Jangan Sesekali Lupakan Pertolongan Orang

Assalamualaikum, terima kasih admin approve dan siarkan nukilan aku. Bila hampirnya raya, bila tibanya hari ibu, bila tibanya birthday mak aku, mesti aku yang terkilan lebih.

Ceritanya bermula bilamana aku berkenalan dengan seorang lelaki ketika aku di asasi. Orangnya bijak, menghormati orangtua dan sopan. Dah setahun kami kenal, barulah aku tahu yang dia ada masalah keluarga. Yes, keluarga dia kekurangan harta, kekurangan kasih sayang. Sampaikan dia sendiri stress masa belajar. Tapi result dia selalu gempak.Kalau nak tahu, UPU pun aku yang tolong carikan maklumat, bagi cadangan course apa sesuai dengan minat dia, everything. Sebab… keluarga dia tak amik berat. Untuk hilangkan stress, kawan aku berkerja di sebuah restoran makanan segera. Ada duit poket tu boleh la dia topup duit minyak motor dengan kumpul untuk perbelanjaan masa masuk universiti nanti.

Kemuncak kesedihan yang sangat kritikal bilamana kami sama-sama berjaya habiskan asasi dengan keputusan yang cemerlang (dia 4flat dan aku hampir 4flat). Kau tahu kan perasaan gembira tu macam mana? Dan kami dapat kos yang kami mohon dulu. Alhamdulillah. Apa yang sedih? Dia tidak mampu untuk bayar yuran pengajian berjumlah ribuan. Kos engineering kan. Mahal sangat nak dibandingkan dengan aku yang hanya berapa ratus je. Menangis dia call aku sebab dia tak mampu, mak ayah tak support. Aku takboleh la nak sedih sorang-sorang then aku cerita dekat mak aku. Muka mak aku berubah. Mak aku sanggup nak tolong bayarkan yuran dia.

Kau bayangkanlah effort mak aku, tolong anak orang lain, call uni tu nak tanya boleh ke bayar ansur-ansur semua tu, tapi mak ayah dia sikit pun takde buat macamtu. Masa tu memang aku marah. Kenapa mak ayah dia tak fikir masa depan dia? Mak aku cakap mak aku orang susah masa kecik, mak aku faham sangat perasaan nak belajar tapi tak mampu. Then mak aku bagi duit untuk dia belanja barang. Alhamdulillah, dia dapat masuk universiti. And guess what? Dia dapat full JPA. Masyuk nak oiiii. Dengan duit JPA tu dia bayar balik duit yang dah dia guna.

Aku sangat gembira kami dapat masuk universiti. Hari-hari dia berterima kasih dekat mak aku. Tanya khabar tu tak pernah putus. Tapi tetiba dia dah tak macam dulu sejak kami dah lama tak contact. aku tak kisah kalau dia tak contact aku tapi please kau kena ingat sape yang tolong kau masa kau susah.

Mak aku pun ada cakap, dia dah tak contact mak aku, dah tak tanya khabar dah. Kalau dlu ada la dalam sebulan sekali. Dlu rajin cakap "Selamat Hari Raya makcik" "Happy birthday Makcik" "Selamat Hari Ibu, Makcik". Aku stalk dia. Amboi kemain kau bahagia dengan awek tapi mak aku kau lupakan. aku kekadang mengukitlah jugak kenapa dia lupa mak aku macamni. Dah senang terus lupakan mak aku, tapi mak aku cakap sabar. Kita kena ikhlas tolong dia.

bagi aku kau macam gunakan effort mak aku, gunakan duit mak aku, gunakan simpati kau supaya aku turut kesian dan tolong macam-macam. Kalau kau baca confession ni dan kau rasa confession ni appointing kau, yes aku sampai sekarang hilang rasa simpati sebab kau buat mak aku macamni.

Kita ni sepatutnya jangan sesekali lupa siapa yang tolong kita masa kita jatuh. Toleh belakang bila kau dah berada di atas. Takpayah nak pegang sangat dengan ayat "Jangan toleh belakang dan terus maju ke hadapan"tapi kau kena toleh ke belakang untuk scan kembali siapa yang ada dekat sisi kau dulu. Jangan jadi macam kacang lupakan kulit.

– KawanLama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Maaf ckp, seumur hdup seorg yg sya knal ni dihabiskn dgn tlg org sb itu hobi diapun, tp jika ditanya ttg kebaikannya, dia slu anggap kesempatan itu anugerah allah yg tdk tnilai, jd tdk perlu diungkit sb di sisi allah semuanya sdh sempurna.. Hrp adik ini phm, allah ada jika kita benar ikhlas..

  2. Bersangka baiklah.. bila dah tolong org tu.. ikhlaskan lah.. tak perlu ungkit2.. past is past.. xpe.. kita ikhlas.. insya Allah akan beri ganjaran yang lebih baik.. biarkan lah dia dengan kehidupannya.. angap la itu rezeki dia yg Allah dah tentukan.. jgn lah awak nak berdendam atau rasa benci.. nanti perasaan tu mendarah daging pd diri kita.. lepaskan.. relakan..ilhlaskan.. mgkin Allah nak bantu dia sambung belajar sblum ni… tetapi Allah makbul doa dia dengan menghantar ibu awk sebagai org tgah.. mgkinnnn

  3. Kite tolong orang kerana inginkan keredhaan dari Allah. Tak perlu nak ungkit. Manusia memang pelupa. Nikmat dari Tuhan pun kita boleh lupa, pertolongan dari manusia lain macam mana pulak?
    So sebelum kita bertanya kenapa orang lain lupakan jasa kita, kita kena bertanya kepada diri sendiri, adakah kita cukup bersyukur kepada Tuhan?
    Fikirkan.

  4. Ada setengah org bkn sj lupa malah aniaya blk org yg pernah tlg dia. Gtulah manusia, kita hanya nmpk raut wajahnya tp hatinya hnya Tuhan saja tahu

    Maka ikhlaskanlah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *