Terampunkah Dosaku

Aku Juwita (bukan nama sebenar) dan berusia awal 30-an. Aku sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan.

Di sini aku nak menceritakan tentang apa yang aku alami di alam perkahwinan akibat daripada dosaku sewaktu bujang dahulu.

Sebelum itu, aku nak ceritakan dahulu perwatakanku adalah introvert.

Aku tidak ramai kawan dan semasa zaman belajar aku tak pernah ada ‘teman tapi mesra’ walaupun aku ada keinginan tu. Mungkin kerana perwatakanku jadi lelaki sukar nak mendekati.

Setelah aku tamat degree, aku sudah ada keinginan untuk berkahwin tapi belum ada calonnya.

Namun aku hanyalah manusia biasa yang turun naik imannya. Aku muslimah yang rapuh imannya terjebak dengan godaan nafsu.

Bertahun aku terjebak dengan dosa o*ani. Nafsu yang bergejolak dalam diri begitu sukar nak dikawal. Aku takut kepada zina tetapi aku terjebak dengan dosa tanganku sendiri.

Setiap kali melakukannya aku menyesali tetapi apabila nafsu membuak aku tak dapat menahannya.

Apabila masuk alam pekerjaan, keinginanku untuk berkahwin semakin kuat dan aku berdoa sungguh-sungguh kepada Allah supaya aku dapat berhenti daripada dosa maksiat ini dan Allah menemukanku jodoh lelaki yang baik.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku bertemu jodoh dan sebelum berkahwin aku juga dapat berhenti daripada melakukan dosa terkutuk itu.

Untuk pengetahuan pembaca juga, aku sejak zaman belajar telah terkena gangguan Jin asyik. Sudah bertahun aku alami sehinggalah sekarang cuma tidaklah sekerap semasa anak dara dulu.

Aku sudah berubat merata tetapi belum sembuh sepenuhnya dan ia kadang akan datang menganggu dalam tidurku.

Kadang aku terfikir adakah kerana gangguan ini yang menyebabkan aku triggered untuk melakukan o*ani. Kerana orang yang terkena gangguan Jin asyik akan tahu bagaimana rasa yang dialaminya.

Kini, setelah dua tahun alam perkahwinan yang kulalui tiada satu saat pun yang tidak aku sesali akan dosaku dahulu.

Sejak dari malam pertama aku tidak merasakan apa itu syurga dunia, aku tidak merasakan nikmat itu di alam perkahwinan sehinggalah sekarang.

Aku hanyalah melunaskan tanggungjawab batinku kepada suami tetapi aku tidak merasakan keseronokannya. Aku teringin kerana itu salah satu kunci kebahagiaan dan kemesraan suami isteri.

Aku juga baru mengetahui masalah ini digelar m**i **t*k. Kadang aku merasakan seperti aku ini telah dilaknat Allah sebab itu nikmat ditarik.

Tetapi aku juga pelik kerana apabila diganggu Jin asyik semasa tidur aku merasakan kesedapan tu dan gelora nafsu.

Tetapi dengan suami berahiku seolah mati. Aku sudah berikhtiar berubat dan sedang berikhtiar lagi supaya Allah menyembuhkan masalahku dan mengampunkan dosa laluku.

Kepada hamba-hamba Allah di luar sana yang masih lemah imannya, masih bergelimpangan dengan dosa maksiat dan sebagainya.

Beringatlah, tidak nanti di akhirat di dunia Allah sudah membalas akan perbuatan dosa kita. Moga kita sempat bertaubat akan dosa-dosa yang dilakukan dan Allah Maha Mengampuni.

Yang menyesali,

– Juwita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *