Assalamualaikum. Kebelakangan ini panas di media sosial kerana beberapa selebriti dan juga tokoh terkemuka seperti ‘melanggar SOP’, merentas negeri dan sebagainya.
Aku terpanggil berkongsi kerana, jelas terlihat akan ‘double standard’ dari segi SOP, penguatkuasaan undang-undang, hukuman dan tak terkira lagi.
Sakit mata dan panas hati ini. Tak perlu di senaraikan perbezaan pelaksanaan PKP antara marhaen dan juga KAYAngan ini, umum tahu.
Aku perhatikan bahawa orang KAYAngan dengan bebas terbang merentasi negeri. Menganjurkan majlis, tak pasti SOP dipatuhi. Tanpa bersalah mencanang perihal mereka di media.
Kami yang melihat terasa marah, kecewa dan sedih. Akibatnya, kami tidak percaya pada penguatkuasa yang juga ‘frontliner’. Kalau, marhaen yang buat, mesti kami sudah didenda, dikompaun dan juga diheret ke pengadilan.
Sebagaimana umum tahu, Malaysia di ambang ombak ke-4 Covid. Baru permulaan. Dijangka kes akan meningkat secara exponentially berdasarkan graf.
Sebagai marhaen juga, aku ingin berkongsi pemerhatian aku di negara India yang dikatakan sistem kesihatan mereka telah lumpuh.
Lihat saja perkongsian di YouTube di mana kekurangan bekalan oksigen dan juga katil pusat sakit. Biarkan golongan konspirasi dengan teori mereka.
Tapi, percayalah ini juga boleh berlaku di Malaysia. India mempunyai populasi billion manusia dengan ramai antara rakyatnya juga millionaire. Tak kurangnya billionaire di India.
Tahukah marhaen semua, sebilangan orang-orang terkaya ini lari meninggalkan India dengan menaiki jet peribadi ke luar negara? Mereka meninggalkan rakyat-rakyat marhaen melawan dan menghadapi kesan buruk penularan Covid19.
Tahukan marhaen semua, sekiranya situasi cemas di India berlaku di Malaysia. Aku tak hairan mereka berbondong-bondong tinggalkan Malaysia. Sama seperti yang dilakukan oleh jutawan-jutawan di India. Siapa tinggal bertarung di sini?
Marhaen semua, sedarlah. Sekiranya ini berlaku di Malaysia, aku kira ramai orang-orang kaya di Malaysia akan berbuat benda yang sama.
Ini adalah peperangan antara hidup dan mati. Siapa yang mempunyai kelebihan semestinya akan berbuat yang terbaik untuk hidup. Ini adalah ‘survival to the fitness’. Yang kalah terkorban. Yang menang hidup gembira selamanya.
Tahukah marhaen semua, sekiranya di zaman tanpa Covid, sekiranya pesakit mempunyai kenalan ketua pusat sakit atau orang berkepentingan seperti VVIP, secara automatiknya semua kakitangan pusat sakit adalah hamba pesakit itu.
Semua kemahuan perlu diturut hatta yang paling keterlaluan. Percayalah, aku pernah berada di sana. Percayalah, bahawa, mereka sanggup buat benda yang sama ketika krisis Covid.
Di zaman Covid, aku kira, semua KAYAngan dan juga mereka yang rapat dengan KAYAngan akan menggunakan semua kabel yang ada untuk memanipulasi keadaan pusat sakit.
Sekiranya KAYAngan diberi layanan dua darjat bila melakukan kesalahan, pastikah mereka berpuas hati sekiranya perlu mendapat layanan kesihatan sama dengan marhaen semua?
Tidak sama sekali. Sekiranya, ada 2 pesakit (1 pesakit marhaen dan 1 lagi KAYAngan) untuk hanya 1 katil ICU, siapa yang akan menghuni katil ICU tersebut? Aku tak pasti.
Tapi aku pasti, semestinya pihak kesihatan yang berjuang untuk dijalan yang benar akan ditimpa kesusahan. Kerana?
Anggota kesihatan akan dikunci mulut, tangan diikat, dan mata ditutup. Dari segenap arah. Atas dan bawah. Tiada pembelaan. Sama seperti pihak kesihatan disalahkan kerana seorang ahli politik tidak kuarantin diri.
Sama juga berlaku bila ada whistleblower di kalangan kesihatan tentang ahli politik yang dirawat di dalam wad kerana covid di sebuah negeri.
Tekanan hebat akan diberikan sekiranya seorang KAYAngan tidak mendapat rawatan maksimum yang boleh diberikan (berbeza dengan rawatan yang sewajarnya yang perlu diberikan).
Muak rasa bila ada golongan KAYAngan ni menghuni katil pusat sakit. Kerana semua kakitangan dipandang rendah. Kakitangan hamba mereka. Sekiranya tidak berpuas hati, complaint akan cepat sampai ke ketua atau orang atasan yang lain.
Aku rasa mereka sanggup membeli ventilator sendiri, malahan mengupah doktor dan juga kakitangan sendiri untuk kelangsungan hidup. Adakah kita mampu seperti mereka?
Aku tidak mampu. Tapi percayalah, ada duit semua pun boleh buat. Setakat tangki oksigen, aku tak hairan kalau mereka borong untuk kaum keluarga mereka. Sedangkan giliran vaksin pun boleh potong frontliner. Apa lagi tinggal untuk marhaen?
Maka, aku seru semua patuhilah SOP. Jaga diri sendiri. Kerana aku percaya, tiada siapa pedulikan marhaen. Biarkan KAYAngan dengan langit mereka sendiri. Kerana, mereka diberi keistimewaan tertinggi sekiranya dijangkiti covid.
Pedulikan cara hidup KAYAngan kerana kita, marhaen tidak pernah setaraf mereka. Sakit mereka sekampung malahan senegeri akan kisah. Tapi, sakit seorang marhaen, tiada siapa yang peduli.
Mungkin mereka kebal di dunia. Tapi, kita kena ingat bahawa dunia tak pernah adil. Yang adil, di akhirat sana. Adil dan saksama. Neraca timbangan masing-masing. Syurga dan neraka jelas. Biarlah Allah SWT mengatur sebaik-baik pembalasan.
– Marhaen juga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit