JANGAN MUDAH ADILI MASA DEPAN SESEORANG

Thanks admin approve. Honestly aku kata masa sekolah dulu aku ni bongok sikit la.Result aku takdela gempaks gilo meletups.Result aku biasa2 je.Asal balik dari ambik result mesti aku kena menghadap mak bapak aku yang akan membebel pasal keterukan result aku.Tapi masa SPM result aku teruk la.sebab aku tak suka aliran science.Ayah aku paksa aku kekal dalam kelas sains macam yang sekolah tetapkan.Mak aku okay je kalau aku nak tukar.. Disebabkan tak minat, aku dapat keputusan pun cukup2 makan jelah untuk subjek2 cam biologi,fizik and addmaths.Tapi chemistry aku G.danggg! Balik? confirm laaa aku menangis terus blah daripada sekolah and lepak sorg 2 kat satu tempat sebelum balik umah.Bersiap sedia nak kena bebel dengan ayah aku.HAHA.dalam proses nak kentalkan telinga.Dah cikgu tu ajar pun tak best.Aku tido la dalam kelas dia.Takpun lukis bintang banyak2 atas kertas.padan muka aku .Hmmm.So bila balik seperti yang dijangka aku kena bebel.4 hari aku tak bercakap dengan ayah aku. Sebab aku rasa ayah aku ah punca aku tak perform. So lepas aku dah muhasabah tu, aku minta maaf dgn ayah aku.Ayah aku mintak aku ambik form 6. So aku pun turutkan je sbb aku rasa ni mungkin takdir aku. So, aku pun mengharungi liku-liku life form 6 yang kerja kursus 10 kali kena reject.Susah gilos tu.Tapi aku bertabah demi dua2 org cinta hati aku which is mak ayah aku.And akhirnya aku dpt gak result stpm aku.Tak gempak jugak tapi cukup2 makan la. Alhamdulillah.Sekarang aku tgh mengusahakan aku punya homemade cakes,cookies,bun and pastri termasuk jugak pau frozen aku.Aku dari sekolah rendah meniaga kek kat sekolah.So org nampak muka aku ni muka kek and biskut la.Lepas STPM ni aku banyak mengembangkan lagi perniagaan aku.Aku berkolaborasi dengan mak aku dalam kembangkan perniagaan ni and alhamdulillah ada sambutan.Dalam masa sehari aku mampu raih dalam RM50.Kalau ada rezeki lebih tu ada la dalam rm150 sehari.Bila sebulan,sebenarnya lebih daripada gaji yang dpt dengan result aku ni.Yang penting,usaha.Aku percaya ada ganjaran dari Allah untuk hamba yang berusaha. Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang aku ada skrg ni.Aku pun baru2 je lagi aktif dalam dunia perniagaan ni. Cuma nasihat aku untuk adik2 kat luar sana, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Yang penting, usaha usaha dan terus usaha. Down sekejap.Pastu bangun balik! Allah kurniakan setiap orang lain kelebihan dia. Sentiasa yakin dengan Allah.Kau ignore je mulut2 puaka yang kata korg ni takde masa depan,budak bodoh ke apa. Dorg bukan Tuhan untuk adili apa yang jadi pada korg utk masa depan.Allah knows the best.Dulu ada je classmate hakak yang dengki dengan hakak hasut kawan2 hakak kata yang akak ni takde masa depan.Masa depan hakak gelap gulitas.Tapi at last kawan hakak yang "geliga" tu skrg dah pun menamatkan pembelajarannya di salah sebuah IPTA untuk sekerat jalan.Tak habis pun. So, untuk yang senasib macam hakak,jangan mudah mengalah.Bak kata jep sepahtu, "Rahmat Allah tu luas".Usaha cari apa kelebihan yang korg ada and keep on belajar benda yang baru walau rezeki bukan di IPTA atau IPTS. Mintak kerja dekat tempat machine and belajar selok belok baiki machine tu pun kira ilmu tau.Mana tahu nanti boleh bukak perkhidmatan baiki machine bawah syarikat sendiri pulak.haaaa. untuk kawan2 yang mmg pandai and result cun and mak cik2 yang anak2 nya meletopz resultnya,teruskan menyokong and support kami2 yang tak seberapa ni.Jangan hina.Jangan la kata "Ohh i'm studying in IPTA yang terkenal.What!You kerja? Oh gelapnya future you.ahaks".Supportlah kami yg low2 ni.
Sekian.

– Cik Awan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *