Assalamualaikum..sedikit perkongsian bagi yang sentiasa bertanya tentang mana datangnya kekuatan..
Percayalah Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa kemampuan kita..
Ramai kawan aku yang bertanya dan minta pandangan..macam mana aku bole nampak cool..nampak seperti tiada masalah..nampak seperti semua yang aku buat berjalan lancar…nampak seperti semua perkara boleh buat..sampai kawan baik aku pernah gelar aku “miss perfect”..
Actually,aku bukan orang yang tiada masalah, sentiasa dapat ‘luck’ dan perfect macam sangkaan rata-rata orang..hampir setiap malam aku menangis mengenang kesalahan,dosa dan masalah yang tidak pernah hilang dalam kepala ni..(sebelum tidoq kan bagus untuk kita muhasabah diri,dan itu yang aku lakukan hampir setiap hari)..nak mengadu pada siapa lagi kan perkara perkara macam ni..melainkan Allah ajelah..itu ja yang buat dan aku makin percaya.. Besok pagi tu aku seperti selalu..Alhamdulillah boleh senyum dan nampak ‘cool’..
Kuncinya-“Yakin dengan Allah dan jangan berhenti mengharap!”
Aku percaya semua orang seusia aku lagi2 perempuan mesti pernah rasa macam ni..terfikir memikir tidak mahu fikir.. Manusia kan paling tidak pun rasa dikhianati,disakiti,kena buang kena hina, orang tak suka kita tanpa sebab(ini yang paling aku tak faham, sebab aku bukan jenis orang yang mcm senang2 tak suka orang tiba2 so aku xfaham macam mana boleh jadi situasi macam tu-dan aku faham sebab depa pun manusia jugak..dan itu jugak ‘normal’..
Prinsip aku satu,
“Im facing and im not running”
Aku bukan orang yang suka lari bila aku berdepan dengan sesuatu masalah..aku jugak bukanlah tak normal nak face sesuka masalah atau apa perkara yang jadi depan aku..cuma..bagi aku.aku berminat dan perkara macam itulah yang jadi kekuatan aku..perkara itulah yang aku rasa aku nak kenal Allah…dan itu juga buat aku rasa yang Allah masih sayang aku..Bukan maksud bila aku happy Allah tak sayang..dalam dua2 keadaan aku rasa Allah sayang ja aku..
Kuncinya-“Sentiasalah berbaik sangka”
Betul..setiap orang akan diberi ujian yang berbeza..macamtu jugak aku..lagi lama aku minta doa supaya Allah beri petunjuk dan kekuatan lagi macam dugaan aku kena hadapi..
Ini realiti..
Bukan aku nak mengajar orang berburuk sangka..tapi apa aku cuba nak kongsikan..”Jangan pernah putus asa berharap pada Allah..Sebab apa..?? Sebab dia yang cipta kita..cipta aku..cipta kau..cipta semua segala benda atas dunia ni..”
Aku ad seorang kawan yang rapat boleh kata soulmate aku la..pernah cakap..
Kenapa bila azan kita kena jawab azan..??
Kenapa bila di bagitahu dalam azan:
“Marilah menuju kejayaan..”
dan kenapa kita jawab:
“Tiada upaya aku melainkan Allah”
Dari situ aku selalu berfikir..betul apa yang Allah sampaikan dari seruan azan tu..apa yang jadi kita tak da upaya pun melainkan Allah yang sedia kan..tak kisahlah baik atau buruk perkara kau terima..sentiasa berbaik sangka lah..sebab memang tak rugi..dan dari situ aku selalu berharap pada Dia dalam apa jua situasi pun..bahkan masa makan pun aku harap makanan yang aku makan ni dapat sihatkan aku untuk terus perjuangkan keindahan Islam..
Islam ini indah kawan2..
Dalam kesusahan yang aku hadap..aku pasti ada orang lagi kuat..lagi tabah berbanding aku..
Cuma aku nak berkongsi..
“Jangan pernah buruk sangka..jangan pernah putus asa..jangan pernah..sebab syurga Allah itu indah bagi orang yang bersabar..jadi berSABAR lah”
dan paling penting “JANGAN BERHENTI BERHARAP”
“Marilah mengenal Allah dengan sentiasa berharap padaNya..kerana dengan harapan dan keyakinan…kita akan selalu mahu cuba”
Sekian
Ikhlas dari hati dan aku cintakan Islam
– Miss ♡
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit