Terjatuh

Aku tengok ramai jugak lelaki share pengalaman di sini ya. Aku pun tergerak nak kongsi… Cerita ni dah lama aku pendam.

Aku 45 tahun, kerja dalam industri O&G. Dah cerai lama dah, dalam 8 tahun kot. Ada seorang anak. Ex aku pun keje dalam company yang sama. Keje dalam industry ni duit memang ok, tapi bila dah kahwin baru nampak, memang tak match langsung.

Ex aku pun terkilan bila decide nak cerai, tapi kalau tak serasi, buat apa nak paksa kan? Dah cuba, tapi hati ni memang tak boleh dipaksa. Zero chemistry.

Tak pernah cerita kat sesiapa pun, tapi aku memang tak rasa cinta kat ex wife. Agak kejam kot aku. Aku cuma sayang dia, tapi bukan cinta. Dia memang baik, penyayang, dari zaman bercinta sampai kahwin. Mungkin dia jenis bertahan dengan aku.

Selepas cerai, hubungan kami ok je atas nama anak. Walaupun aku rasa dia berpura-pura je ok.

Dia aktif kat social media, selalu nak buat aku rasa jealous dengan boyfriend baru dia, sering compare dengan aku. Sindir aku, perli aku pasal cerai kat TikTok. Birthday party anak kami dia sengaja jemput boyfriend dia. Tak tahu la nak buat aku jealous ke apa.

Tapi itu semua tak penting. Aku just doakan dia happy. Dia tetap ibu anak aku. Tapi aku memang tak rasa apa-apa. Dah banyak kali dia tukar-tukar boyfriend, tapi hati aku memang takde rasa. Aku just doakan dia jumpa jodoh baru boleh jaga dia dan buat anak aku happy.

Lepas cerai, aku tak pernah serius dengan perempuan lain. Aku ada banyak girlfriend, tapi tak ada yang serius. Orang kata aku hensem dan charming sikit, tambah pulak awet muda, hahaha.

Senang je aku nak dapat perempuan nak jadikan girlfriend, tapi sebenarnya, anak perempuan aku je yang betul-betul girlfriend aku. Yang lain-lain tu cuma teman biasa je, nak isi masa lapang. Tak pernah terasa nak serius dengan diorang.

Satu hari, aku terkenal dengan sorang gadis di dating apps, nama dia A. A masih muda. Beza umur kami 14 tahun. Jauh kan? Tapi sebab aku takde niat nak serius pun, aku cuma tegur-tegur A untuk fun je.

Kadang-kadang aku rasa hidup aku kosong dan bosan. Kerja dan travel untuk kerja sahaja. Bila ada masa free, aku ambil anak dari ex aku bawa anak holiday check in hotel.

Sebelum kenal aku fikir A macam gadis-gadis muda lain, yang merepek je. Tapi entah kenapa, A ada daya tarikan kuat macam magnet. A ni memang suka jual mahal, tapi tak sombong langsung.

Yang penting, aku rasa sangat selesa dengan A. Macam dah kenal lama gila. Tak rasa pulak beza umur kami. Tak tau la, mungkin A matang lebih dari umur dia, atau aku yang masih awet muda dan berjiwa muda.

Perempuan-perempuan lain dalam hidup aku, termasuk ex-wife, selalu ikut kata aku, macam nak jadi submissive. Tapi A tak sama.

A suka reply dengan bijak. Dia ada pendirian sendiri. Tapi cool je cara dia handle situation. Dia tak pernah terlalu emosi, tapi cara dia pertahankan pendirian matang, tanpa rendahkan orang lain.

Aku mengaku ego memang agak tercabar bila berbual dengan A, sebab dia takkan simply setuju dengan semua pendapat aku. Walaupun rasa tercabar, tapi anehnya… aku makin tertarik dengan karakter dia dan bagi aku itu sangat sexy.

Tapi atas dasar ego, aku tak pernah nak tunjuk yang aku tertarik kat A. Setiap kali rasa macam tu, aku hilangkan diri. Pastu lepas 2, 3 hari, baru aku cari dia balik. Perempuan lain kalau aku hilang, mesti sibuk cari aku, spam message, call, macam-macam. Tapi A, lain. Keras kepala jugak dia kan?

Kalau aku hilang, diam je dia. Last-last aku yang kena cari dia balik. Tapi dia tak pernah pula emosi, marah2, atau play victim dengan aku. Dia cool je. Ikut je rentak aku.

Tapi sebab aku pun takde niat nak serius, aku cuma nak teman je. Bukan nak jadikan girlfriend atau isteri. Aku masih serik lepas perkahwinan dulu.

Tapi entah kenapa, makin aku kenal A, makin rasa macam A ni macam kembar aku tapi version perempuan. Banyak persamaan dalam hidup kami. Mungkin tu sebab aku rasa selesa sangat dengan A. Kisah keluarga yang pahit pun aku cerita kat A. A punya cerita pun macam sama je.

Childhood A dan aku pun macam sama walaupun berbeza timeline. Aku rasa mungkin A pun rasa benda yang sama, tapi kami dua simpan je perasaan tu. Kami juga berkongsi bulan kelahiran yang sama cuma beza beberapa hari je.

Aku pun tak tau apa yang aku rasa ni. Macam kembar la aku dengan A ni. Dalam segi cita rasa, cara pikir, degil, keras kepala, minat dan suka, semua 80% sama je.

Tanpa aku sedar, aku dah makin tertarik dekat A. Setiap hari rasa sunyi bila tak ada khabar dari dia. Biasanya aku ni jenis yang tak suka balas mesej, sering ignore mesej kecuali pasal anak. Tapi bila A mesej, macam ada tarikan kuat yang tak boleh dielakkan.

Waktu meeting pun, sempat aku cari masa nak mesej A. Dalam meeting pun rasa nak senyum-senyum setiap kali A reply, hati aku rasa happy.

Malam-malam aku akan call dan video call dengan A. Banyak cerita sembang dengan dia. Dengan A kami tak pernah sentuh pasal cinta dan perasaan. Cerita pasal kehidupan, kerjaya, tu je. Tapi ego aku masih teguh. Lagipun kami belum jumpa lagi.

Hatiku masih kuat menafikan, aku tak nak serius dengan mana-mana perempuan. Aku anggap A macam perempuan lain je. Mungkin ni fasa sementara je. A cuma teman waktu aku boring. Sementara hidup aku sunyi, ada A nak teman.

Walaupun aku akui kenal dengan A membuatkan hidupku rasa penuh warna kembali. A buat aku rasa seperti anak kecil yang happy. A membuat hari-hariku ceria. A seorang yang suka ketawa dan suka bergurau dan mengusik, perangai aku pun macam tu.

Kami suka bergurau banyak main-main dan mengusik each other. Banyak inner jokes yang hanya kami fahami. Tapi aku sering buang perasaan aku jauh-jauh dan anggap A tak lebih dari salah satu perempuan muda just for fun. Bukan untuk serius.

Selama 5 bulan kami hanya berhubung melalui whatsapp dan facetime. Dua bulan pertama tu, kami tak rapat sangat lagi sebab A balas mesej ikut suka dia, dia punya lifestyle busy je nampak, banyak plan, travel, style orang muda lah. Kadang-kadang hilang, kadang-kadang muncul.

Tapi lepas 3 bulan tu, kami makin rapat. Setiap hari mesti berkomunikasi. Aku rasa macam A ni macam bestfriend aku pun ada. Bestfriend yang tak pernah jumpa. Semua benda aku nak cerita kat A.

Akhirnya lepas 5 bulan, aku ajak jumpa A. Dan dia setuju. Aku tak serius sangat pun ajak jumpa, tapi tak sangka A ok je. Tapi dia kata dia cuma ada masa malam je sebab esoknya dia sibuk. Sebab aku outstation kat negeri dia, dia yang datang ambil aku kat hotel dengan kereta dia.

Sejujurnya, walaupun aku tak rasa serius sangat, just nak jumpa-main-main je, tapi sebenarnya aku nervous gila nak jumpa A. Entah kenapa.

Sampai masa aku tulis ni pun, perasaan tu masih ada, berdebar-debar. Aku nervous teruk, sampai aku beli dye rambut nak tutup sikit rambut putih aku. Hahaha, padahal dengan orang lain tak pernah risau benda tu. A buat aku nervous pulak.

First time berhadapan dengan A, aku sangat nervous. Dan A sangat cantik, lebih cantik dari gambar dan video call. Gambar dan video call dia pun dah good looking dan cute, tapi depan-depan mata, boleh cakap dia out of my league lah.

Aku speechless, nervous gila, cakap pun tak betul masa mula-mula jumpa. Cantik dia sangat menyerlah, macam tak puas pandang, makin tengok makin manis, dan ada karisma dan aura classy. Gigi tersusun rata, senyuman sangat manis.

Dalam gambar nampak mata dia sepet je, tapi depan-depan mata besar dan galak. Rambut A panjang dan ikal. Aku mula rasa macam A is out of my league.

Bukan saja cantik, tapi personaliti A pun menarik. Cara dia bercakap, body language, cara dia pandang, semuanya menarik. Tak ada siapa-siapa yang tak akan pandang kali kedua kalau bertembung A agaknya. Aku nervous bila dengan dia.

Perasaan aku macam tak boleh nak explain. Ada something yang lain, tapi at the same time selesa gila. Rasa nyaman, rasa bahagia.

Akhirnya kami sembang seharian sampai pagi. Tak tidur langsung. Main drive jalan-jalan pusing-pusing tak tahu mana. A yang awalnya nak jumpa sekejap, tapi berlarutan sampai pagi. Rasa macam masa berlalu terlalu cepat. Rasa seronok sangat-sangat malam tu. Aku rasa sangat selesa dengan A.

Malam tu bersama A memang unforgettable. A tetap sama macam yang aku kenal online. Perangai dia, tawa dia, gurauannya memang buat hati senang.

Aku rasa macam kami memang ditakdirkan bertemu malam tu. Perasaan jumpa someone yang lama aku tunggu pun ada. Rasa macam, finally she’s here. Macam orang yang dah lama aku kenal. Malam tu memang best. Tapi kami tak cakap pasal cinta atau perasaan langsung.

Tapi entahlah, aku rasa macam kami ni boleh faham hati masing-masing dengan pandangan mata je. Mulut macam terkunci bila nak sembang bab hati dan perasaan. Kami just enjoy the moment without saying it. Something I never felt before.

Malam tu aku rasa happy sangat, tenang gila, nyaman, dan selamat dengan A. Tak pernah aku rasa macam ni sepanjang hidup aku. Topik perbualan kami random je tapi aku enjoy.

Bila dah nak dekat pukul 6 pagi, A mintak nak hantar aku balik ke hotel. Sebenarnya dia ada banyak urusan minggu tu, tapi sebab kami enjoy sangat bersembang sampai pagi, tak tidur langsung. Aku pun ada meeting pagi tu, dia pun ada hal yang perlu diuruskan.

Tapi kami janji nak jumpa lagi dua minggu lepas tu. Aku akan balik lagi atas urusan kerja, dan dia ada lebih masa free untuk jumpa aku. Jadi, A hantar aku balik hotel dan dia pun balik.

Selepas A pulang, tiba-tiba aku jadi bingung. Pertemuan semalam bermain-main di dalam kepala aku. Macam tak percaya ada.

Aku tiba-tiba jadi pening dengan perasaan aku sendiri. Lagi pulak, tak cukup tidur sebab lepas tu ada meeting lagi. Kepala aku dah start migraine sebab tak tidur. Kali ni perasaan aku bertambah kacau. Aku jadi overthinking. Aku rasa cemas.

Aku tertanya-tanya dengan diri sendiri, apa semua tu semalam? A ikhlas ke dengan aku? Agaknya A suka aku ke? Atau semua tu cuma pura-pura semata? Aku mula rasa tak senang. Aku rasa takut dengan A. Aku terfikir, A muda, cantik dan tak mungkin dia tak ada boyfriend.

Dari segi gaya juga aku boleh katakan A mungkin dari keluarga yang berada. A punya level cantik boleh dikatakan level layak jadi celebrity. Kalau A cakap dia artis pun aku percaya tu. Dan A hidup di bandar besar. Kalau A cakap dia ada boyfriend muda kaya pun aku tak pelik.

Aku mula overthinking mengenai A. Aku mula berfikir mungkin A sudah ada teman lelaki dan jangan-jangan A agaknya menipu aku dia single.

​​Aku ni dah la duda, ada seorang anak. Tua 14 tahun dari A. Tak mungkin la A akan minat kat aku. Confirm A boleh dapat lelaki lain yang lagi muda, lagi hensem nak jadi teman lelaki atau suami. Aku pun start cuak. Gelabah tak tentu hala.

Siang tu, aku try mesej A macam biasa. Tapi rasa cam pelik sebab nervous. Start rasa takut nak mesej A, rasa cam segan pulak. Aku mula rasa nak menghilang sekejap macam biasa. Aku kena ambil masa bertenang agaknya.

Aku try jugak tengok A, adakah dia masih sama macam A yang aku kenal 5 bulan lepas, atau selepas bertemu dia mula berubah?

A ada tanya aku, ok ke dah cukup tidur ke tak sebab ada meeting. Aku bagi alasan migraine je. A cuba offer nak anta aku ke klinik atau mana-mana kalau perlu.

Maybe aku terlalu gelabah, atau aku memang bodoh. Aku cakap aku ada emergency kerja, kena balik ke negeri aku malam tu juga. Padahal, aku sepatutnya tinggal lagi 2 hari.

Tak faham kenapa aku bohong dengan A. Tapi sebenarnya aku gelisah dan start rasa stress dengan perasaan ni. Aku rasa nak lari dari semua ni. Gelabah dengan overthinking sendiri. Tapi aku perasan, lepas aku bagitau A aku nak balik malam tu, dia terus jadi lain dengan aku.

Aku sengaja diam 2, 3 hari tanpa berita macam selalu. Tapi kali ni hati aku tak senang, terfikir-fikir tentang respon A malam tu. Risau A cuma berpura-pura selesa, padahal dia tak suka aku. Aku rasa tak layak untuk A. Jadi aku senyap, nak lihat dia akan cari aku ke tak.

Kalau dia betul suka, pasti dia akan mencari aku. Aku nak dia yang datang pada aku. Aku nak dia yang usaha nak jumpa aku. Macam perempuan lain yang selalu tunjukkan minat pada aku. Dan kebiasannya kalau aku senyap perempuan-perempuan ni akan datang la kat aku.

Maaf tak sangka luahan aku jadi panjang. Mungkin aku akan sambung di bahagian kedua bila aku free sikit. Terima kasih

– Bazooka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Bro, ko rasa insecure sbb masing2 tak pernah luahkan.. jangan rushing2.. rilek2 sudah.. ego tu simpan dulu.. siasat latar belakang dia.. aku rasa perempuan tu something fishy… 31yo semua helokk.. maybe high demand.. all the best to you bro.. cukupkan tidur baru fikiran waras

  2. Tt ni redflag la… Firstly, ko dah la taknak serious. Pastu tak communicate well tentang perasaan. Terpaling redflag, nak tunggu perempuan tu contact dulu. Itu hanya untuk boost your ego kan. A tu dah spent whole day and night teman ko.. means you are important to her. If you want her, be serious and gentleman, make the relationship halal. Perempuan cantik umur 31, confirm dia tapis dulu lelaki yg dia contact & date. You’re in her list, but now kiv delete

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *