Bawalah Mak dan Ayah Sekali

Assalamualaikum. Saya Cik Santan, anak bongsu daripada 5 orang beradik. Bekerja di sebuah pasaraya. Mempunyai 2 abang dan 2 kakak di mana kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak.

Saya berasal dari negeri Pahang. Abang2 dan kakak2 tinggal di negeri Melaka, Pahang, Johor dan Kedah. Walaupun nampak negeri berlainan masa yang di ambil untuk mereka balik ke kampung hanya 2 jam atau kurang kecuali Kedah. Jauh ke 2 jam tu? Rasanya tak kot.

Abang dan kakak serta pasangan masing2 seorang yang bekerjaya. Mereka selalu pergi bercuti dalam dan luar negara. Sentiasa update gambar mereka di instagram, facebook dan whatsapp family.

Ayah saya mempunyai whatapp cuma dia tidak pandai menggunakannya. Yang mereka reti cuma buka whatsapp tengok gambar dan baca sahaja, untuk balas dan taip tu tidak.

Setiap kali saya call mak saya, mak saya mesti tanya abang kau tu pergi sekian sekian, seronok mak tengok cucu2 mak. Lawa tempat diaorang pergi. Saya sebenarnya faham perasaan mak. Jauh di sudut hati dia nak juga pergi dan berjalan.

Setiap kali mereka update gambar setiap kali tu saya pun terasa. Bukan sebab saya terhegeh2 nak ikut tapi saya kesian pada mak dan ayah. Saya nak bawa? Masih belum mampu nak bawa mak ayah bercuti.. setakat bawa beli barang dapur dekat pasaraya tu boleh la.

Saya tak kisah pon kalau mereka nak pergi dan tak perlu nak update tunjuk dekat mak. Memang la mak tu tak pernah cakap dia teringin tapi sebagai anak mesti lah faham perasaan tu. Apa salahnya jika nak berjalan ke mana pun bawalah mak ayah sekali.

Untuk pengetahun, mak ayah saya masih kuat berjalan dan sihat. Mustahil akan menyusahkan menantu dan cucu. Bila balik kampung, cucu2 akan bercerita tentang percutian mereka. Mak saya dah tentulah meraikan sahaja. Saya pun melayan sahaja anak sedara saya.

Saya nak bagitau abang2 kan kakak saya takut diaorang terasa. Saya harapkan mereka faham kerana bersekolah tinggi tidak seperti saya. Jadi kepada anak2 sekalian alam. Jika nak bercuti berjalan sakan, ingat lah mak ayah di rumah.

Bagaimana mak dan ayah menggembirakan hati kamu masa kecil dengan membawa kamu berjalan ke sana ke sini walaupun ketika itu ekonomi mak ayah tidak seperti kamu. Mak ayah tetap melayan kemahuan kamu saat dia pun tak mampu. Apa salahlahnya kamu bawalah mak ayah sekali.

Sekian…

– Cik Santan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *