Jangan pernah berhenti belajar apa yg korg minat. Even course yg rare, jarang org kenal, diperlekeh masyarat. Just do what you love. Jgn dgr bunyi tin kosong. Sbb nnti korg sendiri yg kena hadap semua, bukan org lain. Biar nnti korg tak menyesal apa yg korg pilih untuk hidup korg sendiri.
Mcm aku, aku pilih bidang perhutanan. Mesti ramai yg tak pernah tahu bidang perhutanan nie wujud sebenarnya. Ramai yg tanya, kenapa ambik perhutanan? Nak kerja apa nanti? Ranjer? Tebang pokok ka? Perempuan boleh ke kerja dlm hutan? Nnti kau kawan dgn org utan la? (Yes, aku pernah jaga org utan. Org utan lagi senang nak handle dari manusia) . Well, semua keluar dari mulut org yg tak tahu pape psl perhutanan. Aku tak marah sbb diorg taktahu apa apa and diorg curious budak mcm aku masuk dlm bidang perhutanan. Fyi, bidang perhutanan nie sgt luas. Semua boleh masuk, bukan tebang pokok semata. Aku tak pernah rasa rendah diri even kdg diperlekeh masyarakat. Malah rasa bangga budak perempuan bandar terlibat dlm perhutanan. Biasa org tgk gadis urban nie duduk dlm shopping mall dress up cantik cantik tp tak kemana pun. I dare to be different. That who i am and im proud of it. Belajar pun rasa enjoy, takde rasa terbeban. Bersyukur sgt Tuhan bagi rezeki aku dkt sini. Kalau bukan kami. Siapa lagi yg nak jaga hutan?
Lagi satu nak pesan. Trend skrg nie pergi hiking sana sini konon nya suka advanture and LOVE NATURE kononnya. Aku nak tegur sikit. Tak salah nak menikmati alam semula jadi. tp please hargai keindahan alam yg Tuhan beri. bukan sekadar panjat gunung, bergambar dgn post kat instagram semata demi like sedangkan korg dah bunuh biodiversity yg ada dkt hutan tu termasuk microorganism yg korg tak nmpk. Tahukah korg sebenarnya telah mengganggu sistem ekologi dlm hutan tersebut hanya dgn berjalan dlm hutan serta memijak anak anak pokok yg ada tanpa korg sedar. Belum masuk lagi korg tebang pokok, buat unggun api, buang sampah merata (yg nie paling tak boleh diterima)
So kalau nak hutan tu masih wujud. Kita peliharalah sama sama untuk masa depan anak cucu cicit kita. Jangan mereka hanya kenal hutan besi dan batu sahaja. Ikhlas daripada #budakhutan
– Seorang wanita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit