Jangan Membenci Nanti Suka

Kisah ini bermula masa aku form2. Aku satu kelas dengan seorang budak lelaki ni aku namakan dia Hailam, bukan nama sebenar tapi nak dekat sama. Aku satu kelas dengan Hailam ni dari form1 tapi tak lama dalam tiga bulan cikgu tukarkan kami kelas lain sebab keputusan exam.

Masa form2 aku sekelas dengan dia dan cikgu letakkan aku dengan Hailam ni satu kumpulan dalam kelas. Masa satu kumpulan dengan dia tu dia selalu kacau aku, sakat aku hari-hari sampai aku nak marah pun ada juga tapi sabar jelah.

Sepanjang tahun tu aku memang tak suka dia, yelah sebab perangai dia tu yang membuatkan aku benci dengan dia dulu.

Dipendekkan cerita sepanjang umur aku 14 dialah orang first yang aku benci seteruk macam tu, tengok muka pun rasa menyampah.

Hari-hari aku cerita dekat kawan baik aku, aku namakan dia Kuntum. Aku cerita dekat Kuntum ni aku tak suka dengan perangai Hailam ni. Kuntum ni pun satu kelas dengan aku juga dan dia pun selalu nampak aku selalu kena kacau.

Bulan Oktober masa aku form2 aku tersuka dia. Tak tahu perasaan tu datang secara tiba-tiba tanpa sebab. Jujur la aku katakan aku memang tak pernah bagitahu kawan-kawan aku yang aku ada someone yang aku suka.

Bulan Oktober tu juga exam akhir tahun meja dia belah aku time exam tu. Tapi time ni aku suka dia ala kadar gitu je. Tapi dia ni buat exam laju aku tak tahu la dia ni memang pandai semulajadi atau dia tak buat soalan dalam kertas exam tu.

Aku ingat lagi lepas sebulan habis exam akhir tahun cikgu tentukan kelas untuk tahun seterusnya iaitu kelas untuk form3. Time ni rasa sedih sikit la sebab tak dapat satu kelas dengan dia.

Aku skip form3 sebab tak satu kelas dengan dia. Masuk je form4 cikgu letakkan aku di kelas pertanian dan SRT dan Hailam ni diletakkan di kelas tasawwur dan Seni. Aku memang dari form3 nak ambik kos tasawwur ni.

Masa daftar untuk form4 aku terkejut tengok nama dia ada dekat kelas yang aku nak. Jadi masa orientasi form4 tu aku minta dekat cikgu nak tukar kelas tasawwur ( ingat. bukan masuk kelas ni sebab ada dia eh).

Baru hari first day aku dah masuk kelas tasawwur tu aku dah kena aim dengan si Hailam ni. Dia dah start kacau aku masa tu. Satu kelas dah tau benda ni semua. Cikgu pun dah tahu dah. Bukan setakat dalam kelas je dalam group whastsapp pun sama.

Dalam masa terdekat tu juga sekolah aku ada buat merentas desa, balik dari dari merentas desa tu dia ada post gambar dia dengan awek dia. Awek dia ni muda setahun daripada umur aku. Aku fikir dia single lagi lah.

Bulan Mac and masa tu first PKP. Tak sangka la PKP lama macam tu. Aku tak ada lah sangat nak jumpa dia masa tu just bosan duduk rumah menghabiskan beras mak bapak aku.

Dari bulan Mac sampai bulan Julai PKP. Hujung bulan Julai macam tu sekolah start balik. Tapi semua kena pakai mask duduk pun meja jarak-jarak. Rindu pula masa ni, masa ni la aku start main PUBG.

Waktu aku main PUBG tu aku ada juga post dekat status whatsapp and masa dekat sekolah dia selalu tegur aku mahu ajak main sama.

Masuk form5 pula sekolah jatuh bulan 4 sebab covid. Dan ya aku masih lagi suka dia.

Ada pernah sekali tu bulan puasa dia tengok je aku and aku cakap dekat dia “kau ni puasa ke tak” dan dia balas “puasa” aku pun cakap “jaga la pandangan tu” terus sentap satu kelas waktu tu cikgu pun gelak tengok telatah kitaorang masa tu.

Lepas tu raya macam biasa la dia mesti post gambar awek dia dekat status siap matching warna pula tu. iam okay iam fine.

Ok, itu bukan hak aku untuk menghalangnya.

Ha lepas beberapa bulan macam tu masuk sekolah untuk form5 je kalau korang ingat masa covid form5 akan start sekolah dulu daripada form lain.

Masa ni dah start cuti bergilir kelas aku dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan A dan kumpulan B. Aku berharap aku satu kelas dengan dia time tu. And ya aku satu kelas dengan dia time tu.

Cikgu letakkan aku bassed on kerja seni. Kitaorang group A buat pembungkusan makananan. Kumpulan B buat catan…ala yang lukis atas canvas tu.

Lepas beberapa minggu dah start trial SPM. Cikgu aku cakap “takut batch kamu ni tak ada SPM buat trial ni betul-betul”.

Lepas beberapa bulan dimana aku dan classmates aku semua SPM. Macam tak percaya je dah SPM. “SPM pro-max bak kata warga tiktok” gitu.

Bulan depan tu dah start puasa dan lepas tu raya. Aku terkejut la dia post gambar awek baru dia dekat story instagram dia. Aku tak tahu awek dia orang mana tapi diaorang ni LDR. Haih cepatnya kau dapat pengganti.

Bulan Jun result SPM dah keluar. Tak dapat jumpa yang lain sebab selebihnya kerja. Dapat la jumpa Hailam ni walaupun sekejap.

Aku memang expect waktu tu last aku jumpa dia walaupun jarak rumah aku dengan rumah dia tak sampai 10 minit pun and memang dekat gila rumah aku dengan rumah dia. Kah tak adalah dekat sangat taman sebelah je.

Bulan Ogos tahun yang sama dia tukar profile instagram dia gambar dia dengan awek dia yang first aku cerita tu. Masa tu aku tengok jelah kan dalam hati siapa je tahu. Aku memang tak cerita dekat sesiapa benda ni. Termasuk member aku.

Masuk la tahun 2023 aku masih lagi suka dia. Bulan Mei dia tukar nombor baru, aku beranikan diri dm dia dekat IG and dia bagi nombor dia. Dapat la juga tengok status.

Bulan jun aku dengan tiga orang member aku baru lepas balik jogging. Macam biasa dorang akan lepak depan rumah aku. Tengah-tengah borak tu ada seorang member aku ni, aku namakan dia Hanis. Hanis ni tanya aku “kau suka siapa”.

Aku memang nak cakap “tak ada” yelah sebab aku tak ready lagi dan tak nak bagitahu aku ada someone yang aku suka. Belum sempat aku membela diri aku Hanis ni terus sebut nama Hailam ni. Terus terkejut aku time tu. And aku cakap “ya”.

Member aku semua terkejut. Tapi macam mana dia boleh tahu sedangkan aku tak pernah buka cerita atau cerita dekat sesiapa pasal Hailam ni.

Kawan aku ni suggestkan aku pergi confess dekat dia. Tapi masa tu aku tak ready lagi. Ok bagi aku masa kejap.
Masa ni aku tahu dia ni single lagi. Tarikh 16/8/2023 tepat jam 18:12 petang aku beranikan diri confess dekat dia.

Don’t ask me mana aku dapat keberanian aku, mujurlah dia tak marah aku waktu tu. Aku sedih la juga sebab ayat dia macam reject aku waktu tu tapi dalam masa yang sama aku lega dapat luahkan isi hati aku ni yang aku dah pendam selama 4 tahun berapa bulan tah.

Tapi jujurlah aku katakan dia masih sayangkan masa lalu dia. And dia nak sangat masa lalu dia datang balik dekat dia. Aku ni manusia tak boleh buat apa just admire him from afar.

Tapi aku confess bukan untuk couple ke apa. Just nak dia tahu. Tapi aku harap la dia tahu niat aku ni takut dia salah faham pula.

Tapi aku harap dia tak marahkan aku la. Niat aku bukan jahat. Aku tahu bukan aku yang dia nak. Aku nak cakap satu, jujur la aku katakan aku takut hilang kau. Aku rindu dekat kau, aku rindu semua telatah kau masa sekolah dulu, aku sayang sangat dekat kau.

Maafkan aku ya Allah kerana mencintai ciptaan mu ini daripada mencintaimu. Tapi aku kalau keluar pergi mana-mana aku harap sangat dapat jumpa kau terserampak pun jadilah. Tapi kau mesti tak nak jumpa aku kan? Tak pe aku faham.

Buat masa sekarang aku hanya berdoa semoga Allah bukakan hati kau untuk aku. Aku nak sangat kau jadi teman hidup aku. Allah sayang sangat dekat aku tu sebab dia uji aku macam ni. Allah pun sayang dekat kau kan tu sebab dia uji kau. Baliklah Allah rindu.

– Dorami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *