Jannah Is Waiting For You

Salam Ramadhan semua. Malam aku nukilkan ini pada malam ketiga Ramadhan. Rasa bersyukur kerana masih menjadi orang terpilih untuk berada dalam bulan Ramadhan. Kenapa kena rasa special?

Sebab ada satu kisah diceritakan dimana seorang sahabat Rasulullah bermimpi tentang dua orang sahabat yang lain.

Salah seorang sahabatnya mati syahid dan seorang lagi mati tahun selepas kematian syuhada’ tersebut.

Tapi yang menghairankannya dalam mimpi, sahabat kedua yang meninggal terlebih dahulu masuk syurga berbanding sahabat yang syahid.

Lalu keesokan harinya sahabat tersebut bertanyakan kepada Rasullulah tentang mimpinya. Rasulullah menjawab kepada para sahabat semua: “apa yang menyebabkan kamu semua berasa hairan?”

Kata para sahabat: “Ya Rasulullah lelaki ini mati biasa ya Rasulullah. Kawan dia ni mati syahid. Pasai apa dia masuk syurga lebih awal dari kawan dia yang mati syahid?”

Lalu Nabi SAW tanya kepada para sahabat: “bukankah dia yang mati biasa ni, hidup setahun setelah kawan dia gugur syahid?”

Sahabat kata: “Betul wahai Rasulullah.”

Rasulullah tanya: “Bukankah dia telah menunaikan solat berjemaah Bersama kita?”

Sahabat menjawab: “Betul wahai Rasulullah.”

Rasulullah tanya lagi: “Bukankah dia telah menunaikan solat sunat sekian sekian,” rajin solat sunat dia ni.

Sahabat kata: “betul ya Rasulullah. ”

Kemudian Nabi sallallahu alaihi wasallam sebut: “Bukan kah juga dia sempat bertemu dengan Ramadhan dan berpuasa sebulan Ramadan sekali?”

Sahabat kata: “Betul wahai Rasulullah.”

Rasulullah berkata: “Sesungguhnya perbezaan di antara mereka berdua lebih jauh dari jauhnya langit dan bumi. ”

So bersyukurlah kita di saat kaum keluarga,kawan kawan atau umat Islam yang lain sudah dijemput Ilahi,

Tapi kita masih dipilih Allah untuk menikmati Ramadhan pada tahun ni kerana betapa tingginya darjat dan pahala orang yang dapat beribadah dalam bulan Ramadhan.

Kali ini, terpanggil untuk kongsi satu series di Youtube – Yaqeen Institute yang dihoskan oleh Ustaz Omar Sulaiman

Aku follow series Ramadhan ni dari tahun lepas, tahun lepas topik mengenai Malaikat dan memang sangat gempak dan mindblowing

Dan selepas beberap hari menunggu, akhirnya series tahun ni mula ditayangkan. Topik yang rasanya agak lama tak dibicarakan iaitu tentang Syurga. Bertemakan Jannah – home at last.

Waktu aku tengok series ni setakat ni, ketiga ketiga episode membuatkan air mata aku menitis.

Secara jujurnya, sudah lama rupanya takde dalam hati ini sekelumit perasaan rindu pada syurga, walaupun hari hari setiap kali selepas solat, doa je nak masuk syurga, tapi syurga apakah yang kita maksudkan itu.

Episode pertama series ini bertemakan,

‘Jannah is waiting for you’ @ Syurga sedang menantikan anda. Tajuk pun dah membuatkan aku nak tengok. Video yang berdurasi 8 minit itu aku cuba simpulkan ye.

Permulaan video berkisarkan perbualan Rasulullah dan para sahabat,

Ketika itu Rasulullah tiba tiba menghulurkan tangan seperti mengambil sesuatu dan menjauhkan tangannya seketika dari sesuatu dihadapan para sahabat.

Lalu para sahabat bertanya, “Apa yang kau lakukan ya Rasulullah”

Lalu Rasulullah menjawab “Aku sedang memetik buah anggur yang aku nampak di syurga dan aku menjauhkan tanganku kerana aku nampak api neraka di hadapanku”

Penceritaan diteruskan lagi dengan perbualan Allah dengan Malaikat Jibril.

Allah menyeru kepada Malaikat Jibril, ‘Wahai Jibril, pergilah lihat syurga yang aku sediakan kepada orang orang beriman’

Lalu Jibril pergi dan terpesona melihat betapa hebatnya, freshnya syurga dan Jibril datang kembali, ‘Ya Tuhan, semua orang akan berkeinginan untuk msuk ke syurga ni sekiranya mereka nampak ini rupanya Syurga’

Lalu Allah menyeru kepada Jibril, ‘Wahai Jibril, pergilah melihat kepada Neraka’

Lalu Jibril pergi dan datang semula kepada Allah, ‘Ya Allah, tidak akan ada seorang pun akan nak masuk ke nerakamu sekiranya mereka lihat bagaimana teruknya neraka ini’

Perbualan diteruskan antara perbualan Allah dengan Syurga dan Neraka.

Syurga bertanyakan kepada Allah, ‘Ya Allah, Kenapa orang orang yang lemah dan ditindas/tak diadili dengan betul yang dapat masuk ke SyurgaMu?’

Lalu Allah menjawab, ‘Wahai Syurga. Engkau merupakan simbol ‘mercy’ ku. Aku akan tunjukkan kepada orang yang aku pilih sahaja’

Neraka pula bertanya kepada Allah, ‘Ya Allah, Kenapa orang orang yang sombong dan membangga diri yang masuk ke neraka?’

Lalu Allah menjawab, ‘Wahai Neraka, Engkau merupakan simbol ‘punishment’ku. Aku akan tunjukkan kepada orang yang aku pilih sahaja’

Dan sehingga sekarang kedua dua syurga dan neraka tak sabar menunggu kedatangan ahli ahlinya..

Sehingga suatu masa Syurga memberitahu Allah, ‘Wahai Allah, buah buahan dalam syurga dah masak, air sungai sentiasa mengalir dan aku tak tak sabar menunggu mereka datang. Bawalah mereka datang cepat kepada ku’

Neraka pula berkata, ‘Ya Allah, apiku dah mula kuat, api dah semakin dalam dan api dah semakin marak, jadi bawaklah mereka datang secepat mungkin’

Tapi kepada orang beriman, neraka sentiasa mendoakan golongan ini jauh dari api nerakanya.

Video diteruskan dengan kisah cinta Syurga kepada bulan Ramadhan,

Bila ramadhan datang, pintu pintu syurga akan dibukakan dan pintu pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dirantai.

Dan setiap hari pintu syurga akan semakin terbuka lebar dan semakin hari syurga menjadi semakin cantik untuk menerima kedatangan ahli ahli syurga.

Tapi persoalannya bagaimanakah keinginan kita kepada syurga? Di saat syurga tidak sabar memunggu kehadiran kita semua.

Rasulullah pernah bersabda, ‘Wahai Kaumku, mintaklah syurga sebanyak banyaknya dan mintak jauhlah dari neraka sebanyak banyaknya’

Penutup kepada episode 1 ditutup dengan beberapa kata kata indah..

“Oh wandering soul, you are far from home. Your palaces are here-your rivers too. So rush to me with your duas and deeds, for I am so eager to receive you and your Lord is eager to please you”

Semua video ditutup dengan potongan ayat dari surah Al Fajr..

“Yaa Ayyatuhan Nafsul Muthmainnah, Irji’i ilaa rabbiki raa dhiyatam mardhiyyah, Fadkhuli fii ‘ibadi, wadkhuli janaati”

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridho dan diridhoi-Nya. Maka masuklah kedalam golongan Hamba-hambaKu. dan masuklah kedalam surga-Ku.” (Q. S. Al-Fajr : 27-30)

End of episode 1.

Sorry kalau cerita agak tak menarik dan bercampur ayat BM dan english sebab susah nak translatekan, tu pun ada beberapa part aku tak habis cerita tapi nanti korang tengok sendiri dekat You tube semua series tu okey.

Sangat sangat sangat sangat best dan aku harap kita semua dapat masuk syurga.

Ila jannati Zumaro.

– Dr Ayyash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *