Salam semua. Terpanggil untuk confess di sini kerana nampak dah agak ‘over’ para wanita terutamanya, mengulas isu rumah tangga berkaitan poligami,
Sampai dah ‘lupa’ hukum hakam Allah hanya kerana nak tegakkan emosi masing-masing.
Dulu kes selebriti ni, komen masing-masing Ya Allah takut saya baca.
Yang terbaru kes seorang lelaki ni. Sampaikan ada mengulas secara umum konon nampak bijak tapi yang saya tengok ‘over’. Konon terpaling savage la tu.. Hehehe..
Ya, saya wanita, sudah berkahwin. Sudah mendirikan rumah tangga.
Saya juga ada pengalaman dalam keluarga saya, ibu saya dimadukan dalam keadaan yang agak menyedihkan,
Tapi saya tidak jadikan itu sebagai kayu ukur untuk saya judge rumah tangga ibu dan ayah saya. Apatah lagi rumah tangga orang luar.
Alhamdulillah, emosi saya masih dikawal untuk berasa marah berkaitan isu2 begini.
Jadi sedikit nasihat saya nak titipkan buat kalian di luar sana. Sama ada lelaki atau wanita.
1. Jangan over mengulas isu-isu rumah tangga orang.
Walaupun nampak secara zahir pihak lelaki @ wanita itu salah, tahan la mulut, tulisan daripada komen.
Dalam isu rumah tangga, hanya pasangan itu dan Allah sahaja yang tahu kebenaran.
Ingat, Allah akan uji seseorang itu dengan kata2 yang dikeluarkan. Takut dengan Allah, ingat Neraka Allah akan meredakan kemarahan dalam diri.
2. Komen Savage.
Tak perlu rasa hebat kononnya kita la yang terpaling tahu atau faham dengan isu mereka. Apa pun info yang kita tahu, cukup terhenti di telinga dan mulut kita.
3. Cerai.
Jangan pernah hasut orang untuk bercerai hatta perkara itu secara jelas sangat2 ‘melampau’.
Saya tak tahu nak describe berkaitan ini (sori), tapi elakkan menasihati untuk bercerai.
Rasanya itu sahaja yang saya nak luahkan. Saya tidak memihak mana-mana pihak, saya cuma meluahkan pendapat.
Mohon maaf dan Terima kasih.
Semoga Allah Meredhai dan Merahmati kita semua. Aamiin.
– Tompok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit