Ini Bulan Ramadhan bercakap

Assalamualaikum. Ini fiksyen. Kalau sesiapa nak tengok bulan bercakap, kau tengok sailormoon.

Tapi andai kata bulan Ramadhan boleh bercakap, aku rasa dia cakap macam ni:

Aku bulan yang mulia. Tapi bila aku tengok Malaysia sekarang ni, aku ragu-ragu: Kalau aku mulia, kenapa ramai yang tak hargai aku?

Syaitan hantu jembalang semua dah kena ikat untuk mudahkan manusia mengimarahkan aku.
The only obstacle now ialah nafsu manusia sendiri.

Aku teringat satu gambar yang aku nampak kat twidder:

"In Ramadhan, if you do bad, it is all you. Not the Satan, not the ghosts, it's you."

So, perihal banyak2 isu dalam masyarakat Malaysia dalam Fesbook, twidder dan Instagrang samada pasal makan nasi ayam ke, Naik limo mewah ke, ustaz tamak pahala ke, semuanya jatuh balik dekat taqwa dan perang manusia against nafsu deorang sendiri. (Bukan 'kafir harbi' kononnya ya).

Kalau betul orang itu adil, dia tak akan bising persoalkan hak dia dan membelakangkan adab dalam bulan mulia.
Kalau betul orang itu bersyukur, dia tak akan membazir ke arah yang lain dan akan gunakan wang dia sebaik-baiknya untuk orang yang lebih memerlukan.
Dan kalau betul seseorang itu tamakkan pahala sebab rindukan syurga, dia takkan sanggup membuka ruang untuk orang lain berdosa.

Hanya pahala puasa yang Allah tak akan bagi kepada creditor yang tuntut pahala kita kat akhirat nanti. Tapi pahala2 lain, semua orang yang kita aniayai dan semua orang yang mempunyai hak hak ke atas sesuatu yang kita bazirkan itu, akan dapat tuntut. (https://masuksurga.pusatkajianhadis.com/id/index.php/kajian/temadetail/531/allah-sendiri-yang-akan-membalasnya)

Wallulahua'lam.

—–
Sekiranya salah pandangan aku ni, aku minta maaf. Boleh lah guna bahasa yang sopan untuk tegur aku. Kalau tak gheti bahasa, gunalah bahasa mandarin lels

– Ramram

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *