Jangan Kahwin

Tq admin sudi post.

Tajuk post bukan nak kondem sunnah tapi adaklah untuk sama mengingati.

– Jangan kahwin kalau kau masih tak yakin Allah itu Ar-Razaq.
-Jangan kahwin kalau hubunganmu dengan Allah rengang.
-Jangan kahwin kalau kau merasa tidak redha dengan hidup sedang Allah ada.
-Jangan kahwin kalau niat hanya untuk dunia.

Sebab apa? Sebab rezeki utama ialah daripda Allah.. Kau lihat orang berjaya masa kini, jutawan berapa banyak semua jadi kaya sebab apa? sebab mereka jaga hubungan dengan Allah, mereka jaga solat. mereka utamakan Allah. jadi kalau masih rasa takut tak stabil takde rezeki tak yakin dengan rezeki Allah jangan kahwin dahulu. Baiki hubungan dengan Allah dahulu. Baiki hati dahulu.

kalau hubungan dengan Allah renggang, jangan kahwin, kerana kahwin kita nak bina rumah Allah. kalau nak bina rumah ALlah tapi hubungan tak baik agak2 rumah tu tak roboh ke? Ibarat kau kontraktor lepas tu dapat projek bina rumah sipolan, pastu kau bagi pulak layanan tak baik ngan sipolan. nak ke sipolan bagi ko projek tu? tak kan.sebab hubungan kau ngan dia dah renggang. macamtulah kau nak bina rumah Allah tapi hubungan kau renggang dgn Dia, agak2 dia bagi ke kau bina rumah dia? tepuk dada tanya iman.

kalau kau masih persoalkan pada Allah kenapa begini, kenapa begitu, dan sebagainya, lebih baik hold rasa nak kahwin. biarbetul2 hati berserah pada Allah istikharah istisyarah dll baru kau kahwin. kita hidup ni nak cari redha Allah bukan redha manusia.

paling penting, niat kau kahwin. nak kahwin sbb apa? sbb kawan ramai kahwin> trend? hati teringin? kau kahwin nak pemes? nauzubillah. stop thinking that. takut2 nanti niat kita begitu dapat lah setimpal. biar niat kahwin sebab kita nak rapat dengan Allah, sebab dengan bina rumah Allah nak berubah lebih baik, lebih soleh wa solehah, nak bina bait muslim, nak bina rumah yang adanya sakinah mawaddah wa rahmah. nak timba ilmu bersama, takut Allah tak pandang kalau kita tak halalkan apa yg haram. cukup yg tu. yg penting jangan kahwin kalau kau nak dunia semata. titik.

so guys, kita ni Allah cipta ada fungsi. Kalau setakat hidup point utama nak kahwin, kau jgn lupa malaikat izrail datang bila2 masa. Tup2 esok lusa mati dtg jemput sebelum kahwin kau masih nak fikir kahwin jugak ke? bukan nak bash org yg berfikiran mengikut snnah nabi. Allah hantar rasul sebab nak betulkan kita. salah satunya cara hidup muslim untuk berkahwin. mmg digalakkan sangatlah sunnah ni. tipu kalau cakap saya tak fikir, saya pun manusia, tapi melihat generasi masa kini yg lebih byk brfikir soal jdoh berbanding kematian dll.. sedih tu takyah cakap. Penyakit Al-Wahan ni payah nak basuh dari hati umat akhir zaman.

Buat rakan2, fungsi kita sebagai manusia untuk beribadah kepada Allah. Dia nak kita jadi khalifah atas bumi. so sekarang kita cubalah jadi khalifah. esok2 dajjal datang nak lawan dengan apa kalau iman kita ni nipis tipis. Hanya dengan bantuan Allah lah kita mampu menolak fitnah dajjal.. Sebab tu perlunya kita baiki hubungan dengan Allah. kau carilah Dia, insyaAllah jumpa semua.

– flower

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *