INTJ & ISTJ

Suatu petang, aku dan Zek sedang bersantai di warung makan jeti nelayan Telok Mas. Aku terlihat seorang nelayan yang sedang mengemudi bot miliknya. Lantas, aku kata kan pada Zek. Ombak kuat, kalau bot dia terbalik macam mana ya?

Aku sambung lagi. Kalau aku naik bot dan terbalik, aku lagi berharap supaya aku terus m4ti lemas. Sebabnya, aku tak mahu jatuh sakit dan susahkan sesiapa termasuk Zek, suami ku sendiri. Lagipun kata orang, mati lemas dikira syahid kan? Kira ok lah tu.

Entah, aku bukan alim ulama untuk mengiyakan. Itu keputusan yang logik bagiku dan dan Zek boleh teruskan hidup seperti biasa. Zek marah dan persoalkan kenapa aku ni suka cakap pelik-pelik.

Terkadang aku memang rasa yang decision aku buat luar dari norma perempuan biasa. Aku ni perempuan gila ke?

Dan aku tergerak hati untuk buat test mbti (personality test). Banyak kali aku ulang test ni. Dan keputusannya, personaliti aku adalah INTJ. 92% introvert, 75% intuitif, 83% pemikir, 65% merancang dan 70% tegas.

Pertama kali dengar perkataan ni. Aku teruskan research berdasarkan topik ni. Mana-mana platform yang membincangkan personaliti ini, aku dengar dan aku buat perbandingan. Antaranya, biar aku ulas seperti di bawah.

(1) INTJ seorang yang kurang ber emosi. Bila difikirkan balik, memang kena dengan aku.

Semasa nikah, ramai wanita yang menangis atas pelamin. Yang ni, aku tiada perasaan langsung masa majlis akad nikah. Untuk apa menangis ya? Bukan tinggalkan keluarga selamanya. Duduk pun dalam malaysia yang boleh naik flight setakat 2 jam paling lama.

Lagi satu, semasa nenek pergi umrah dua minggu, makcik ku menangis tersedu sedan. Mungkin memikirkan jarak yang jauh memisahkan mereka. Ni pun aku tak boleh brain.

Ibu aku pernah ke China ada urusan selama sebulan. Aku siap hantar rombongan ke KLIA dan sambut kepulangan ibu. Yelah, ibu ke sana bukan berjalan tapi ada tujuan hidup kan? Soal emosi perlu ditolak tepi bagiku.

Planning raya baru-baru ini juga, kami buat keputusan bersama. Segala pro dan kons telah aku timbangtara, dari segi masa, kewangan. Ini faktor utama bagi ku jika pulang ke kampung. Dan soal emosi dan hati sendiri, aku ketepikan dulu.

Akibatnya, dua minggu selepas raya, emosi aku meledak kesedihan. Hanya dengan Zek saja boleh aku luahkan emosi ini, dan katanya lagi jangan buat keputusan terlalu ikut logik. Kadangkala soal hati perlu di timbang tara kan. Aku pasrah. Ni antara kelemahanku.

Zek pernah akui bahawa isteri nya ni kebanyakan masa emotionless. Terkadang, Zek bagi hadiah yang membuatkan aku gembira.

Tapi respon dari riak muka ku mungkin tak menggambarkan hati aku yang sebenar. Zek pula kadangkala kerja outstation sebulan atau sebulan lebih.

Baru 3 hari, Zek akan telefon berjam-jam ucapkan kata rindu. Aku pun rindu tetapi jarang pamerkan emosi ku. Bukan aku tak sayang Zek, tapi cara sayangku sikit berlainan. Mungkin by “act of service” bak kata orang.

Kata Zek, aku ni ada juga romantik tapi hanya boleh dibilang dengan jari.

(2) INTJ juga adalah golongan paling introvert berbanding personaliti yang lain. Introvert ni tak bermaksud tiap masa senyap je. Kalau dengan circle of people yang dia ngam, dia sangat selesa untuk bersosial.

Cuma most of the time, lagi seronok spend masa dengan diri sendiri je. Eh macam betul je dengan aku ni?

Aku ada bisnes online di rumah. Seminggu bahkan sebulan di rumah tanpa jumpa orang lain selain Zek, sangat membuat aku tenang.

Memandangkan rumah kami dekat dengan kampung Zek, segala kenduri kendara akan aku hadiri demi menjaga air muka Zek. Tapi aku cuma makan, dan buat hal sendiri je.

Tak betah aku berlama-lama dengan orang ramai, energy cepat drain. Rasa penat selepas jumpa orang ramai walau aku tak bercakap, sekadar angguk-angguk macam burung belatuk.

Lagi satu sisi negatif ku, aku cukup elakkan panggilan telefon dari sesiapa sahaja. Sekiranya ada, aku pandang sepi telefon ku sampai berhenti berdering. Aku akan whatsapp individu tersebut dengan alasan aku ke toilet.

Untuk bercakap di telefon, bukan my cup of tea. Apatah lagi sekadar berbual kosong tanpa isi. Ia hanya membuang masa ku. Oh ya, kecuali dengan Zek, cinta hati ku.

Urusan rasmi seperti bank dan lain-lain. aku lagi selesa menggunakan email. Biar segalanya ada rekod “black & white”. Kalau panggilan telefon, susah nak buktikan jika tidak rekod. Cukup sekadar email atau inbox di facebook.

Dan lagi, jangan lah cuba ber “video call” dengan aku. Tidak akan aku angkat selagi ia berdering. Untuk apa ber video, cukup call biasa jika urusan yang benar-benar urgent.

Voicenote juga aku tak suka, mungkin sebab aku tak suka dengar suara ku sendiri dalam whatsapp. Mujur Zek sangat memahami, setelah 9 tahun bernikah. Itu pun rasanya Zek sedikit menderita beberapa awal tahun perkahwinan. haha.

(3) INTJ juga seorang yang suka berimaginatif dan “explore” sesuatu yang baru.

Disebabkan aku banyak masa terluang di rumah, aku suka lihat dokumentari di youtube untuk pelbagai isu, terutama isu luar negara. Ini salah satu cara tambahkan ilmu pengetahuan am tentang apa sebenarnya yang terjadi masa kini.

Aku juga selalu mengolah masakan ku mengikut resepi baru. Sebagai contoh, tiap tahun aku masak lodeh dan sambal di pagi raya tetapi resepi tak pernah sama. Aku akan cari resepi yang lagi sedap dari tahun sebelumnya.

Berlainan dengan Zek yang mana adalah ISTJ, resepi rendang nya sama saban tahun.

Oh, ini antara beza INTJ dan ISTJ ya. INTJ suka mencuba cara baru, manakala ISTJ biasanya kekal cara sama yang terbukti keberkesanannya.

(4) INTJ juga biasanya suka membuat planning dan ada backup plan A, B, C dan D. Untuk rumahtangga kami berdua, Zek selalu menyerahkan tugas planning kepada aku.

Sebagai contoh, planning berjalan dengan budget RM2000. Jadi aku akan senaraikan beberapa tempat, segala pro dan kons, dan pembentangan budget.

Oh ya, Zek serahkan gaji 100% padaku untuk uruskan kewangan. Hanya sedikit saja yang Zek ambil untuk duit minyak dan makan.

Sebagai pemegang amanah, tugas ku adalah memastikan perbelanjaan terkawal dan hujung bulan perlu ada baki sekurang-kurangnya RM300. Aku akan sedikit stress jika plan ini terganggu dan harus ada backup plan untuk bulan seterusnya.

Bukan harus, WAJIB. Bagi menutup kembali kelompongan bulan lepas. Yang bagusnya, ISTJ juga seorang yang suka ikut planning. Memang ngam lah Zek sekepala dengan aku.

(5) INTJ hanya “respect” pada seseorang berdasarkan kebolehannya, bukan “seniority” atau “superiority”. Ni macam tembak aku juga. Pandangan aku juga sama.

Sebagai contoh, pernah aku update status teguran untuk abang ipar sebab salah adalah salah. Umur lebih tua bukan tiket untuk halalkan benda yang salah.

Prinsip aku senang, semua orang boleh ditegur jika buat benda tak betul, TETAPI IBU AYAH berkecuali ya.

Hal ini terpakai untuk pihak berkuasa juga. Nasib baik aku dan Zek ni tidak menyokong mana-mana parti. Senang aku membantai terus terang dalam socmed jika ada yang aku rasa tak kena. RESPECT IS EARNED AND NOT GIVEN.

Ciri ini ada sikit persamaan dengan ISTJ. Mereka tidak suka mengampu sekiranya Bos buat keputusan yang salah atau bodoh dalam bagi “decision”. Superiority bukan alasan untuk membenarkan Bos yang tersesat dalam kejahilan yang membuta.

Macam terlebih panjang pula ya. Cukup sampai sini saja omelan ku di petang hari. Dalam google katanya hanya 2.1% populasi dunia dengan personaliti INTJ ini. Entah aku tak pasti sebab belum jumpa bukti nya lagi. Kalau rajin, baru aku sambung lagi.

Adios, dari cik Zekiah.

– Zekiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *