Jangan malu isteri suri rumah!

Assalamualaikum wbrkth. Salam Ramadan Kareem buat semua. Ramadan yg berbaki ni jom kita pulun sama2 utk melipatgandakan amal ibadah kita.

Alhamdulillah sekali lagi ku tujukan buat penguasa alam semesta kerana masih dipanjangkan usiaku utk berkongsi di sini. Dah lama sebenarnya aku nak meng"confess" di sini dan kalini ku beranikan diri utk mencoret kerana cintaku pada isteriku. Hahaha. Tetiba kan? ?

Ok. Straight to the point. Isteri aku ni seorang suri rumah. Ya, memang aku bangga dan bahagia sebab isteri aku seorang rumah. Rata2 aku jumpa kawan2 laki aku memang aku perasan ada yang malu nak beritahu isteri dorang HANYA suri rumah!

Aku pun kadang tak paham kenapa malu sangat nak cakap sedangkan bagi aku seorang wanita ni sebenarnya bukan mudah mereka nak buat keputusan untuk menjadi suri rumah. Seriously aku cakap bro!

Duduk 24jam sepanjang masa dgn anak bukan satu tugas yg mudah bro. Kalau tak kuat mental, memang kacau, memang boleh sengal sengal ubi suri rumah ni. Yela.. cuba kau fikir, menghadap aktiviti yg sama sepanjang hari especially part anak. Kau pernah kan dengar anak kau menangis tanpa henti, tu kau baru dengar kejup lepas kau balik kerja? Kau ada fikir wife kau menghadap anak2 dari pagi? Pffftttt. Aku memang sound je if kawan2 aku slow slow bagi tahu wife dorang ni suri rumah.

Apa kau tak bangga ke anak2 kau dibesarkan dengan tangan wife kau sendiri? Apa kau tak bangga ke wife kau sendiri yang tgk perkembangan anak kau hari2? Dari tak pandai cakap sampai dah boleh sebut ABC? Dari makan bersepah sampai dah pandai suap makan sendiri? Semua wife kau yang ajar anak kau bro.

Aku sendiri kadang kagum tengok wife aku sambil dukung anak boleh buat macam2 kerja. Dah macam super power dah wife aku ni. Kadang dah macam ahli silap mata pun ada. Sekelip mata siap semua. Hahaha. Multipurpose tu jangan cakap la. Kadang sampai aku plak yang cakap dekat dia yg mana aku boleh buat, tinggalkan je biar aku buat tak payah nak jadi catwoman sgt. Wakaka.

Aku faham bukan semua suri rumah ni rajin, memang ada yg jenis goyang kaki dan membongak dekat rumah. Cukup bulan nak suami bagi duit. Ya, aku tahu memang ada. Yang jenis gini pun aku tak paham, memang genetik atau keturunan pun aku tak pasti. Hahaha. Tapi bawak2la insaf, pintu keinsafan sentiasa terbuka. Ambil peluang la jadi isteri yg berbakti.

Sebab tu isteri aku selalu cakap, jadi suri rumah ni ikhlas tu penting. Sebab kalau tak ikhlas, akhirnya kita akan mengungkit dan mula menyesal. Aku paham dengan keadaan ekonomi yg macam sekarang ni ada juga isteri aku suarakan pada aku utk bekerja, dan akhirnya dia sendiri akan cakap takpelah, saya nak besarkan anak2 dengan dua tapak tangan saya ni sambil dia tunjuk tapak tangan dia kat aku. Moment ni memang sweet sgt bagi aku. Sebab bagi aku isteri aku memang sedaya upaya nak yg terbaik utk kami sekeluarga.

Terus terang aku cakap, gaji aku tak besar mana..tak sampai 2k pun. Dengan komitmen yg pelbagai, memang duit sangat deras keluar macam air terjun yg mencurah. Memang terkadang terasa sakitnya tapi alhamdulillah, duit cukup utk aku, isteri dan anak2.

Life kami pun bukan 100% perfect, sesekali berperang jugak kami. Tapi kami memang takkan terbawak bawak emosi lebih dari satu hari. Sebab aku tak nak nanti jadi wabak dan alhamdulillah wife aku ni pn jenis cepat sejuk. Aku cuit cuit sikit dia dh senyum.. kadang kadang aku akan biar dia nangis sampai kesudah sebab aku perasan tu cara dia nk lepaskan segala kekusutan dia.

Jadi suri rumah ni lain, sebab tu kalau ada peluang, hujung minggu korang bawak dorang pergi jalan, tak payah hujung minggu, hari2 yg ada pasar malam ajak je dorang pergi cuci cuci mata, dorang pun nak life luar kotak juga. Lain bro bila dorang dapat keluar ni. Trust me. Hahaha. Isteri aku kalau dapat keluar, perghhhh senyum dia. Melereeeeet. Hahaha.

Wife aku ni jenis kreatif dan inovatif, dia pandai buat side income sikit, so Alhamdulillah memang sangat membantu. Aku memang bersyukur sebab Allah anugerahkan aku wanita sesado wife aku ni..

Aku juga bersyukur dapat mak mertua yang selalu support isteri aku judi suri rumah walaupun mak mertua aku ni seorang yang bekerja dulu. Wife aku ni degree holder dan dapat tawaran kerja bersepah2 yg melebihi gaji aku pun ada. Huhuhu. Kadang aku risau jugak sebab ada jenis parents nak anak dia bekerja bila dah "penat belajar". Aku faham.

Aku tak pernah paksa langsung wife aku jadi suri rumah. Yg selalu berhajat sangat wife aku jadi suri rumah is mak mertua aku. hahaha.
Mak mertua aku ni dgn slumber bagi tahu wife aku "Org yg menentang Islam akan mula risau, bila wanita2 Islam ni mula duduk di rumah dan mengasuh sendiri anak2". Pergghhh, ayat ni memang menusuk kalbuku. Mengasuh tu deep maksud dia. Mengasuh ni bukan kita biar je anak2ni. Hadam maksud mengasuh tu.

Aku tahu ada yang nak sangat jadi suri rumah tapi belum berpeluang. Bagi wanita yg berkerjaya yg jenis suka memperlekeh suri rumah ni, aku doa moga korang diberi hidayah.. kau ingat suri rumah sekarang low class? My sister yang ada phd pun jadi suri rumah. So what? ?

Kalau kau kerja sebab nak please & kagumkan orang dengan jawatan kau, kau boleh jalan dengan belagak kau tu.

Buat suami2 seangkatan denganku yang memiliki isteri seorang rumah, just be proud with ur wife. Ingat bro! Kau untung dapat dia dan kau kena buat dia berasa untung yg dia dapat kau juga bro. ?

– Mr Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Kudos to u brother..
    Aku, kje biasa2 je & lepas raya akan jd suri rumah sepenuh masa & i’m 10000% psti akan ada yg berbunyi bila aku tak bekerja, menyusahkan laki aku, perabih duit dia.. tp bila kami susah, aku sama2 dgn dia, yg mulut pertikai aku kje apa tu, haram tak bantu..
    Aku tak harapkan bantuan org, tp mulut yg jenih pertikai ni sembang lebih mcm aku yg kena tanggung keluarga pulak..
    And also, big thanks to u bro, sbb bg aku idea untuk bidas mentaliti sempit diorang

  2. Alhamdulillah, me housewife too.

    “No matter how big your house is, how recent your car is, or how big your bank account is. Our graves will always be the same size. Stay humble.”

  3. Bagus bro, suami sy camtu..I’m also degree holder…tp sy nak jd housewife n suami galakkan
    .mengasuh n memdidik anak2 ngan tgn sendri, ketawa, menangis, stress mental n fizikal sy dah rs spanjang membesarkan anak (bkn nak merungut tp nak bgtau btp beratnya tanggungjwb jd housewife)…alhamdulillah sy bahgia ngan kerjaya sy.
    Sepatutnya lelaki2 di msia ni berpikiran mcm bro…sy amat bersetuju ngan kata2 ibu mertua anda…semoga beo bahgia bsama2 isteri n anak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *