Rasa Yang Terpendam

Nama aku Melur (bukan nama sebenar). Aku ni tidak lah pandai bercerita tapi aku cuma mahu meluahkan rasa yang telah lama terbuku di hati ni. Ibu ayah dah lama bercerai sejak aku kecil lagi.

Aku percaya punca penceraian tersebut berpunca dari diri mereka sendiri. Ibu aku ni jenis yang kuat berleter. Ayah aku pula jenis yang lambat matang.

Waktu aku kecil ayah selalu tinggalkan keluarga di rumah. Kalau tak disebabkan kerja, dia akan pergi lepak, buat aktiviti sendiri atau keluar dengan kawan2. Aku sejak kecil memang rapat dengan ayah.

Aku sayang sangat2 pada ayah. Tapi aku selalu rasa ayah pinggir kan aku. Lepas je ibu dan ayah bercerai, aku sentiasa dahaga kan kasih dari seorang ayah.

Ayah tak pernah ada masa untuk aku. Masa, tenaga dan wang yang dia ada hanyalah untuk kehidupannya sendiri.

Nafkah yang wajib diberi tiap bulan pun dia berkira-kira sampaikan ibu selalu kena dahulukan duit dia untuk cover semua keperluan and pelajaran aku.

Ibu banyak berkorban untuk aku sejak dari kecil lagi. Ibu seorang yang kuat. Walaupun mulutnya lancang, tapi dia sentiasa kerja keras untuk menyara kami dan mendidik kami.

Apa yang aku ada pada hari ini semuanya hasil titik peluh ibu. Bila ibu minta duit pada ayah, ayah akan ingat ibu cuma fikir duit saja. Sedangkan ayah tak tahu yang ibu lebih banyak keluarkan duit untuk tanggung aku.

Yang ayah mahu dan nampak anak-anaknya belajar tinggi dan berjaya. Tetapi, siapa yang mendidik dan membesarkan kalau bukan ibu? Sebenarnya aku kurang minat dalam pelajaran.

Aku ada impian yang aku ingin capai dalam hidup aku. Impian dan cita-cita tu aku inginkan dari aku kecil lagi. Tapi setiap kali aku bagitau ayah, ayah tak pernah setuju.

Katanya benda tu semua aku boleh belajar nanti. Tapi bagi aku itu saja yang aku mahu. Aku tetap ada rasa hormat pada ayah.

Bagi aku restu ayah juga penting. Tapi sekarang aku tak nampak jalan aku dalam bidang yang aku ambil. Aku seakan-akan sesat dalam perjuangan ini.

Semua nya rasa kosong dan sia-sia. Ibu dan ayah sudah ada pasangan masing2. Jujur aku kata, memang besar kuasa tuhan.

Pasangan ayah adalah cerminan dirinya sendiri. Isteri ayah jarang berada di rumah dan kurang pandai menguruskan hal di rumah. Tak seperti ibu yang sentiasa melayan suaminya seperti raja.

Ibu sentiasa kemas rumah dan masak meskipun dia sibuk bekerja dan penat. Tetapi, isteri ayah sebaliknya. Sekarang ayah hidup seperti bujang.

Rumahnya tidak terurus, makan pakai nya juga tidak terurus. Ayah sentiasa duduk sendirian di rumah. Kadang aku kesian juga pada ayah.

Makan sendiri, tidur sendiri, balik kerja tak ada orang sambut, buat kerja rumah sendiri. Tapi hati aku ni entah kenapa tak pernah terbuka untuk duduk dengan ayah. Aku tahu aku akan menyesal satu hari nanti bila ayah pergi.

Masa dia ada aku biarkan dia kesunyian. Tapi aku juga rasa inilah kifarah untuk ayah. Dulu, ayah tak pernah ada masa untuk keluarga.

Sekarang, keluarga tak pernah ada masa untuk ayah. Tuhan itu adil. Dulu ayah sia-siakan keluarga yang setia tunggu di rumah menanti kepulangan ayah.

Tapi Ayah tak pernah sedar dan dia lebih mementingkan rakan-rakan. Sekarang tiada siapa lagi menanti kepulangan ayah. Aku pun tak tahu ayah sedar atau tidak perkara ni semua.

Jika tidak, aku berharap ayah akan sedar suatu hari nanti. Baru-baru ni ayah ada pergi ke tanah suci. Tapi ayah tak beritahu ibu pun.

Kepada Ayah, ayah tahu tak dalam banyak2 orang di dalam dunia ni ayah perlu minta maaf pada ibu? Kenapa? Sebab ibu banyak memikul tanggungjawab ayah sejak dulu lagi.

Meskipun ayah masih ada, dialah ibu, dialah ayah. Dia terpaksa berpura-pura kuat walaupun tiada yang menyokong dari belakang. Waktu itu tiada siapa yang bertanya tentang keadaan ibu.

Cukup lah sampai sini aku bercerita tentang ibu dan ayah. Walau apa yang berlaku, ibu dan ayah adalah jiwa aku. Hilang mereka dari dunia ni, maka hilang lah jiwa aku di dalam dunia ni.

Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka. Bagi aku kejayaan dalam hidup ni bukan lah dari segi wang dan harta.

Cukup aku dapat penuhi permintaan ibu dan ayah, aku dah rasa itu kejayaan dan kepuasan terbesar aku dalam dunia ni.

Aku sayang ibu. Aku sayang ayah.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *