Ini Semua Salah Aku

Ini Semua Salah Aku

Assalamualaikum. First of all, maaf kalau bahasa aku terumbang ambing sikit. Sebab emosi aku pun sama swing sana sini. Aku harap perkongsian aku ni boleh jadikan pengajaran jugak untuk semua.

Kisah aku bermula bila aku start kenal mamat nama “R”. Actually, we’ve been dating for 2 years +. Dan dia ni kureng sikit bab agama, solat lagi lah kelaut. Tapi, dia ni bagus. Sebab apa aku kata bagus? Sebab bilamana aku ajak dia buat benda2 baik dia tak pernah tolak.

So, aku yakin aku boleh bimbing dia pelan-pelan. Setiap kali keluar dengan dia, masuk waktu je aku akan ajak dia pegi surau / masjid. Alhamdulillah, dia ikut je. Cumanya, bila aku takleh solat, dia pun tak solat jugak. Sigh! aAasan dia sebab aku takleh solat takde orang teman. Padahal bukan solat sekali pun. Mengada!

Lepastu, aku ajak dia buat puasa-puasa sunat (eg. puasa enam, puasa isnin – khamis, puasa arafah n etc) . Alhamdulillah jugak. Dia tak pernah tolak. Tapi dia letak syarat je la, nak buka puasa sama-sama. Aku pun ok je as long as dia nak buat kan. Aku jugak ajar dia camna nak niat and so on.

Tapi, dia ni teramatlah sangat kuat cemburu. Kitorang ni macam tebalik sikit, yela selalunya gf je yang over clingy nak bekepet je mana bf dia pegi. Dengan dia, dia lah yang camtu. Ajak keluar, aku taknak. Merajuk! Ajak dinner aku taknak. Merajuk!

Dia ni kalau boleh nak hari-hari jumpa aku. Sampai aku rasa rimas gak kadang-kadang. Pastu, aku tak boleh cakap dengan laki lain langsung k. Siap dia blocked suma laki kat fb aku. Selalu gaduh pasal hal-hal camni la. Haih.

Actually, aku taktau apa akhirnya relationship kitorang ni. Setiap kali dia ajak aku kawen, aku selalu je bagi alasan. At least tunang lah dulu dia cakap. Still, aku akan elak cakap pasal benda ni.

Aku dah penah jumpa family dia. Dan dia insist nak jugak jumpa family aku. Again, aku akan elak elak elak, bagi excuses tak ready la, takut dia tak sayang aku dah lepas kawen la, takut dia berubah la. Tah pape lagi lah alasan aku bagi.

Aku sebenarnya tak nampak dia tu bapak pada anak-anak aku. Dengan solat kelaut nye. Setiap kali pun aku yang kena ingatkan. Pastu kang kalau tak solat, dia cakap aku la tak ingatkan. Aku la period lama sangat. Aku lah itu aku lah ini. So, cemana nak buat suami kalau cenggini? parents aku confirm reject.

Background aku dan dia berbeza. Bukan nak dabik dada, tapi family aku well known as orang-orang masjid. Dan aku pulak. haih entahlah. Aku tau couple tu salah. I tried to stop this relationship. Sebab aku takut selalu sangat keluar sama jadi bukan-bukan.

Aku pernah suarakan benda ni pada dia, then again and again dia ajak aku kawen. Aku tak yakin dengan dia. Dia cakap dia akan berubah lepas kawen. Aku balas ” kenapa tak sekarang?” Dia cuma kata dia tengah belajar pelan-pelan.

Over 2 years + dengan dia, aku sebenarnya rasa bersalah. Rasa bersalah sangat. Aku takde intention nak settle down dengan dia pun. Sebab aku tak yakin. Aku ada buat istikharah. Tapi, macam takde petunjuk. Mungkin, aku tak istiqamah kot. Aku tau kita manusia ni bukan maksum, sekali doa tup tup Allah tunaikan. Tak.

There is one day, aku dengan dia pegi pasar malam, then ada sorang mamat ni dok usha aku. Aku perasan. Tapi aku buat taktau je. Masa dekat pasar tu R nak beli murtabak, aku pulak nak beli burger. Mamat yang dok usha aku tadi datang kat aku mintak no phone. Aku ingat R tak nampak. Tup tup dia datang tanya “ada apa hal ni”. Mamat tu pun blah camtu je.

Bermulalah sesi soal-jawab-gaduh-besar-teruk time tu. Dia ingat mamat tu scandal aku. Padahal aku tak kenal pun mamat tu. R tak caya cakap aku dan dia mintak putus. Aku cuma cakap okay. Aku taktau apa aku nak rasa. Samada bebas sebab dah takde pape dengan R atau aku patut rasa lega. Entah la.

A week after broke up, dia betul-betul merajuk. langsung tak call / tak text. Senyap je. Its time for to move on la kot. Tapi lepas seminggu tu, aku start rasa lain macam. Aku rindu dia sangat sangat. Aku rasa macam nak merayu kat dia sujud kat kaki dia terima aku balik. Aku macam sanggup jadi apa je yang dia nak aku jadi, as long as dia terima aku balik.

Weeks passes by, aku macam orang sasau. Aku pegi mana-mana, aku nampak dia. Siang malam aku teringatkan dia. Aku takleh tido. I only slept 1 or 2 hours a day. Mata aku dah macam mata panda. Aku start tak makan. Crying day and night. Makan tak. Tido tak.

Pernah sehari aku dapat tido setengah jam je. Setiap kali aku terjaga, benda pertama aku akan ingat adalah dia. Dekat rumah, setiap sudut rumah aku, aku nampak dia. Dekat hall nampak dia, dekat dapur nampak dia. Nak keluar rumah, depan pintu umah nampak dia. Sampai ofis, depan ofis nampak dia.

And i started seeing “things”. Pernah aku dah siap nak pegi kerja, aku terbau darah. Kuat sangat. Aku terus baca ayat kursi. Terus bau tu hilang. Aku tengok muka kat cermin, muka aku hitam sangat. Aku lari kat kawan aku tanya kawan aku, aku cakap kat dia aku tengok cermin, muka aku hitam sangat.

Kawan aku balas takdelah ok je perasaan kau je tu. Ada satu malam tu, aku tengah tido aku mimpi ada kala jenking gigit kaki aku, aku terus terjaga aku raba kaki aku. Rasa sakit tu macam real. Aku taktau nak beza dah samada tu mimpi atau realiti. Aku baca ayat kursi sampai sakit tu hilang.

Tup tup kawan aku dapat mesej dari R, dia nak kawen dah dan dia jemput kawan aku. Actually few weeks after we broke up, dia ada text / call. Tapi aku tak layan dan aku blocked dia dari semua socmed aku. Sebab bagi aku, aku dalam fasa move on, so aku taknak pandang belakang lagi.

Months after, condition aku makin teruk. Aku makin kurus sebab tak makan. Pernah pitam. Demam on off. And still seeing “things”. Aku pernah nampak kelibat mayat lalu. Aku cepat2 baca ayat kursi. Tiba-tiba meremang bola roma. Kadang-kadang aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku apa je aku buat. Dan masih rindukan dia. Still, crying day and night.

Setiap kali aku rasa rindu sangat pada dia, aku akan buat solat sunat hajat mohon pada allah tenangkan hati aku, tolong angkat perasaan yang menyesakkan dada ni. Lepas buat solat sunat hajat, aku sambung baca yassin sambil letak tangan kat dada. Alhamdulillah aku rasa tenang, lapang, tak ingat dia dah. Tapi, tak lama.

Few hours after, perasaan tu datang balik. Rasa rindu, rasa benci, rasa sayang, rasa marah. Sampai aku rasa nak kerat urat aku bagi pengsan ke tido ke so that aku tak ingat kat dia. Aku perasan aku hanya akan tenang lepas aku buat solat sunat dan baca yassin. Tapi tak lama lepas tu, feeling tu semua datang balik. I’m confused.

Aku balik kampung, mak aku perasan aku berubah. Tak banyak cakap, tak makan. Muka cengkung, mata panda. Mak aku risau. Aku cuma cakap aku ok. Demam sikit. Mak aku tak bagi balik kl lagi sebab dia suruh aku rehat sampai sihat, aku cakap tak boleh sebab kerja tengah banyak.

Sampai satu tahap, aku tak boleh dah tanggung apa yang aku rasa. Semua rasa ni menyesakkan dada aku. Dengan aku nampak benda bukan2 nye. Kadang-kadang aku nampak kala jengking, aku mimpi anjing menyalak2 kat aku.

So, aku amik inisiatif pegi darussyifa. Sampai je turn aku, aku macam taknak masuk bilik perawat tu. Bau minyak attar dia buat aku rasa pening nak muntah. Perawat tu letak je tangan dia atas kepala aku, aku tepis. Aku taktau aku meracau-racau apa lepas tu. Aku macam tak sedarkan diri.

Perawat tu cakap ada orang tak puas hati dengan aku. Aku tanya sapa perawat tu tak bagitau cuma dia bagi aku amalan2 untuk pendinding.

Few days after aku pegi berubat, R mesej aku tanya kabar. R ada text kawan aku jugak, dia cakap dia sayang aku tapi kami takde jodoh. Dia mintak kawan aku jagakan aku untuk dia. Aku macam…… huh??? Dia nak apa lagi. Dia dah kawen kot!

Aku stalk socmed R, dia tengah bahagia dengan wife dia. Dan ada 1 post tu dia post 1 year anniversary. What???? That means dia kenal wife dia masa aku still dengan dia. Hati aku rasa hancur bekecai. Remuk redam. Semua lah.

Banyak sangat benda yang jadi dan aku tak paham. Kenapa dia buat aku macam ni? Dia dah bahagia. Dan dia nak aku suffer. Kenapa dia hantar bukan2 kat aku. Kenapa? Dia kawen tu pun macam saja nak sakitkan hati aku.

In a year, i met more than 7 perawat. Sebab, setiap kali habis rawatan, aku akan sakit teruk balik. Cerita ni sebenarnya 1 year + ago. Setaun aku berubat sana sini. Dan ada perawat bagitau sakit aku susah nak baik sebab orang tu dah letak macam macam dalam makanan aku.

Orang tu nak aku suffer. Orang tu nak ‘kalau dia tak dapat aku, orang lain pun tak boleh dapat aku’. Aku sangat sangat tak paham. Dia nak apa lagi. Dia dah kawen pun. Semua perawat tu tak dapat jawapan pada soalan aku.

As for me, aku admit semua benda ni jadi sebab salah aku. Aku taknak, tapi aku tak sampai hati cakap taknak. Aku yang tak serius. Aku yang main-main. Aku patut tolak dia dari awal. Aku sedar aku macam permainkan perasaan dia. Hala tuju aku dengan dia tak sama. Semua salah aku. Aku memang deserve semua ni. Kalau dia sakit hati, aku kena hadam dan paham. Salah aku yang buat dia sakit hati sangat.

Ini adalah pengajaran untuk aku. dan banyak sangat hikmah Allah nak bagi pada aku melalui ujian ni. aku start buat perkara2 sunat. Aku lazimi tahajjud dan bacaan yassin yang dah lama aku tinggalkan. Aku start belajar berzikir day and night. Aku belajar memperbaiki ikhtilat aku dengan ajnabi. Aku didik diri aku berpakaian lebih sopan, baju labuh labuh.

Amalan-amalan yang perawat aku bagi tu bukan saja sebagai pendinding, tapi amalan tu jugak mendekatkan aku dengan Allah. setiap kali sujud, aku rasa Allah tu dekat sangat dengan aku. aku tau Allah tak zalim. Allah pun kesiankan aku. aku tau DIA rindukan aku menangis merengek pada DIA yang satu. sedikit demi sedikit Allah kurangkan bebanan aku.

Bila kita mula berhenti mempersoalkan segala yang terjadi dan appreciate ujian tu, kita akan mula redha. Walau redha tu tak mudah. Kita kena paksa. Didik hati kita jugak untuk redha. Aku pegang pada “Allah won’t take something without replacing it with something better” dan bila kita redha, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Jadi, jangan beri harapan kalau anda sendiri tak pasti apa yang anda nak sebenarnya. Boleh jadi ketakpastian anda itu meremukkan hati orang lain. Tolaklah dengan penuh hikmah. Appreciate every little things. Ini ujian aku. Bahagian aku. In Sha Allah, aku redha. tanpa Allah aku tak kuat. Demi Allah aku kuat.

Wassalam.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit