Kenapa Awak Tak Kerja?

Beberapa bulan lepas laki aku tengah syok borak-borak tetiba keluar ayat dia “saya tak pernah sangka awak tak kerja, takde dalam plan kahwin pun awak tak kerja”.

Aku dekat sebelah ni tergamam dan terpana sampai tak terkata! Dalam hati berbisik “aik hilang ingatan ke laki aku ni???”. Aku tak segera membalas sebab isu ni takleh balas dalam kereta dan dalam masa yang singkat. Isu ni panjang penuh emosi.

Oleh kerana itu aku pon terasa nak throwback kenapa aku ni tak kerja atau kelihatan seperti takde contribution kewangan. Ayuh kita;

1) Masa awal kahwin aku dah kerja 2 tahun dekat satu company ni. So far ok takde masalah sampailah tahun ke-4 ceo company tu meninggal dunia. Masa tu pulak aku tengah mengandung 4 bulan.

Lepas beberapa bulan ceo aku tu meninggal company jadi kelam-kabut and diorang decide nak tutup.

2 bulan before tutup tu aku gigih cari kerja lain and mostly semua takat second interview je sebab diorang tak terima ibu mengandung. Jadinya aku kena berhenti tu tanpa ada kerja lain, duduk je lah dekat rumah tunggu hari nak bersalin.

Hujung-hujung nak bersalin, husband aku pulak gaji kena potong 30% sebab internal issue and barang keperluan baby pun kitorang share beli sebab masa kerja aku memang saving 500 setiap bulan untuk bersalin. Alhamdulillah cukup persediaan nak sambut baby pertama.

Masa dalam pantang aku sign up jadi agent penapis air. Sambil jaga baby aku selit-selit promote, cari customer, schedule post sana sini.

Tapi tu la rezeki kan? Ramai kawan dan saudara beli penapis air dengan aku sampai komisyen aku time pantang tu boleh dapat dalam 2k selama 3 bulan.

2) Time baby 2 bulan laki aku dah start tanya aku taknak kerja ke? Mak mertua aku pon sama bagi hint suruh aku pi keja so anak dia nak jaga.

Aku bukan tak nak keja tapi bagilah aku rileks jap tapi sambil tu aku apply jugak jawatan kosong. Seminggu lepas apply aku dapat panggilan interview. Alhamdulillah lepas second interview terus company tu offer.

So aku ni ada kerja la balik. Hal anak semua aku uruskan. Laki aku tinggal pergi balik keje je. Time kerja pengasuh call ebm habis sape yang berkejar bawa susu? Aku la sape lagi.

Balik kerja tetiba kereta mati dalam jammed dengan baby 3 bulan merengek sape yang hadap? Aku la sape lagi. Ada aku bising tak? Takde, aku hadap je sebab laki aku nak sangat aku kerja.

Bila dah kerja, gaji aku tu la buat bayar pengasuh, top up groceries, baju bajan anak sampailah bulan ketiga aku kerja, tetiba laki aku kena terminate. Dah kena terminate sikit pun aku tak timbulkan issue bila dia nak kerja ke apa.

Aku kerja je macam biasa cuma bulan tu aku la yang bayar everything. Tak lama pun dia tak kerja dalam 3 bulan macam tu then dapat kerja baru.

So masa dia dalam probation period, anak aku suddenly kerap tak sihat keluar masuk wad. Laki aku awal-awal dah pesan dia takleh cuti sangat sebab tengah probation and kerja dia jenis tak ramai backup.

Bila anak keluar masuk hospital siapa yang jaga? Aku la sape lagi sampai manager aku pissed off. Mak bapak aku jauh dan dah tua jadi aku memang takde orang untuk ganti jagakan baby. Laki aku pernah la sekali dia ganti.

Manager aku sampai tahap perli kaw-kaw macam aku sorang je ada anak. Anak warded 10 hari pun aku tetap usung laptop dekat ward kerja macam biasa.

Long story short anak aku kerap tak sihat sampailah covid muncul so jadi strong reason untuk company terminate aku. Boss aku memang tak boleh blah dengan aku sebab kes cuti jaga anak ni sebab mostly staff dekat situ stay with parents so hal anak memang serah dekat parents.

3) Oleh sebab aku kena terminate time covid with reason yang macam tu, aku menang court case and awarded with 12 months salary. But still aku jobless dan orang nampak aku tak kerja duduk rumah jaga anak.

So during PKP 1,2,3 tu aku join banyak class pjj mostly kek, biskut and masakan je lah. Masa bulan puasa PKP 1 aku sajalah amik order cookies untuk isi masa lapang sekali terus jadi tak lapang dah masa aku.

Order masuk banyak siap boleh jadi supplier cookies untuk hamper Petronas and few company area Shah Alam. Alhamdulillah raya tahun tu syok sebab untung cookies almost 5k.

4) Sepanjang PKP berlangsung memang aku tak kerja. Duduk je dekat rumah asuh dan didik anak yang seorang tu. Anak pun takde dah sakit keluar masuk ward. Laki aku kerja dengan tenang sebab hal rumah hal anak semua aku settlekan.

Duit belanja pun tak bagi sebab aku beli apa semua guna duit sendiri. Banyak dah aku tolong jimatkan poket dia. Sambung balik cerita cookies aku tadi tu, so dari PKP 1 sampai habis PKP aku dok la amik order cookies dengan kek.

Daily production sampai jiran aku jadi syok order short notice pun mesti dapat. Aku pon lama-lama jadi enjoy sampai lupa nak cari “kerja”. Tapi tu la Allah ni maha baik, dia akan bagi ujian selari dengan keperluan kita.

Masa anak umur 3 tahun doc detect dia ASD. So kena ulang alik pergi therapy, appt hospital, weekend playgroup. Sapa yang bawak anak? Aku la sape lagi. Dekat rumah aku kurangkan amik order sebab nak extra focus dekat anak. Normally anak dah tidur baru aku start siapkan order.

Monthly income aku jual kek dan cookies ni dapatlah dalam 3-4k. Itu pun still aku dipandang sinis sebab tak kerja. Mak mertua aku pon malu-malu je nak sebut aku tak kerja tp duduk rumah jual kek.

Masa ni gaji laki aku memang tak berusik pon untuk aku. Barang dapur pun banyak aku cover. But still ada juga berbunyi banyak kena bayar itu ini. Setahun lepas habis PKP, laki aku dpt better offer yang memerlukan dia pindah ke negeri lain.

5) Dalam pada menimbang tara tawaran tu, laki aku ajak pindah sekali dia nak bawak family sama-sama. Dia cakap takpe, dia boleh tanggung semua sebab gaji naik banyak. Kira aku tak payah dah nak jual kek ape semua ni. Aku pon setuju dan ikut pindah.

Rumah baru kitorang tu dekat kawasan kampung and aku pon tak familiar dengan penduduk situ so macam impossible nak start jual kek n cookies. Elok sebulan pindah tup-tup aku pregnant.

Haha, so basically memang aku tak kerja dan tak menjana pendapatan dekat tempat baru ni. Tapi aku menjana pendapatan jadi shopee affiliates. Bolehlah buat beli-beli coffee, takde dah income 2-3k macam sebelum ni.

Anak aku pulak selain ASD dia juga ada ADHD so bagitau aku tadika mana yang nak mengasuh anak macam ni? Takde. Even tadika pun kena cari yang 100% playschool syllabus.

Masa aku berpantang anak kedua, mak mertua banyak kali forward link kerja kosong, laki aku pon tiber macam berubah fikiran suruh aku cari kerja dekat-dekat.

Now aku still tak pergi kerja tapi hari-hari aku busy monitor routine anak yang istimewa tu, uruskan baby, laundry, masak 3-4 kali sehari. Seminggu 2-3 kali aku meniaga makanan dekat kawasan kejiranan.

Ada hari penat tapi still kena monitor anak sulung tu practice macam-macam sebab at least kalau aku dah takde, dia bolehlah survived dengan skill yang ada, boleh urus diri sendiri, boleh bersosial dengan baik.

Jadi sebab tu lah aku tak “kerja” sampai sekarang. Sebab tu jugak aku tak reply persoalan laki aku yang dia tak pernah sangka isteri dia tak kerja.

Macam saja je kan aku ni tak kerja? Lupa dah dia kronologi kenapa aku ni tak kerja. Mungkin dia dah syok sangat hidup smooth like a butter.

Mak mertua aku sampai rasa pelik kenapa menantu dia ni tak hebat macam orang lain. Dia punya pelik tu sampai pertikaikan why anak dia pilih aku jadi isteri dulu. Few times jugak depan-depan aku dia suruh laki aku cari bini baru.

Ni pun lagi sorang hilang ingatan tak ingat yang anak dia angau sangat dekat aku masa aku tengah buat masters and jadi junior lecturer dekat private college.

Aku senang je, depan-depan mak mertua jugak aku cakap kalau nak ada bini baru, bercerai dulu and aku nak full custody dekat anak-anak.

Dont play-play with me. Kalau kau dah tak suka aku, dengan anak-anak pun aku tak bagi ada kaitan. Pergilah buat cucu baru. Walaupun aku tak kerja tapi capability aku untuk cari duit demi anak-anak apa pun sanggup.

Nasihat aku, janganlah salah bual. Takut awak tak ready je nak dengar balasan lepastu.

– Intan Payung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Saya sarankan awak buat kronologi chart , kenapa awak tak kerja & tampal beso2 kt hall rumah. Bior semua org dpt balek ingatan mereka…..
    Ingat senang ke nk jaga anak istimewa ni….soh suami awak jaga 1 hari…see what his comments…

  2. awak tolong print confession ni bagi kat suami dan mak mertua awak… Pleaseeeeeee
    sakitnya hati kita dorang dok push orang tak cari kerja la apa.. tapi dorang tak sendiri tak nampak dorang pun tak contribute apa pun..

    • betul !! saya setuju. anon forward je link confession ni dekat suami minta dia baca dan hadam. lelaki ni kadang-kadang memang kena ingatkan, kalau tak dia lupa diri.

  3. Begitulah pandangan kebanyakan org terhadap title “surirumah”. Org duk samakan surirumah tu TAK MENYUMBANG APA-APA dalam rumah tangga. Tapi diorg tak tahu surirumah lah yg tolong cut perbelanjaan pengasuh anak-anak². Cuba fikir kalau hntr 2 anak prgi pengasuh, dah brpa kos bulan²… Xpe tt, moga dilancarkan segala urusan dan dimurahkan rezeki seperti mengalirnya air sungai.

  4. respect kat you sis. terus kuat utk anak2.
    kalau betul nak cerai kerana sbb you tak keje, cerai jelah.
    dont worry.
    Allah kan ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *