JANGAN CEPAT MENGHUKUM

"Menghukum terlalu cepat"

Manusia yang digelar ustaz ekspress serta mempunyai ego yang tinggi selalunya akan cepat menghukum manusia tanpa menyelidik dan menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu.

Hal ini berlaku apabila seorang kawan aku berzina dengan lelaki lain, tapi dia mengaku bahawa dia telah berzina dengan seorang lelaki alim dan telah mengandungkan anak lelaki itu. Disebabkan dia ingin si alim itu menjadi pak sanggup dek kerana baik budi pekertinya, hensem raut wajahnya dan banyak harta bendanya, maka dia ceritakan kepada seorang ustaz glamour bahawa dia telah berzina dengan si alim itu.

Setelah ustaz glamour tu mendapat tahu mengenai hal itu, lantas dia update status di fb ibarat seorang hero "hari ini seorang penzina telah datang berjumpa saya…. Sekian sekian dan sekian. Akhir sekali janganlah ingat semua lelaki yang berkopiah dan berjubah itu adalah seorang yang alim. Boleh jadi mereka itu hanya berpura-pura sahaja". Selepas dia sedap menghentam si alim itu tanpa menyelidik dari kedua-dua belah pihak, beliau merasakan bahawa beliaulah yang menjadi penyelamat kepada wanita yang cantik itu. Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu…

Makin ramai kawan aku ceritakan bahawa dia telah berzina dengan si alim tu. Dia ingin mendapatkan simpati dan belas kasihan orang disekeliling dia untuk memaksa si alim itu menjadi pak sanggup terhadap anak dalam kandungan dia. Satu hari, ustaz glamour tu bertembung dengan si alim di masjid. Lalu dimarahi si alim itu akan cerita yang didengari. Si alim hanya berdiam. Dipenghujung cerita, si alim hanya bercakap… "Apakah engkau ingin merubah manusia atau ingin menghina manusia? Apakah engkau pasti cerita yang engkau dengar ini adalah cerita sahih? Dan adakah engkau pernah tahu bahawa wanita itu pernah berzina dengan ramai lelaki tetapi bukan aku? Selidik sebelum engkau menghukum. Assalamualaikum". Maka berlalu si alim itu keluar dari pintu masjid. Ustaz glamour itu masih dlm keadaan ego. Rasa serba salah ada. Tapi rasa ingin menghentam juga ada. Akhir sekali beliau mengaku bahawa beliau salah dan termakan dengan kata-kata kawan aku itu. Lantas dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Malu dirinya apabila dia menghemtam seseorang akan perkara yang orang itu tidak buat. Ibarat dia turut sama dengan kawan aku dalam menyebar fitnah.

Fitnah sekarang dimana-mana. Aku tidak mampu menghentikan mulut kawan aku. Kerana sudah banyak kali aku nasihatkan tapi tidak ingin didengari. Hanya doa aku mampu iringkan semoga dia cepat bertaubat.

– Thorbaikk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *