Ini kisah aku
Salam semua, aku ni ex student uia. Aku harap cite aku ni, dapat beri inspirasi buat adik-adik yang tgh belajar, adik-adik yang bakal sambung belajar dan untuk diri aku ini juga.
Akak dulu amik spm tahun 2000++. Masih akak ingat lagi, akak tak pernah demam sepanjang musim exam di sekolah, trtiba diuji dgn demam dan muntah masa spm sebenar. Masa tu, tinggal 4 paper lagi. Paper add math, fizik, kimia dan biologi. Bayangkan jawab exam dgn asyik ke toilet sbb nak muntah, dengan batuk, dengan jawab exam dengan keadaan tangan dan kepala di atas meja, sungguh penat. Result spm akak tidaklah sebaik masa trial spm akak. Tapi akak bersyukur. Akak dapat 6A1, 3B2 dan 2B2. A akak masa tu bm, sej, pen.islam, math. Add math dan prinsip akaun.
Alhamdulillah, akak dapat ikuti asasi kejuruteraan di pj. Akak belajar elok-elok. Abah akak cakap, masa ni, dah tak penting dah spm kau straight A ke apa ke, sebab masa ni semua mula dari kosong. Thanks abah sebab bagi kata semangat kat akak. Alhamdulillah, akak tamat pengajian kat asasi uia dengan pointer 3.38.
Masuk gombak, akak belajar rajin semua, dan dapat dean list sebanyak 4 kali sepanjang akak third year-forth year. Akak brjaya tamatkan pengajian di uia bidang engineering dengan 3.4 cgpa. Cuma masa ni akak kecewa sikit sebab, kalau akak betul-betul score masa akak first year dan second year, akak dapat anugerah rektor. Tapi takpe, Allah lebih tahu yang terbaik kan.
Akak sambung pengajian master di universiti lain, nak tukar angin. Mula akak belajar kat sana, tiap kali solat, akak akan doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan urusan brlajarku ini. Harumkan la namaku ini. Aku nak menggembirakan hati mak ayah aku. Jadikan aku pelajar cemerlan master". Alhamdulillah, akak masih ingat lagi saat nama akak ada dalam senarai nama pelajar cemerlang master. Syukur sangat dapat melihat senyuman mak abah. Masa tu, dapat RM1000 dan sijil, seronok sangat. Adik-adik akak pun tumpang gembira.
Sekarang, akak tengah sambung phD. Doakan dipermudahkan segala urusan akak ni ye. Oh ya, cuma satu akak nak pesan, restu mak abah tu penting tau adik-adik. Jangan lupa tanya kabar mak abah. Gembirakan hati mereka, InsyaAllah Dia akan gembirakan hati kita juga.
Semoga cite akak dapat jadi ikhtibar untuk adik-adik ye. Semoga terus maju.
– Gadis Bunga
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/