Mahu Senang, Tapi Menyusahkan Orang Lain

Assalamualaikum maaf kan aku andai penulisan ku tidak sebaik penulis novel. Terima kasih jika menyiarkan kisahku. Aku N sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang anak. Alhamdulillah aku bahagia hidup dengan suamiku. Aku menetap di utara jauh dari kampung asalku.

Aku adalah salah seorang dari 12 orang adik beradik satu ayah berlainan ibu, seibu sebapa kami ada 5 orang selebihnya itu abang2 dan kakak aku dari isteri pertama ayahku.

Hubungan kami sangat baik walaupun berlainan ibu, kerana mungkin ayah bersikap adil terhadap isteri dan anak2nya. Salah seorang adik beradik berlainan ibu ini telah diambil menjadi anak angkat sejak dari kecil (sebelum aku lahir) kerana yang mengambil kakak ku yang berlainan ibu ini memang tidak mempunyai anak.

Hidup lah kakak ku ini dengan keluarga angkatnya dan hanya sekali sekala datang ke rumah melawat ibunya dan ayah kami (keluarga kandungnya). Dipendekkan cerita kakakku ini meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dengan anak sulung masih bersekolah menengah sebelum itu dia sempat bertandang ke rumahku di utara atas urusan memasukkan anaknya ke asrama.

Tak lama selepas itu kakakku yang sebapa (dan menjadi anak angkat orang) ini meninggal dunia kerana sakit. Semenjak itu anak saudaraku yang turut berjauhan dari keluarganya ini juga selalu berkunjung ke rumah ku. Suami pun ok memandang dia anak saudaraku, walaupun kadang kadang kami dalam kesusahan.

Kerana waktu itu suami tiada pekerjaan yang tetap kami tetap menerima anak saudara ini sebagai tetamu bila (kadang2 bila dia datang kami meminjam duit dengan mertua atau adik suami) supaya anak saudara ku ini dapat makan dengan baik.

Kadang2 ayahnya (iparku @ bekas iparku) menelefon menyuruh kami mengambilnya di asramanya walaupun dalam keadaan kami berat hati kerana sumber keewangan kami yakin saja dengan rezeki Allah bila kami berbuat baik…

Sehinggalah beberapa tahun berlalu anak saudara ku itu telah habis belajar dan iparku/bekas iparku itu pun berkahwin dengan anak dara berumur.

Walaupun begitu kami masih berhubung kerana anak-anak saudaraku dan tahun lalu dia memasukkan lagi anaknya lelakinya ke asrama sama seperti anak perempuannya dan seperti biasa dia meminta kami tolong menjaga anaknya waktu cuti dan anak lelakinya ini kerap datang sebulan sekali.

Mungkin dia tak mahu hidup susah diasrama kami ok layan sebagai tetamu sehinggalah awal tahun ini adiknya pun telah dimasukkan oleh bekas iparku ke asrama yang sama dan bertambahlah lagi tetamu kami.

Bekas ipar ini selalu menelefon, nanti ada anak2nya datang ke rumah kami, tanpa lagi bertanya sama ada kami mahu menerima tetamu atau tidak memandangkan anak kecik empat orang yang diurus bertambah lagi 2 orang dengan sikap bekas ipar ini yang tiada memahami waktu rehat kami suami isteri, kepayahan kami kesana kemari menghantar anak2nya (anak2 saudaraku).

Bulan lalu buat kami betul2 terkesan sehingga menjadikan aku zalim. Anak sulungku ikut pertandingan dalam masa yang sama anak saudara ku dua orang ini ayah mereka suruh hantar ke stesen bas untuk pulang bercuti.

Suamiku hantar ke stesen bas dan bas penuh, lalu suamiku menelefon bekas iparku mengatakan bas yang hendak dinaiki anak2nya telah penuh (sepatutnya dia boleh saja datang ke tempat kami ambil saja anak2nya tetapi dia tak mahu).

Katanya dia tak mahu balik gelap disuruhnya suamiku cari teksi, lalu ke stesen teksi pun tidak ada yang mahu menghantar ke tempatnya dia pulak sedang menunggu anak2nya.

Akhirnya diarahkan suami ku menghantar di RNR yang ada bas untuk bawa anak2nya sampai ke tempatnya sedangkan RNR itu mengambil masa 2 jam ulang alik dengan kancil buruk kami. Suami ku menolak kerana mahu lagi mengurus anak sulungku yang masih bertanding di kompleks.

Beriya iya bekas iparku ini meminta tolong agar suamiku dapat hantar di RNR dan dan katanya nanti dikirim duit minyak, sedangkan kereta besarnya 4×4 tidak sedikit pun mahu datang mengambil anak2nya hanya sanggup menunggu diperhentian.

Mulai saat itu aku sangat benci dengan bekas iparku ini. Bekerja sebagai seorang guru sepatutnya dia boleh berfikir bahawa arahanya itu sangat menyusahkan kami dan buat kami terhimpit.

Akhirnya suami ku bersetuju sahaja bukan kerana duit minyak yang dia janjikan tapi kerana bekas iparku ini terlalu memaksa dan suamiku juga mahu menjaga hatiku dan keluargaku memandangkan kakak kami itu telah tiada dan anak2 saudaraku juga tiada ibu hanya ibu tiri.

Menghantarlah suamiku anak2 saudaraku dalam keadaan dia masih penat kesana kemari mengurus anak2 saudaraku sedangkan anak kami sendiri hampir terabai. Tak lama selepas itu baru dia kirimkan duit minyak.

Kami tak kisah sangat sebab dulu pun semasa anak perempuannya dia pernah berjanji memberi duit minyak kerana meminta tolong menghantar anak sulungnya itu di RNR yang sama tidak pernah ditepatinya janjinya itu dan duit minyak itu tidak pernah ada.

Syukurlah mungkin dengan kebaikan suami hujung tahun lalu suami memperoleh kerja dengan gaji bagus. Akan tetapi nampaknya bekas ipar ini tambah lagi ambil kesempatan, dengan mengarah2 suami contohnya, anaknya datang, lepas tu tolong bawa ke bandar jahitkan kasut.

Sudah dua kali berlaku. Lain lagi setiap hampir cuti dia mengarahkan suami mencari bas untuk anak2nya sedangkan bas yang sepatutnya anaknya naik lebih dekat dengan asrama mereka tetapi tetap balik ke rumah kami agar dapat dicarikan bas, bila bas penuh diminta pula hantar ke perhentian.

Mulai saat itu ku ambil hp suami dan block nombor bekas iparku, aku benci kerana arahannya terhadap suamiku dan baru2 ini bekas iparku whatsapp katanya anak2nya mahu datang. Aku balas, kami jalan ke kampung mertua perempuanku tiada dirumah dia hanya balas “ok”. Dan cuti ini pun dia menghubungi aku mahu menempatkan anak2nya dirumahku. Aku beralasan lagi kerana kebencianku padanya.

Mungkin kerana dia mahu anak2nya senang dan anak2nya pun telah terbiasa senang, sebab itulah dia tidak menghiraukan orang lain yang penting “dia senang”. Cukuplah setakat ini cerita aku hanya mahu meredakan rasa bersalahku kerana menipu tidak mahu anak2 saudaraku datang ke rumahku hanya kerana ayah mereka yang tidak peduli kesusahan orang lain.

– Aku N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *