Nyah

Aku tak nak intro lebih2 yela korang bukan kenal aku pun. Dan aku nak minta maaf jikalau ayat aku berterabur.

Dan disini aku mahu mengfokuskan Nyah sahaja, bukan anaknya dan suaminya. 

Nyah, panggilan kami anak buahnya yang bermaksud makngah. Sejak dahulu, Nyah sekeluarga tinggal dengan nenek aku kerana menjaga nenek aku sedang uzur waktu itu.

Nak dijadikan cerita dalam tahun 2016 macam tu aku pun tak ingat sangat Nyah terpijak paku di belakang rumah sewaktu mengejar ayam.

Puas adik2 nya pujuk untuk dia mengambil suntikan. Ye la nak kata klinik jauh pun tak jugak sebab depan rumah je. 

Dan akhirnya Nyah dikejarkan ke hospital kerana kaki nya tak dapat diselamatkan lagi dah dipotong diparas bawah lutut dan berkerusi roda sampai akhir hayatnya,

Sebelum itu paklang aku ada tempahkan kaki palsu untuknya tetapi Nyah lebih selesa berkerusi roda sahaja. 

Sampailah nenek aku meninggal pada tahun 2018 dan tinggallah Nyah sekeluarga sahaja.

For your information aku sekeluarga amat kerap pulang ke kampung kerana daerah kami bersebelahan sahaja. 

Aku ingat lagi kalau kami bagitahu kami nak balik macam2 Nyah masak takpun kalau dia terdengar kami mengidam makan itu ini dia masakkan guna barang dia beli dari go shop dan sekarang go shop pun sudah gulung tikar.

Kalau dia tengok je barang dekat go shop tu dia kejutkan lah anak dia suruh oderkan. 

Sampailah selepas covid kesihatan Nyah makin merosot bukan kerana covid, tetapi sakit kencing manis dan darah tinggi sampaikan dikejar ke hospital.

Dan kakinya lagi sebelah perlu dipotong juga dan sama jugak dipotong diparas bawak dari lutut.

Kami tidak dibenarkan masuk ke wad selain waris dan kami hanya mampu melihat dari tingkap sahaja, sayu aku tengok mak sedara aku terlantar. Dan selepas itu Nyah dibenarkan pulang ke rumah semula. 

Kesakitan Nyah tidak sampai di situ sahaja, setelah 2 bulan selepas itu di waktu petang kami dikhabarkan Nyah sakit lagi sekali dan kami sekeluarga bergegas pulang.

Sangat perit bila melihat orang yang kita sayang ditolak masuk ke ambulans, “

Ya Allah kalau kau nak ambil nyawa dia ambillah tetapi janganlah engkau seksanya, aku tak sanggup lagi melihat penderitaan nya Ya allah” kata aku pada masa itu. 

Alhamdulillah selepas itu Nyah dibenarkan pulang sekali lagi dan sebulan selepas itu kami dikhabarkan Nyah telah menghembuskan nafas di rumahnya.

Buat pertama kali air mata jantan aku mengalir kerana kehilangan orang terdekat, hanya Allah sahaja, sejujurnya nenek aku dan atok aku meninggal pun aku tidak rasa perit begitu sekali. Jantung aku berdetak laju bagai mahu pitam. 

Dalam perjalanan aku mampu menangis dalam diam.

Setelah sampai, aku melihat ramai orang datang melawat Nyah pada waktu itu hampir semua adik beradik Nyah dan anak buah Nyah pulang untuk menatap wajah Nyah buat kali terakhir.

Kami sekeluarga mencium arwah buat kali terakhir, wajah Nyah nampak bersih suci je semasa nak dikafankan. 

Alhamdulillah proses pengebumian berjalan dengan lancar.

Selepas kematian Nyah, rumah itu bagai tiada seri kami sekeluarga pun jarang pulang selepas itu.

Dan sekarang sudah hampir genap 2 tahun Nyah meninggalkan kami semua.

Al-Fatihah untuk semua yang meninggalkan kita semua. 

– Burung Helang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *