. 

Senang kata mak saya tak suka saya ada kawan. Bagi mak saya, habis kerja balik rumah. Kena duduk depan mata dia. 

Kalau kita dalam bilik,dia akan pangil suruh turun. Ada la apa2 dia suruh buat. Kadang2 panggil untuk benda remeh ja pun. 

Saya ni susah nak duduk berehat sekejap. Saya ni dah tak ingat bila last saya tengok tv, berhappy2. 

Bila kita baru duduk, dia dah start nagging nagging nagging. Ada ja benda tak kena kat mata dia. Saya sendiri tak tahu apa salah saya. 

Banyak kali saya fikir nak lari dari rumah. Tapi setiap kali tu saya fikir saya nak pergi mana. Saya ni hidup takde kawan2. 

Hidup saya selama ni dah macam dalam satu gelung. Nak keluar dari gelung ni pergi dunia luar, saya tak tahu macam mana cabarannya. 

Kawan2 tempat kerja setakat hai2 bye2 ja. Saya takde kawan yang rapat. Untuk saya luah masalah saya. Tekanan saya. 

Kadang rasa nak ja gamble lari ja la mana2. Tapi tiba rasa kesian dekat mak. Pasti mak saya terabai. Sebab abang dengan kak ipar bukan layan mak sangat. 

Walaupun macam mana pun perangai mak saya, dia tetap mak saya.. Tetap saya kena berbakti sampai akhir usia saya. 

Susah senang keluarga ja kena ada. Apa pun kena utamakan keluarga. Kalau tak, saya akan hidup dengan rasa bersalah. Saya sayang mak saya walaupun dia layan saya tak adil. 

Saya juga sedar saya pun tak mampu hidup bahagia kalau saya lari dari rumah.. Sebab hati sentiasa terfikirkan mak. 

Dia makan ke, ada orang masak tak untuk dia.. Nak beli barang dapur sapa bawak. 

Mak bukan pandai baca tulis. Mak tak tahu memandu. Nak pergi mana pun harapkan orang. 

Akhirnya benda2 macam ni buatkan saya masih stay dalam kehidupan ni. 

Baru2 ni di depan rumah saya ada orang tu buat rumah. Dia nak jual rumah tu. 

Selalu saya fikir,kan best kalau dapat beli rumah ni. Sebab selang 4 biji ja dari rumah mak. 

So mak pun saya dapat jaga, saya pun dapat duduk sendiri macam saya nak. Tapi apa kan daya, gaji saya tak mampu nak beli rumah tu. Kami pun bukan keluarga senang atau berduit sangat. 

Akhirnya, mungkin sampai bila2 pun impian kecil saya tak mungkin dapat tercapai. 

Cuma saya sedar satu benda, semua orang akan ada rumah sendiri apabila dah meninggal nanti. Mungkin itu saja rumah yang saya mampu miliki. Rumah yang kekal abadi. 

– Nuha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Saya tumpang simpati atas nasib awak. Saya kasihan awak x dapat kebebasan dan kebahagiaan di rumah semdiri. Walau apa pum doa lah pada Allah supaya keadaan berubah seperti yang awak inginkan. InsyaAllah Allah akan buka jalan dan berikan awak kebahagiaan dan kebebasan itu.

  2. xpela, bertahan jela selagi mak masih ada, nanti bila dia dh xde kita akan rindu moment2 bersama dia… macam sy lalui skg… semoga Allah kurniakan ganjaran syurga dan pahala yg tinggi buat nuha atas kesabaran menjaga mak yakni pintu syurga kita di dunia ni… in shaa Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *