Kes Pedofil

Assalamualaikum. Saya tidak pernah lagi post apa-apa entry di mana mana page sebelum ini. Saya juga tidak lah pandai sangat mengarang ayat cuma disini saya nak minta pendapat nitizen tentang suami saya.

Saya dan suami sudah berkahwin kurang dari setahun dan sudah mengenali antara satu sama lain kurang dari 3 tahun dan Alhamdulillah kami disatukan dan tiada apa-apa halangan daripada keluarga dari dua belah pihak.

Semasa bercinta, saya tahu suami saya seorang yang suka melihat budak budak comel. Bayi baru lahir dia kata tak berapa comel sebab masih kemerah-merahan dan masih belum nampak kecomelan sebenar. Suami saya juga suka sangat dengan budak perempuan yang putih, gebu dan comel.

Kami belum dikurniakan rezeki anak sebab belum bersedia dengan komitmen dan masih ingin meluangkan masa bersama.

Kes pedofil ni saya paling takut bila masa saya ada anak satu hari nanti. Saya selalu scroll di FB dan banyak sangat kes pedofil yang saya baca dan saya sangat takut.

Pesakit pedofil ni pun kita tidak tahu fizikal. Kita nampak dia baik je, nampak normal tapi ya Allah nafsu mereka menakutkan sangat. Bila saya baca kes-kes macam ni, terlintas di kepala otak saya tentang suami saya.

Kadang bila saya nampak suami suka sangat dengan budak perempuan comel lalu, berlari, diangkat oleh mak ayah ke saya jadi rasa rimas. Tak tahu la. Saya jadi rasa takut lagi-lagi dihantui oleh post post dalam FB ni.

Pernah juga saya bercerita dengan suami tentang pedofil lepas tu suami saya tanya saya, adakah dia suka dengan lihat budak-budak buat dia juga salah satu pesakit pedofil? Saya kata la dengan dia yang pesakit pedofil ni nampak budak-budak dan bernafsu dengan budak.

Suami saya kata dia suka tengok budak sebab comel katanya. Tapi naluri ni rasa lain sangat bila dia nampak budak comel. Saya takut sebab saya trauma dan pernah dihantui oleh pedofil ni.

Nitizen boleh tak bagi saya nasihat atau cadangan untuk saya lihat atau tengok suami saya ni seorang yang normal atau pun sebaliknya (nauzubillah min zalik).

Saya tidak minta pun suami saya macam tu, tapi saya takut dengan pedofil sebab saya pun pernah dihantui oleh kes macam ni.

Terima kasih.

– Bunga Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *