Isu Menggaji Dari Perspektif Majikan

Assalam semua,

Jazakumullahu khayr kepada pihak admin jika ‘ranting’ Aunty ni disiarkan, tapi mungkin lebih kepada teguran membina kot. Ini kali pertama berkongsi, rasa nervous pulak. Anyway, pengenalan ringkas: Aunty berumur in my 40s, dah 20 tahun berkahwin dan ibu kepada 3 orang anak (15, 10 & 8 years). Lebih penting, Aunty seorang “rakan sekerja serta majikan” (colleague and employer) kepada lebih kurang 15 orang staf di sebuah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Islamik bereputasi agak tinggi yang dah beroperasi selama 5 tahun dan bakal masuk ke tahun ke-6, Alhamdulillah. Oh, dan I refer myself as Aunty ni bukanlah sebab bajet tua sangat (although I do feel that I am old-ing gracefully and loving it!), tapi sebetulnya di tempat kerja kami ni, semua pun refer to each other as an “Aunty” demi menyemai keakraban kekeluargan sesama kami dan anak-anak Syurga di bawah jagaan kami ni. Begitu… Siapa yang kenal Aunty tu, shhh, diam-diam sudahlah, hahaha.

Okay, Bismillahirrahmanirrahim, In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. Begitulah opening setiap kali kami nak berbicara lebih panjang sikit dengan anak-anak Syurga di pusat kami. :)

Kepentingan Aunty introduced myself sebagai majikan tu sebab itulah topik yang Aunty terpanggil nak meluah rasa sambil dengan harapan (jika mampu) dapat membantu menasihati adik-adik yang muda-mudi yang mungkin tengah mencari pekerjaan sekarang ni. Kalau boleh pula memberi inspirasi in any way whatsoever, maka lebih lagi Alhamdulillah. Apa-apa pun niat utama Aunty ni nak berkongsi atas kebaikan semata-mata, Inshaa Allah. Tapi maaf jika panjang berjela ya, huhuhu. Kalau rasa topik ni tak menarik, bolehlah abaikan.

Dalam bidang ECCE ni, dah 7-8 tahun Aunty bergelumang as macam-macam termasuk the hiring person dan berjumpa pelbagai ragam manusia dalam process hiring ni SubhanaAllah (but I’ve been mostly blessed Alhamdulillah!) Sebelum industri ni pula, Aunty dah juga involved in the hiring process dalam bidang Academics di peringkat Kolej dan Universiti untuk lebih kurang 6-7 tahun juga, dan sebelum tu pula as the hiring or resource person in other private sectors for several more years.

Okay, Aunty cuba make this general to hiring concerns from an employer’s or manager’s perspective, but at the same time, mungkin akan ternarrow down kepada scope industry Early Childhood Care & Education (ECCE). Okay I tipu, huhu, mungkin MEMANG akan ter-menjurus banyak kepada industri yang kami ceburi ni sebab macam ada batu block kat dada ni, huhu, so bear with me please (Nota kecil: Dah separuh jalan menulis, panjanglah ya rabb, so kita save ranting sebenar bidang ECCE ni in second part jelah, itu pun KALAU ada yang berminat nak dengar rintihan majikan-majikan seperti kami). Anyways, yang utama kepada sesiapa yang membaca, ambillah mana-mana yang boleh dimanfaatkan dan relevan sahaja ya? Aunty juga akan cuba menulis sebanyak dan seboleh mungkin dalam Bahasa Melayu kita sendiri, tapi maafkanlah atas BI yang terkeluar sambil-sambil ni sebab kadang-kadang nak meluahkan tu lebih direct dalam BI.

Nombor 1, Resume atau curriculum vitae itu MEMANG teramat penting ya rabbal ‘alameen. It’s extremely frustrating when some people don’t bother to provide me with a resume, when specifically asked (especially untuk level lead or semi-lead graduate teachers tapi mengharapkan position dan gaji yang berkenaan). Okay, dari kacamata majikan atau pengurus, resumes ni bukan semata-mata nak attract kami untuk bother ourselves with your application, bayangkan sajalah nak sift through banyak-banyak resume ni dan boleh rasa terpanggil nak follow up dengan you punya kan. Dahlah position yang vacant pula mungkin 1-2 sahaja, you know. So as much as nak attract majikan/pengurus tu penting, tapi lebih penting lagi, you sangat memudahkan kami untuk cuba faham diri you at the very first level. Dalam proses menggaji ni, seseorang calon tu ibarat buah yang ada beberapa layers. Bermula dengan kulit luar, isi dalam sebelum akhirnya sampai ke biji yang paling dalam sekali. So laluan pra-interbiu yang pertama adalah resume anda, supaya bila majikan/pengurus terpanggil untuk interview (baik di WhatsApp, telefon atau bersemuka), mereka dah ada a basis or kulit luaran to work on and explore. Stage kedua dan seterusnya selalunya untuk merisik isi dalaman pulak. Percayalah, that the moment people in my situation at least berminat follow up with your application tu, kami sangat eager untuk “bridge the gap” (mengecilkan jurang) dalam mencari kesesuaian dan keserasian.

Disebabkan still sangat berkait rapat dengan poin pertama tadi. Maka poin 1 atas ni ada pecahan-pecahan, hahaha. Sabar jelah ya.

No 1(a), in fact, the way you introduce your resume to your potential employers juga diambil kira. Tulislah walau sedikit pengenalan ringkas semasa menghantar resume tu, yang pada zaman sekarang ni dah terlalu mudah sebab melalui email sahaja. Nak pesan, biarlah kulit luaran si buah anda tadi ni, cantik dan bersinar maka kami pun terpanggil nak ngappp “menggigit” sikit, gituuu. Nampak macam kecil mungkin, tapi ini refleksi atas adab susila, tertib serta profesionalisma diri. For all you know, you are an awesome person perfect for the job cuma mungkin terlalu malu atau sebagainya, maka sayanglah hanya kerana itu kami-kami ni tak berkesempatan nak mengupas kulit kepada isi dalam yang sebenarnya sangat cantik. Amat-amat rugi bagi kedua-dua belah pihak. So, please ya! Mesti ada short cover message or introduction to yourself sekurang-kurangnya beberapa ayat lengkap. And oh, janganlah mohon sangat tolong elakkan menulis pengenalan 1 ayat panjang kat dalam SUBJECT email tu. Yang ni, haishhh tidakkk.

No 1(b), Checklah betul-betul resume tu sesuai permohonan. Ada tu cantik sangat dah resumenya, siap ada professional typesetting bagai. Bagus dan commendable effort ni, walau sebenarnya a simple resume pun takde masalah dan memadai jika cukup maklumatnya, Inshaa Allah. Tapi kan, kita baca-baca first sekali tu kat career objectives or seangkatan misalnya, tertulis calon sebenarnya cari kerja dalam industri atau bidang lain. Sedangkan dia apply tu setelah membaca iklan kita dan sepatutnya at the point of application tu dia semestinya tahu apa yang kita offer kan. Apakah ini? Ambillah masa sedikit menunjukkan kesungguhan mengarang dan membeza-bezakan sesuatu permohonan tu. Surely, anda sebagai bakal pekerja mahukan kami juga treat your application respectfully and individually, so it works both ways. Dahlah zaman sekarang ni, banyak sangat dah kemudahan kehidupan, just kena rajin skit je lagi. You people are so lucky, I swear! Zaman Aunty dulu kena customise setiap satu surat lampiran dan adakalanya resume juga, invest printing banyak-banyak padahal tengah tak berduit ni sebab takde kerja kan (duh!), beli setem tampal dan pos within the stipulated deadlines okay. And, lepas tu kena tunggu berminggu-minggu atau ada yang berbulan-bulan before the first follow up. Hoyeah.

No 1(c), speaking of customising ni, mohon jangan sangat-sangat email satu kali (one shot) permohonan anda tu kepada semua prospek majikan. Like, say what??? It speaks volume about the kind of skin your fruit is, ayyo. Tebal, keras, tak menarik langsung, etc etc. I don’t know about other employers/managers, but for me personally, memang awal-awal lagi dah kena reject hat ni, so maaf ya, siapa yang pernah atau terbiasa tu (dan mungkin tak dapat-dapat interview sampai sekarang), hentikanlah dan perbaiki usaha tu ya. Inshaa Allah, sentiasa belajar untuk improve diri! And, yes, if you’re wondering, kesilapan-kesilapan atas ni dibuat oleh ramai applicants, baik certificate, diploma malah juga degree holders (ramai graduates are guilty of the above so marilah kita sama-sama ambil iktibar)!

Moving on to Nombor 2, Honesty is (still) always the best policy, ever! Sangat berkeperluan atau terdesak (desperate) untuk kerja setara mana pun, sentiasalah berintegriti dan jujur. Orang putih kata, integrity is doing the right thing even and especially when no one is watching. And it isn’t for anyone, but for yourself. Kita orang Islam ni Inshaa Allah, lagi mudah sepatutnya mengawal diri dari membuat kesilapan, sebab kita tahu Allah SWT Maha Melihat dan Maha Mengetahui, kan? Aunty du’a untuk kita semua membuat pilihan atas kebaikan dan kejujuran sentiasa. Jadi, nak beringat-ingat, janganlah menipu (baik dalam resume atau bila interview) dan sentiasa jujur menjawab semua soalan-soalan yang diberi. Ada yang ‘tipu’ qualifications walaupun di profile online (this is referring to the type of applicant yang terbaca iklan kita di FB dan hubungi kita melalui ruang yang sama), misalnya, dari hanya ada SPM dan Sijil Kemahiran, tapi di FB tertulis ada ijazah dari universiti sekian-sekian. Bila ditanya, katanya itu impian lama yang tak kesampaian. No no no, that’s just WRONG!

Be happy and proud of your achievements, whatever they may be. Mungkin nampak tak seberapa pada anda, tapi tetap akan ada jawatan dan penggajian yang sesuai untuk tahap tu. Tapi bilamana dah bermula dengan discovery tidak jujur yang sangat tak best, memang peluang tu akan hilang walaupun sebenarnya anda mungkin layak untuk jawatan lain sesuai tahap pelajaran anda. Sooo sayang! Ada pula yang cuba tak berterus terang dengan status kerja sekarang atau sebenar (God knows why); ada juga yang cuba sorok status kerja terakhir mungkin atas pengalaman yang tak menarik dan hanya pilih untuk highlight pengalaman terakhir yang okay, which was misalnya like 8-9 months ago, making us wonder and have to ask pulak, “So what were you doing in these last months—unemployed or what ya, and why?” Tandatanya ni bercampur dengan kalau jawapan tu pulak tak tally, memang sangat merosakkan sebahagian kulit yang baru nak dikupas ni berserta isi dalaman buah anda sebagai pemohon. Macam-macamlah kalau nak list, but pokok pangkalnya tidak memudahkan malah menyusahkan proses kedua-dua belah pihak. And, it’s a waste of valuable time, of course!

Nombor 3, Bab komunikasi dan adab or I call it “courtesy”—Ini topik relevan sepanjang zaman. For one, janganlah berasa bosan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang datang semasa casual atau pre-interview melalui WhatsApp atau telefon. Lain-lain majikan/pengurus lain caranya, tapi dengan kemudahan yang ada di zaman sekarang ni, kebanyakan kami memilih untuk membuat pre-shortlisting exercise via social media. Yakni, sebelum kami panggil untuk actual face-to-face interview di tempat kerja. Selain dari being honest and sincere yang Aunty pesan kat poin atas tadi, mohonlah beri kerjasama semasa disoal jawab, sebab ini sebahagian besar dari proses penting menggaji atau hiring ni. Mudahkanlah kerja kita masing-masing. Kalaupun misalnya dari awal-awal dihubungi tu anda dah no longer available, which is fine Alhamdulillah sebab tu semua kerja dan susunan Allah, sekurang-kurangnya latih tubi diri untuk sentiasa ada “courtesy” atau berhemah. Bukan untuk benefit kami sangat pun sebetulnya, tapi lebih kepada training untuk diri sendiri menjadi orang yang lebih hebat dan berdaya saing. Kalau di negara maju, resamnya sebelum, semasa dan juga selepas permohonan tu ada komunikasi-komunikasinya yang diunjurkan. Aunty sendiri didik diri, reply setiap satu formal application melalui email sekurang-kurangnya acknowledge dan berterima kasih atas permohonan calon-calon. Berjaya atau tidak ke pusingan seterusnya itu proses lain.

We (try to) advocate our children at home and in school, always say please and thank you and seangkatan misalnya. This courteous personality goes a long, long way in life, percayalah. Jawablah sepatah untuk memudahkan kerja orang lain, tak susah pun. Kalau along the way of the casual interview, you happened to have been offered a job pulak, sama juga, jawablah dengan baik, takde masalah, Alhamdulillah. We’ll just move on to the next candidate sambil mendu’akan yang terbaik untuk anda. Yang lebih menariknya, ada kes pula yang semasa si calon menjawab soalan dengan kita tu, punyalah sangat ramah dan baik, tapi bila dia dah dapat offer lain dalam pada kita masih bersoal jawab lagi, tiba-tiba calon ni jadi dingin bangat. Huhu. Mungkin dah tak berguna lagi untuk beramah mesra dengan Aunty, but that just comes to show that you’re quite insincere, no? My best advice, just be your best self, dalam apa keadaan sekali pun because you’re doing yourself a great disservice in not doing so. Bilamana nak menolak offer orang pun, boleh sangat dengan cara Khalifah. Plus, the world and the industry is small, mana tahu esok-esok mungkin anda perlu apply kerja semula then takdelah rasa kena avoid us like the plague dan boleh mencuba nasib di masa lain kan.

Ada tu tak sempat pun masuk sesi bersoal-jawab, dia baru beri salam dan bertanya berkenaan kerja kosong yang ditawarkan, dan kita pulak baru beri introduction and mohon dia beri pengenalan diri. Like hello, I don’t know you so mestilah bertaaruf dulu? Kita request tu pun dengan sangat berhemah dan ceria (warm and welcoming), tapi tiba-tiba calon terus hilang dan senyap. Kalau online FB tu, siap nampak ‘seen’ so kita tahu dia dah pun baca, but no reply whatsoever. Hmmm, not sure what’s going on with these type of applicants. Mysterious tau. Kalau ikut kata hati salah, seolah-olah kalau dia dah baik hati kot offer diri dia nak berkerja dengan kita tu, so kita kenalah terus sambar je jangan banyak bersoal jawab, ehhh. Astaghfirullah. Well if I bersangka baik pulak, kata hati betul mungkin mereka ni terlalu pemalu/penyegan dan tak pandai berkomunikasi. Well, if yes, please please work on this skill then ya, if not how lah. *knocks head*

Nombor 4, Spend time, energy and effort to explore our “fitting” via the conversation yang majikan/pengurus dah buka ruang. Yang ni berkait sangat rapat dengan isu sesi bersoal-jawab tadi. FYI, majikan/pengurus alaf kini selalunya memang gemar “bersembang” panjang awal atas tujuan untuk gauge personality dan personal culture calon tersebut. For me personally, and mungkin sesuai industri kami ni, the pre-shortlisting and pre-interviewing process bermula dengan conversation on WhatsApp or over the phone. Dan fasa pre-interview ni pun terbahagi beberapa bahagian for me, i.e. kupas yang asas dulu and kalau clear bab tu, baru masuk in depth skit ke dalam isi buah calon. Masuk second phase within this pre-interview process, Aunty sebagai majikan or gatekeeper to my organisational culture akan slowly bring my company’s culture into the conversation atas tujuan nak gauge keserasian dan kesesuaian atau to determine a “good cultural fit”. Selalunya untuk Aunty, bila dah dipanggil untuk face-to-face di pusat kami, the offer is already quite solid dah (80-90%), cuma tinggal lagi nak bertemu muka for final assessment. Dalam industri kami ni, memang selalunya akan perlu untuk calon tu test-drive kerja sehari dua (at least) sebelum the final offer is issued and accepted/signed. Most of the time, bila dah sampai this final phase, very rarely (walau tetap ada) end up tak jadi, baik di sebelah kami atau di sebelah calon.

Mungkin ada banyak company yang tak ambil berat sangat pun keperluan ni, tapi for companies yang based and thrives on common values, belief systems and cinta budaya kerja seperti kami ni, memang it’s imperative (sangat penting) to spend time “bersembang awal” about this. Dia punya proses getting to know the applicant tu panjang sikit sebab ada kepentingan ni, dan bukan sekadar bersembang kosong. Bayangkan, kalau dah masuk kerja dan rupanya tak share the same values dan akhirnya membawa kepada masalah besar dan perpisahan? Again, merugikan dan menyusahkan kedua-dua belah pihak. So, pesan Aunty, jika betul berminat untuk bekerja dengan companies yang core philosophiesnya begitu, try not to hold back yourself in exploring the possibilities of working together, and then redha atas apa-apa keputusan akhir (sama juga untuk Aunty) walaupun mungkin dah spend masa yang agak panjang kerana apa-apa outcome tu adalah untuk kebaikan bersama yang telah Allah permudah dan tetapkan. Masa yang kita sama-sama spend tu sekali pun tak berakhir dengan sebarang peggajian bukanlah sia-sia tapi adalah ikhtiar dan usaha kita sebagai hambaNya. Maka ambil segala yang baik dan kalau ada yang boleh diambil iktibar atau perbaiki, ambillah juga.

Nombor 5, janganlah terlalu gelojoh di awal-awal discussion nak tau salary offer yang sebenar kerana sangat menampakkan, erk, kerakusan, huhu? Dan impression itu adalah sangat tidak best tau. Aunty tak tahulah company yang tak suka beritahu tangga gaji tu secara telus dari awal, tapi as far as we are concerned, memang sudah tertera skala gaji dengan kelayakan-kelayakan yang berkenaan. Contohnya, iklan Aunty bagi informasi penggajian tertulis seperti di bawah ni, tapi tetap juga ada yang boleh direct tanpa segan silu bertanya “Mininum gaji kat sini berapa?” sebelum sempat berbincang awal lebih panjang. Adehhh. Back to courtesy, sayang-sayang semua. Bottom line is, kalau rasa gaji yang tertera tak bersesuaian dengan apa yang dicita, tak perlulah mohon terus, betul? Sebaliknya, hanya apply jika dirasakan range gaji di company tersebut munasabah sesuai kelayakan dan berbaloi untuk anda consider, dan tak perlu sangat bertanya awal-awal tentang gaji. And, belajar redha akhirnya with whatever actual offer rezeki yang akhirnya diberi dan decide in the end, nak terima atau tidak. Itu pun kalau rasa tak seperti yang dijangka dan diharap within that range, juga masih boleh bawak berbincang dan negotiate kan.

Namanya, apa-apa pun, courtesy mesti ada okay. Numero uno! Nak kongsi cerita satu adik ni yang kelayakannya jatuh bawah Assistant Teacher kami. Aunty terjumpa FB posting dia di group page industri kami, sedang mencari kerja yang gajinya RM1K/sebulan. Aunty cuba berlapang dada dan mencuba nasib manalah tahu beneath that posting is a suitable candidate kan. So Aunty contact dia nak berkenalan dan baru nak masuk gear untuk pre-interview, and her first question was “Maaf tapi berapa gaji di tempat Puan ni?” Aduh, terus I hanya bertanya secara ala kadar atas nama courtesy tanpa masuk fasa kedua dan seterusnya. Tapi sempat juga I jawab dengan baik yang I dah tahu expected salary dia dari posting umum tadi, jadi semestinya Inshaa Allah I hanya hubungi dia dengan offer yang berpadanan. In fact, masa tu I was ready to pay her RM1.3K/sebulan for her experience as an assistant, but Allah lebih Mengetahui. Apa-apa pun, Alhamdulillah.

*GURU UTAMA (LEAD TEACHERS): Ijazah yang berkaitan/bersesuaian dan fasih berbahasa Inggeris (Gaji permulaan RM1.6-1.7k/sebulan bergantung pengalaman dan waktu kerja dengan caruman KWSP/SOCSO).
*GURU UTAMA KEDUA (SEMI LEAD TEACHERS): Ijazah/Diploma yang berkaitan/bersesuaian dan agak fasih berbahasa Inggeris (Gaji permulaan RM1.3-1.6K/sebulan… etc etc).
*GURU PEMBANTU (ASSISTANT TEACHERS): Diploma/Sijil yang berkaitan dan boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris (Gaji permulaan RM1.2-1.4K/sebulan… etc etc).

Last but not least yang Aunty boleh fikir for now, No 6, Beramanah dan istiqamahlah dalam ‘aqad yang telah diterima dan ditandatangani tersebut. Dalam industri ECCE kami ni sangat-sangat memerlukan komitmen dari setahun ke setahun, yang telah pun diberitahu dan dipersetujui dari awal perbincangan, terutamanya bagi staf yang baru masuk kerja pertama kali untuk tahun pertama. Mafhumnya, di tempat Aunty sendiri misalnya, kalau position itu permanent, maka kita jujur beritahu tidak dapat consider seseorang yang hanya mahu bekerja beberapa bulan sahaja. Melainkan ada position Temp pulak on offer masa tu tapi tu cerita lainlah. In fact, staf tetap yang dah sekian lama bekerja dengan Aunty pun, akan Aunty tanya dengan jujur dan realistik pada setiap hujung tahun, in anticipation of another stable year untuk anak-anak Syurga kami. Itu amanah yang Aunty bawa sebagai ketua, lillahitaala, so I try my very best to provide the best within my means. Memang tak dinafikan, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan, tapi dalam beberapa keadaan sebenarnya “premature termination” oleh staf baru itu sendiri ada yang lebih atas sebab tidak sabar dan mementingkan diri sendiri dan sangat boleh dielakkan.

No, bukan tak boleh berhenti, tapi bila kita mulakan ‘aqad itu dengan baik dan cantik, maka sayang jika kita habiskan sesuatu itu dengan sebaliknya. Habiskanlah sesuatu hubungan tu dengan perbincangan baik dan proses perpisahan yang betul. Contohnya, tinggal lagi 2-3 bulan sahaja staf tu boleh menamatkan tahun pertama beliau dan selesai ‘aqad dengan keadaan yang sangat baik. Malah, kalau ikutkan contract sepenuhnya, jika staf tersebut beri dan selesaikan a proper 3-month notice, ia tidak akan melanggar hak dan integriti masing-masing maka itulah yang terbaik, win-win orang kata. And, everyone moves on with a clear conscience dan silaturrahim tu kekal baik walaupun dah tak lagi bekerjasama. Tapi hakikatnya, ada kes-kes terpencil yang adik-adik muda ni meninggalkan ‘aqad dengan melupakan segala janji persetujuan, tanpa berfikir panjang and generally unwilling to do or end things in the most right way, especially bilamana ia susah atau agak pahit untuk dibuat. Trust me, kalau kita mampu latih dan bentuk diri untuk menyelesaikan sesuatu urusan tu dengan cara yang paling baik lillahitaala walau sangat sukar di mata manusia, maka itulah hadiah yang paling hebat kita boleh beri kepada diri kita towards our own self-growth and -development dalam hidup yang sementara tapi mencabar ni.

Akhir kata, adik-adik yang sedang dan bakal mencari kerja tu kena sentiasa beringat, memohon kerja ni bukan semata-mata untuk mendapat kerja, and that’s it sampai situ sahaja. Proses penggajian or hiring ni works BOTH ways untuk kemaslahatan kedua-dua belah pihak, makanya ia sangat-sangat penting untuk diteliti dan disantuni, jadi mari kita sama-sama raikan, Inshaa Allah. Wallahu’alam.

Okaylah, dah terlebih-lebih panjang ni. Orang tua ni macam nilah huhu. Bila dia start bercakap, susah nak stop. Maaf sangat siapa yang berasa bosan atau jika ada terkasar bahasa or tersalah perkongsian. Lega sikit rasanya bila dah lepas beberapa persoalan ni untuk iktibar bersama. Mana yang baik dan boleh diambil pengajaran, silalah. Semua yang baik dari Allah SWT maka kita saling tegur-menegur dan berkongsi-kongsi Inshaa Allah, dan yang salah dan buruk tu dari Aunty sendiri.

Bagi semua yang tengah bekerja, silalah terus menjaga amanah, adab dan ‘aqad dengan sebaik mungkin lillahitaala. Jika sudah sampai masa untuk mengundur diri, buatlah dengan beradab dan baik juga.

Bagi yang tengah mencari kerja, semoga ada perkongsian Aunty yang boleh membantu, dan semoga mendapat pekerjaan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Bagi yang memang tak bekerja dan tak plan nak bekerja secara formal, living a life is work in itself, so sama juga, semoga terus hebat dan memperhebat diri. Mana yang boleh diambil inspirasi, silalah.

Jazakumullahu khayr. Semoga dipermudahkan urusan masing-masing, Ameen. Okay, now Aunty kena return to reality and terus mencari pekerja yang berkaliber itu, hahaha. Mohon du’a semua ya. <3

Nota Kaki: Ranting sebenar untuk industry ECCE tu nantilah. Kalau ada yang berminat nak dengar, Aunty cuba kongsi another time.

Lots of love and du’a, Aunty.

– Aunty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit