Aku Anak Bongsu Beban

Aku Yana. Aku penghidap penyakit mental yang dinamakan depression dan juga anxiety.

Sebelum itu, aku minta maaf kalau cerita ini membuatkan pembaca annoying dengan luahan aku. Aku hanya ingin meluahkan apa yang ku rasa.

Sepanjang aku membesar, aku tidak dibolehkan untuk meluah apa yang aku rasakan.

Mari aku ceritakan kisah hidup aku..

Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang biasa sahaja. Aku dibesarkan dengan didikan agama yang sangat kurang.

Aku hanya belajar agama di sekolah sahaja. Sedangkan di rumah? Aku tidak diajar mengenai agamaku. Keluargaku menyerahkan tanggungjawab untuk mengajar agama hanya di sekolah.

Aku mengetahui cara solat dan juga membaca jawi di umurku 11 atau 12 tahun.

Aku merupakan seorang kanak-kanak biasa, yang penuh kegembiraan. Extrovert. Yakin untuk menegur dan bercakap di hadapan khalayak ramai. 

Aku pernah memenangi beberapa pertandingan bercerita di hadapan khalayak ramai. Aku juga menjadi pelajar yang cemerlang semasa aku sekolah rendah.

Tetapi, semakin lama, keyakinan aku, keberanian aku, kegembiraan aku semakin berkurang. Aku menjadi lebih pendiam. Aku menjadi murung di umurku 13 tahun.

Ianya kerana, sepanjang aku membesar, aku melihat keluargaku bergaduh dan berpecah belah. Kadang-kadang bertumbuk sampai pecah dan berdarah. Darah terpancut depan muka aku. 

Aku juga pernah dipukul dan ditendang oleh abangku. Semua perkara yang berlaku ini membuatkan aku trauma.

Aku takut. Mental aku menjadi tidak stabil. Emosi aku terumbang- ambing.

Aku lebih suka bersendirian. Aku suka duduk di tempat gelap. Aku rasa tenang sendirian.

Pelajaran aku semakin merosot. Bukan aku tidak belajar, bukan, setiap kali aku mengulangkaji ataupun menghadapi exam. Tiap tu juga akan ada pergaduhan berlaku antara keluargaku.

Aku menjadi stress. Bila aku hendak meluah ke keluargaku, tapi, apa response mereka?

Mereka akan menyuruh aku untuk diam dan jangan bercakap. Jangan luah apa-apa pun. Sebab? Keluarga aku merasa jengkel untuk mendengar luahanku.

Mereka menganggap bahawa aku hanya berlebih- lebihan dan manja.

Pernah satu masa, keputusan peperiksaan aku merundum jatuh. Aku takut-takut memberitahu keluargaku mengenai keputusan peperiksaanku.

Aku fikir, mereka boleh memberiku kata-kata semangat untuk terus berusaha dalam pelajaran.

Namun sangkaanku meleset, keluargaku diam. Tidak mahu bercakap denganku. Dalam kata lain *silent treatment*.

Sejak dari tu, aku tak pernah memberitahu keluargaku mengenai keputusan peperiksaanku lagi.

Masa berlalu dengan cepat. Umurku juga semakin meningkat. Aku didiagnosis menghidapi depression dan anxiety secara official pada umurku 16 tahun.

Aku ingin meluah kepada doktor psikiatri ku mengenai apa yang aku hadap. Tapi aku tidak mampu, ibuku mengongkongku. Ibuku berkata yang penyakit mental ini tidak wujud.

Setiap kali aku ada appointment, ibuku akan menyelit masuk sekali untuk berjumpa doktor.

Aku sedih, ibuku memutar belit tentang keadaan yang aku hadapi, aku pernah cuba untuk membunuh diri. Aku kelar tangan. Tak ada rasa sakit.

Yang aku rasa hanyalah kepuasan diri aku. Aku rasa puas melihat darahku mengalir.

Kadang-kadang aku rasa ingin menikam diri sendiri. Melepaskan perasaan yang ku pendam.

Aku lupa nak bagitahu, aku merupakan seorang kanak- kanak yang kulit gelap. Lain daripada adik- beradikku.

Adik-beradikku mempunyai kulit yang cerah dan mempunyai rupa yang sangat elok. Sedangkan aku? Tidak.

Aku sering mendengar cemuhan orang disekelilingku termasuk keluargaku sendiri. Bodoh, buruk, kulit legam, terbakar, muka tak cantik dan banyak lagi cemuhan dan hinaan yang aku dapat.

Ada juga yang membandingkan aku dengan haiwan iaitu, monyet.

Keluargaku sendiri, mencemuhku. Aku menjadi tidak yakin untuk keluar dari rumah. Aku malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Aku malu.

Tahun ini aku mula berjinak dengan barangan makeup. Tapi apa yang aku dapat dari keluargaku?

Bukan sokongan untuk mencantikkan diri, malah hinaan yang aku dapat. Aku menjadi sangat sedih.

Setiap apa yang aku lakukan. Minat aku, hobi aku. Keluargaku tidak pernah sokong. Hidup aku di atur dengan mereka.

Cara aku berpakaian, setiap perlakuan aku mestilah ikut cara mereka.

Apabila aku mula untuk mencuba benda baru, aku akan dimarahi, pelbagai kata hinaan akan keluar dari mulut keluargaku. Aku bagaikan beban bagi mereka.

Keluargaku sendiri mengaku yang aku ni hanya beban bagi mereka. Kalau aku beban, mengapa mereka tidak membunuhku semasa aku bayi lagi?

Akhirnya, aku menjadi seorang perempuan yang tidak tahu untuk meluahkan perasaan.

Muka aku tidak mengeksperikan apa apa. Orang sedih menangis. Tapi aku? Datar.

Aku tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan dan meluahkan apa yang aku rasa, aku sedih, aku marah, aku hanya diam tanpa suara.

Aku takut untuk meluah kerana aku ini hanya penambah beban keluargaku.

Sekarang, aku hanya seorang insan yang tidak berguna. Aku tidak mampu untuk survive seorang diri kerana kongkongan keluargaku. Aku penakut, aku beban…

Aku minta maaf lagi sekali jika, pembaca annoying dengan luahanku, maafkan aku…

– Yana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *