Iri Bilang Boss

Rugi ada mata tapi buta dalam melihat,

Rugi ada hati tapi tak pandai menilai…

Hermmm aku A… Aku cuma nak share story tentang akak dan abang ipar aku. Dorang ni berasal dari negeri lain dan berpindah masuk ke rumah mak ayah aku pada tahun 2022.

Sebelum ni aku tinggal bertiga jer dengan mak ayah aku. Bila dorang dah masuk jadi berlima. Disebabkan mereka ni dah tiada pekerjaan, mereka memulakan perniagaan kecil kecilan menjual nasi lemak dan lauk pauk-pauk.

Kalau bab masakan ni dorang memang power la. Itu aku tak nafikan. Tapi dorang ni kan ade sikap pengotor yang bukan kaleng-kaleng bab kata budak budak sekarang.

Herm selama dorang duduk rumah mak ayah aku itulah yang kami semua kena hadap. Lepas masak tak kemas, sampah tak buang, dapur bersepah, kelapa yang dikupas biarkan macam tu jer… Allahu… Mak aku lah jadi mangsa buat kerja dorang tu tanpa dibayar gaji.

Mak ayah aku pula dah berusia 70an… Tapi Alhamdulillah boleh lagi la jalan jalan buat kerja rumah. Dorang ni kononnya nak jaga mak ayah tapi macam tambahkan beban dorang jer.. Bil electric dengan bil air pun mak aku yang bayar.

Mesti korang tertanya-tanya kan aku ni tak tolong dorang berniaga ke? Tolong juga… Tapi dengan bayaran gaji keikhlasan jela. Hehehheheh dorang tak bayar. Herm malas laaaa bunyi.. Aku dari situ sikit sikit belajar lah tentang sikap dorang ni.

Aku percaya juga dengan kata-kata “yang nak tengok kita jatuh ni sebenarnya dari kalangan orang terdekat juga”. Ayah aku ni dia betul-betul berhajat nak buka kedai kecil depan rumah sebab Ayah aku ni pandai tau buat roti canai.

So dia memang selalu bercerita dekat aku nak buat tu semua dalam pada masa yang sama nak tolong akak aku biar ada kedai yang proper sikit laaa.

Suatu hari tu, ayah aku laburkan sedikit duit untuk tolak tanah depan rumah, kasi rata, beli bata apa semua la dan dalam pada masa yang sama jadi krisis adik beradik lain juga.

Bila campur tangan orang lain huru hara jugalah masa tu. Cuma aku lah bertegas sebab ini hajat ayah aku masa tu. So keadaan tegang kembali tenang… Lagipun semua dah mulakan tanah dah sodok… So dorang tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

Sementara nak tunggu kedai tu siap, yela dengan faktor kewangan juga nak suapkan kedai tu,

Aku dengan akak aku ni mula meniaga petang guna payung jela dulu start dengan goreng pisang, cempedak, jual keropok, dan air balang.. Sambutan memang sangat-sangat memberansangkan, jualan kita orang selalu habis.

Tapi tula perniagaan ni tak bertahan lama, disebabkan faktor akak aku ni cakap aku ni pembersih sangat. “Sikit sikit nak kemas, sikit sikit nak bersihkan”, nak semua tu tersusun rapi je.

Selagi aku boleh buat aku buat jela kan.. apa susah dah memang sikap aku ni macam tu… Aku rasa tu semua alasan juga.

Yang kedua faktor abang ipar lah, bila tengok perniagaan kite orang ni maju mula laaaa… Hehehehehe “iri bilang boss”.. terus dia tak bagi isteri dia tu berniaga dengan aku.

So aku pun stop sampai situ… Semuanya terbengkalai sampai sekarang. Aku masih lagi nak belajar cara masakan akak aku tu semua tapi tak sempat…

Aku ingat lagi ada hari sukan sekolah.. kite orang dapat tapak nak berniaga masa tu.. aku pula dapat idea jual air yang dalam botol tu cuma tambah ais je.

Memang masyuk laaaa hari tu aku meniaga. Seronok sangat-sangat. Sebab aku tahu kalau tolong dorang meniaga aku tak dapat upah pun. Aku pun nak duit juga. So sementara tu aku jual lah air.

Terus hari kedua tu abang ipar aku tak nak berniaga dengan tiba-tiba… Allahu. Akak aku ni stuck la sebab dia tak pandai drive tau memang mengharapkan suami…

Bergaduh lah 2 orang laki bini tu.. bingit last-last tak jadi nak meniaga keesokkan harinya.. akak aku terpaksa lah ikut bila dah main isu syurga dan neraka ni kan. Begitulah ceritanya…

Pernahlah aku dengar cerita, selepas dorang pindah ni… Dorang cakap aku halau dorang dari rumah mak ayah aku. Astaghfirullah Al Azim…

Aku ni kan orang yang bukan jenis bersosial pun lagi-lagi nak masuk campur hidup orang lain. Lepastu aku ni kan dipandang sinis oleh orang sekeliling tau disebabkan mulut dorang ni… Cakap aku ni pemalas la…

Hermmm sebenarnya aku ni ada masalah kesihatan, orang luar tak tahu. Aku pula susah sangat nak dapat kerja and nak stay lama dalam pekerjaan. Antara faktor kesihatan dan selebihnya wallahualam laaa.. Dulu aku kerja luar negeri, tak de pun masalah macam ni.

Cuma semenjak tahun 2022 lah. Bermacam-macam kerja aku mintak dan buat, memang tak lekat dan tak tahan lama pun. Boleh tahan pun sebulan dua je.. Sekejap-sekejap berhenti. Aku berniaga apa pun semua tak jadi.

Aku pernah bertunang 3x tau.. semua putus ditengah jalan.. aku pun tak tahu kenapa?.. Yela alasan aku tak de jodoh jela kan.

Bila orang sekeliling cakap aku pemalas, tak berusaha, memang terasa sangat-sangat la kan sampaikan aku depression…

Aku ni dah buat macam-macam tapi rezeki ni belum lagi untuk aku. Itulah sebab aku kurang bergaul dengan orang kampung aku.. aku rela lepak dengan orang luar, biar dorang tak kenal aku tapi still boleh layan baik. Tapi tak pelah itu masalah peribadi aku. Kan?

Hehehehehe mana tak tumpahnya minyak kalau tak ke dalam kuali, didikan isteri itu terbentuk dari cara didikan suami.

So berbalik pasal akak dan abang ipar aku ni… Dorang ni rapat sangat dengan orang kampung sebab dorang kan meniaga dekat pasar kampung sini juga. Mulut dorang ni memang laaaaa… Faham faham jela yea.

Dorang ni suka menjaja, suka bercerita tak kisah pun tentang siapa. So bila orang sekeliling cakap aku pemalas korang tahu lah asal nya dari mana…

Orang luar pula bukan tahu masalah kita, lepastu main hentam jer… Itulah yang aku nak share.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam cik/encik.

    Selalu buat apa pun tak menjadi? Bila nak kahwin/ tunang, selalu putus tengah jalan? Bila kerja asyik tak kekal?

    Saya nasihatkan cik/encik pergi berubat secara Islam. Kemudian, belajar cara buka aura diri untuk lebih positif dengan upgrade ibadah dan juga kebaikan. Sebab dari cara cik/encik cerita, risau terkena penyakit ain. Sebab awal2, cik/encik kata cik/encik ok ja.

  2. Kesian awak ni sama la macam saya kerja tak pernah lekat sebab Salah saya juga ada jer tak kena ,tak kahwin lagi umur dah 30 tahun btw ..maybe boleh usaha berubat Darul syifa then kalau depression stress bolehh jumpa kaunseling miasa bayaran rm30 setahun jer..kk pon murah jer rm1 kaunseling ,LPPKN …semoga Allah mudahkan urusan awak ya sabar semoga menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa bertanpa bertuah awk dapat tinggal dengan makayah …yang pasal orang kampung tu buat bodoh jer kalau kite jelaskan orang bukan nak dengar dorang menilai sesorang tu berdasarkan apa dorang nak jer..kesahihan belum tentu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *