Assalamualaikum..
terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.
sebelum ini aku cuma bertindak sebagai silent reader, tapi hari ini tergerak hati untuk menghantar confession di sini. justeru, aku meminta maaf sekiranya confession aku susah difahami memandangkan aku jarang menulis panjang-panjang ni.
aku disini cuma ingin meluahkan sedikit kekesalan yang berlaku pada harini. tengah hari tadi tiba-tiba salah seorang kawan universiti text aku, mulanya elok bersembang dari satu perkara ke satu perkara, maklumlah dah bertahun-tahun berpisah, banyaklah cerita yang ingin dikongsikan. Tetapi aku agak tersentak apabila kawan aku tersebut meminta aku supaya tidak lagi memuatnaik gambar-gambar bercuti aku di facebook. Katanya tidak semua orang berpeluang merasa nikmat bercuti seperti aku. Aku agak terkesima, rasanya setiap orang ada hak untuk memuatnaik apa sahaja asalkan tidak melanggar hukum agama. Aku scroll down balik apa yang aku upload di facebook, rasanya tak adalah terlalu kerap sangat aku update status disana. memang aku akan post satu dua keping gambar di facebook setiap kali aku bercuti, tetapi aku cuma bercuti lebih kurang 2 bulan sekali bagi percutian didalam negara dan tidak lebih 3 kali setahun aku bercuti di luar negara dan tahun ini aku cuma bercuti sekali sahaja di luar negara dan 4 dalam negara. Dalam 4 tempat tu ada yang cuma day trip sahaja. so, selebihnya fb aku active dengan share artikel-artikel yang aku rasa menarik. itu sahaja.
Disebabkan kawan aku tersebut menegur aku, jadi mugkin jawapan aku mengguris perasaannya sehingga dia terus senyap hanya meninggalkan blue tick. Aku mengatakan pendirian aku tidak salah aku upload gambar seperti itu dan mengatakan situasi aku sama sepertinya, dia juga banyak upload gambar suami dan anak-anaknya dengan caption kebahagiaan di facebooknya. Tidakkah dia sedar bahawa hati aku juga terguris setiap kali gambar anaknya muncul di timeline aku?
Di usia aku yang menghampiri angka 30 ni, berapa banyak air mata aku jatuh sebelum ni kerana memikirkan kenapa dan mengapa aku masih belum mempunyai pasangan hidup. Aku cemburu bila kawan-kawan aku bahagia dengan keluarga masing-masing. Setiap kali annual dinner atau apa sahaja program company yang boleh bawa family, aku akan keseorangan. kawan-kawan sibuk melayan kerenah anak-anak, aku cuma dapat memerhati sahaja. sesekali melayan anak-anak kawan aku. barulah aku tidak rasa kesunyian. malah setiap kali aku bercuti di luar negara aku bukan boleh sesuka hati kesana, kawan-kawan aku dah berkeluarga. kena tengok time diorang free juga dan ada juga dah plan semua benda,tiba-tiba kawan aku pregnant dan kami terpaksa cancel trip.
tapi aku selalu ingat, Allah tidak kejam keatas hambanya, rezeki kamu mungkin pada anak-anak tapi rezeki aku bebas kesana sini tanpa komitmen. jadi buat apa kita nak jealous dengan rezeki orang lain. jangan tengok pada satu-satu part je, cuba muhasabah diri bila timbul perasaan cemburu dengan kawan-kawan kita. tengok apa benda yang kamu ada tapi kawan kamu tiada, insyaallah perasaan cemburu itu akan serta merta lenyap dari diri. itu selalu yang aku practice bila timbul rasa cemburu dengan kebhagiaan kawan-kawan aku. selain itu cara aku untuk rasa bahagia dengan travel dan berbelanja untuk diri sendiri. contohnya beli pakaian yang mahal sikit ataupun ke spa untuk facial/massage.
jadi aku memohon rakan-rakan diluar sana, janganlah ada sikap irihati dengan kawan disekeliling kita, cuba terima dengan cara yang positif. kamu tahu tak, aura yang kamu bawa tu akan mempengaruhi kehidupan kamu sehari-hari. jadi, tolong dan tolonglah buang sifat negatif tu jauh-jauh.
terima kasih.
– wani shamzi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit