Isteri Yang Masih Bertahan

Maaf, confession ini jalan terakhir bagi aku sebab aku tiada medium untuk meluah sebab terlalu disogok “buruk suami untuk disimpan rapi” sampai memakan diri aku sendiri.

Usia perkahwinan aku dah mencecah ke angka 7 tahun. Sudah dikurniakan dengan anak-anak yang comel dan keletah.

Selama perkahwinan, aku tak pernah dapat merasa duduk di rumah kelamin. Kehidupan keluarga kecil aku ibarat merempat-rempat.

Sebelum berkahwin, Joe (suami) menipu ayah aku dengan berkata dah punya rumah untuk bawa aku hidup bersama.

Beberapa minggu sebelum bernikah baru aku tahu rumah itu perlu dikongsi dengan ahli keluarganya yang juga dah punya anak dan isteri. Aku tak membantah sebab hari nikah dah semakin dekat.

Sepanjang hidup di dalam rumah itu, aurat perlu aku jaga 24 jam sehari.

Dan lebih menyedihkan sebab aku wanita bekerjaya yang punya pendapatan lebih tinggi sedikit dari Joe, aku tak berikan apa-apa nafkah dengan alasan tidak mampu.

Time goes by, bila aku mendesak Joe seharusnya berikan nafkah pada isteri, baru lah Joe hulur RM50 setiap bulan. Masa ni kalau aku nak makan apa-apa, memang aku yang kena beli sendiri.

Segala bil phone, keperluan diri pad sabun dan sebagainya memang aku kena keluarkan duit. At one point aku rasa macam aku duduk dengan room-mate sahaja.

Makin parah bila aku mengandungkan anak pertama, segala mengidam makan aku dia ambil mudah dan dia gula-gula kan aku dengan jawapan makanan tu tak ada jual.

Untuk makluman, mengidam aku cuma kuih-kuih simple yang banyak jual di pasar malam.

Alahan mengandung aku kuat sekejap-sekejap muntah, susah untuk aku drive atau guna public transport ke tempat kerja.

Setiap kali aku minta hantar ke office, banyak alasan yang dia bagi konon susah dan sebagainya sampai aku terpaksa juga lah pergi kerja sendiri dengan pening, loya, muntah merata-rata.

Waktu mengandung memang 100% macam perjuangan berseorangan bagi aku. Bila mengadu sakit dan sebagainya Joe cop aku mengada-ngada,

Wei! Anak first kot. Kau ingat aku ada pengalaman mengandung banyak kali?

Waktu mengandung lah aku paling sensitif dengan tiba-tiba dapat tahu kewujudan group whatsapp sharing gambar-gambar bogel perempuan sesama kawan-kawan dia.

Kejap-kejap bagi gambar t*t*k, kejap-kejap bagi gambar t*l*nj*ng bulat, kejap-kejap share video lucah dan bercakap lucah dalam tu.

Bila aku marah, Joe cakap itu group suka-suka. Tapi pada aku, benda tu tak senonoh yang boleh bagi negative impact kemudian hari.

Perkara semakin parah bila aku dalam pantang anak pertama dan Joe secara terang-terangan nya berdiskusi tentang bo*t*t colleague dia dalam group melucah tu. Aku dalam pantang, kawan-kawan melucah Joe ajak keluar melepak.

Joe waktu ni memang suka ambil kesempatan sebab kami dah berpindah duduk dengan keluarga aku, jadi dia mengharapkan mak aku untuk jaga aku dan baby.

Waktu ini juga semua belang Joe keluar. Bila ada perdebatan, mudah untuk dia sarankan perihal cerai seolah-olah nikah kahwin itu mudah saja bagi dia.

Sepanjang duduk di rumah mak aku, Joe hanya keluarkan RM150 setiap bulan untuk upah mak aku jaga baby.

Selebihnya aku yang perlu sediakan dari pakaian baby, kelengkapan menyusu baby, diaper dan juga duit dapur untuk dihulur pada mak.

Betapa mudahnya hidup sorang Joe yang boleh focus pada membayar kereta dan keperluan diri dia. Bila diajak pindah keluar, alasan duit akan jadi point paling atas sekali.

Aku mula jadi hilang hormat dengan perangai Joe. Di belakang aku dia jaja cerita pada kawan-kawan yang aku ni control hidup dia tak boleh lepak dan sebagai nya. Tapi pada aku, aku rasa sebaliknya.

Duit aku yang kena control untuk berhabis pada dia dan anak.

Setiap kali lepak bersama dengan kawan-kawan dia, Joe dengan mudah down-grade aku bercerita perihal rumahtangga. Joe senang hati kata aku tak masak, mak mertua dia yang masak.

Aku sampai rumah dari office pun pukul 7pm, balik anak terus terkam nak menyusu badan max mengempeng 30 minit. Mak aku pun tak gamak nak tengok aku buat semua benda depan mata dia.

Hari berlalu, aku pun terus terusan di down-grade kan oleh Joe walaupun bermandi keringat, memerah otak bekerja untuk mencukupkan duit menanggung diri dan anak kecik.

*Bersambung

– Melinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *