Jawapan Kepada Confession “Inikah Usrah”

Assalamualaikum. Aku rasa penulisan aku kali ini akan mengundang kecaman, haha. Sebenarnya aku pernah baca confession sebelum ni yang tentang inikah Usrah, (https://iiumc.com/inikah-usrah/).

Betul weyh, itu perasaan yang aku pernah rasa. Sebijik.. Persoalan yang sama timbul dekat otak aku setiap kali berjumpa dengan kakak-kakak usrah. Sama, exactly!!

Kenapa aku baru reply sekarang? Actually, aku pernah write dah sebelum ni untuk menjawab.. tapi tiba-tiba hang and hilang.. masa tu aku cuba positive, aku rasa aku ni menjawab dengan emosi, bukan untuk fahamkan situasi.. so I try to write it again..

Well, aku harap readers yang baca , read to understand, not to fight. Peace yo!! Aku just cerita dari pihak aku.. First, adik confessor ada persoalkan bila kakak cakap “tak boleh ke tak pergi program” sebab tak nak skip usrah.. Seolah-olah usrah tu wajib sangat..

Dulu, aku ni seorang mahasiswa yang sangat commited untuk selesaikan tanggungjawab aku sebagai Jawatan Kuasa Pelajar.. aku sangat rasa seksa bila kakak usrah tanya soalan tu.. nak pergi program ni tanggungjawab aku kot.. aku tak boleh tinggal program ni just untuk pergi usrah.. aku ada tanggungjawab as mahasiswa. Sama kan dengan apa yang adik tu rasa?

Dan bila kita aktif program, kita dapat kuota untuk stay in college kan.. Yes, kita kena fight untuk dapatkan kuota.. benda tu semua,tak payah tanya orang usrah je, cuba tanya student tahun , benda itu cuma indah khabar dari rupa..haha.. dan sama jugak, bila kakak usrah tu tanya pasal ‘awak tak percaya rezeki Allah ke?’ Aku panas giler masa tu.. aku tak boleh terima.. aku rasa macam, tahu tak rezeki tu kena usaha? So this is my effort !!!

Persoalan ni and perasaan ini berlanjutan sampai aku masuk tahun 2.. Aku decide untuk jauhkan diri aku dari usrah-usrah ni semua. Aku cari usrah universiti yang aku rasa legal, and memudahkan urusan harian aku.. Sebab usrah universiti ni sangat flexible and memahami..

aku ingatkan aku happy dengan keputusan aku.. tapi perasaan aku tak sama.. walaupun usrah sebelum ni menyakitkan, tapi bila aku usai je usrah, hati aku rasa tenang, rasa nak bertaubat, rasa macam aku perlu ada permulaan baru dalam hdup aku.. sangat berbeza dengan usrah universiti yang formal dan contentnya mengikut silibus yang dah disaring..

Aku bukan nak compare mana lagi bagus.. cuma nak cerita pengalaman ye..so bila aku rasa tak tenang, dosa pun makin banyak.. aku rasa tak boleh nak hidup.. aku serabut..

aku cari balik kakak usrah yang sebelum ni.. aku cakap aku nak usrah balik.. masa tu aku tahun 2, tapi hujung2 sem.. So, bila aku join balik..kakak usrah aku dah mula tegas dengan aku.. kalau masa tahun 1 dulu dia macam tarik-tarik tali lagi.. For those yang pernah join usrah, korang faham apa aku cakap ni.. korang tahu fasa mula2 adalah fasa murabbi kita still tolerate kan..

Lepas aku join balik, sama lah perasaan yang aku rasa sebelum ni.. aku sakit hati dengar ape yang murabbi (kakak usrah) cakap.. aku geram, sebab aku rasa benda tu tak valid.. cakap pasal rezeki, tapi usahanya tak nampak.. pasal study pun , dia ada cakap pasal tak percaya keberkatan waktu ke? Aku was like, what???? 10 chapter nak cover dalam masa sehari sebab nak ikut program dia? memang tak sempat la… baca sampai habis ye cerita ni..

So bila aku rasa dah sesak sangat hati aku.. aku tak tahu mana yang betul mana yang salah.. kalau jalan ini yang Allah redha, kenapa hati aku sakit sangat nak terima apa-apa yang diputuskan dalam usrah ni? Even kalau aku tanya program buat kat mana pun dia tak nak cakap tw.. so aku rasa macam, geram… aku nak plan masa, nak budget study time aku.. at least aku boleh estimate..

Bila dah kusut sangat, the one and only thing yang aku buat adalah, SOLAT ISTIKHARAH. Sungguh-sungguh aku solat istikharah masa tu.. aku rasa berat nya ujian ni.. and aku solat istikharah ni semasa aku dalam program daurah.. program ni 5-6 hari kalau tak silap..

Masa ni murabbi aku tahu yang aku serabut.. sehari sebelum aku istikharah tu, dia bagi aku 2 pilihan.. Nak join atau nak balik? Tegaskan? sebab masa aku tahun 1 dulu dia pujuk aku untuk join.. tapi sekarang dia bagi aku pilihan untuk aku decide sendiri.. aku pilih untuk join.. masa ni keputusan aku berat, sebab dah bercampur dengan ego

Segar lagi kat ingatan aku akan apa yang aku mintak dalam solat istikharah..aku cakap dekat Allah, ” Ya Allah, kalau jalan ni adalah jalan yang betul, kenapa aku rasa tak tenang? Kenapa aku rasa nak marah je? Sedangkan jalan menuju Engkau sepatutnya menenangkan.. kalau betul ini jalan yang Engkau redha, lapangkanlah hati aku”

Sungguh-sungguh aku mintak dengan Allah.. aku nangis teruk sangat dalam sujud aku.. Allah je tahu macam mana besar harapan aku masa tu untuk Allah tunjukkan jalan yang dia Redha.. so, malam tu aku tidur macam biasa.. kan program tu 5-6 hari.. hari yang aku doa tu, hari ketiga.. esoknya, kami akan gerak untuk ke suatu tempat yang aku sendiri tak tahu kat mana…

Bangun je pagi tu.. aku dengar kawan-kawan usrah yang lain bergurau, aku pun ikut gelak..aku semangat packing baju… start terbuka untuk dengar tazkirah subuh.. lama lepas tu.. aku perasan.. haah la, perasaan aku lain.. aku jauh lebih tenang.. aku ikut serta program tu sampai habis tw.. aku rasa banyak sangat ujian perasaan aku sepanjang perjalanan program tu…

Aku dah mula untuk tak fikir benda reme-temeh macam masa, tempat kat mana, makanan nak kena kongsi talam.. hati aku benar-benar lapang… ‘

Rupa-rupanya tempat yang aku tak tahu kat mana tadi tu adalah kl.. masa tu kami bermalam kat sebuah rumah… sebelum tidur, kami baca quran dulu. Murabbi cakap, kita baca 1 page sorang ye, sapa baca dulu, dia dapat tidur dulu.. masa tu penat sangat. So kitorang berebut nak baca. Murabbi cakap, lepas baca , awak masuk bilik dulu.. kemudian baru pergi amek beg. Lepas sorang, sorang yang masuk bilik.. tapi aku ada terfikir masa tu, mana diorang ni tak keluar-keluar dari bilik.. kata nak amek beg..

Bila sampai turn aku, aku pergi la masuk bilik, aku ingat nak amek beg dulu..tapi kunci kereta takde ngan aku.. So aku masuk bilik.. sebelum aku masuk bilik tu, ada dua orang kakak yang senyum lembut sangat kat aku.. dia bagi air yogurt sebelum aku bukak pintu bilik… korang, kalau dapat air yogurt time program daurah ni, kira mewah n rare sangat ye..

Aku pun bukak pintu bilik.. kreeekkkkk… aku tengok kawan-kawan yang dah masuk bilik dari awal tadi, tengah seronok, bersuka ria makan buah-buah kat atas karpet lembut.. muka diorang happy sangat.. bilik tu ada aircond.. kuat sangat, sejuk sangat.. aku rasa bila aku melangkah je dalam bilik tu, hilang semua penat n penderitaan aku sepanjang program tu (kan aku banyak berperang dengan perasaan sebelum ni)..

Bila aku melangkah masuk bilik tu, ada seorang kakak, cantik..berpakaian seperti bidadari.. serba putih.. dia datang mendekati aku lalu dia ucapkan , “Assalamualaikum, bima shabartum ” yang bermaksud, “Salam sejahtera, di atas kesabaranmu.”.. Ayat ini terlakar dalam al Quran, Surah Ar- Ra’d, ayat 24..

Ianya ayat yang diucapkan saat kita melangkat ke pintu syurga.. Mashaa Allah, aku rasa walaupun ini adalah syurga yang di simulasi kan, tapi aku benar-benar merasai nikmatnya.. nikmat sangat.. kalau syurga macam ni pun aku dah rasa penat aku hilang, apatah lagi syurga yang sebenar..

Bersungguh-sungguh kakak ni nak aku rasa nikmat nya islam, bersungguh-sungguh dia nak kita rasa bestnya syurga itu.. penat nye type.. tapi cerita tak habis lagi..

To adik confessor…aku tahu msti kau penat bila kakak tu nak tahu jadual kau kan.. tapi ketahuilah, saat dia nak amek tahu pasal jadual kau, dia tengah struggle dengan jadual dia sendiri.. tapi dia kena jaga jugak kau sebab kau dah jadi tanggungjawab dia… Islam ni perlukan kau untuk naik balik..

To adik confessor, aku tahu kau mesti annoying bila tengok diorang selalu bagi makanan yang tergantung-gantung kat pintu bilik tu… tapi aku pernah tengok seorang kakak yang bagi makanan kat adik usrah dengan duit terakhir dia semester tu… dia cari duit, dia kerja part time.. dia jual kuih, just untuk bagi kau makanan.

Kenapa nak kena bagi makanan? Sebab itu yang Rasulullah buat dulu.. untuk Rasulullah sampaikan islam dekat keluarga dia, nabi buat makan-makan.. sebab makan-makan ni boleh eratkan hubungan hati.. kenapa tinggal kat pintu bilik? bagi je la depan-depan..

Aku ingat lagi dulu, masa kakak usrah aku nak bagi makanan.. aku asyik elak je dari nak jumpa dia.. at last, dia letak je makanan kat pintu bilik.. yes, dulu aku sengaja.. kejam kan? Sampai macam tu sekali aku lari dari dia, padahal dia takde niat jahat pun

Semalam aku ada post tentang perang tabuk, (https://iiumc.com/perang-tabuk-yang-dikorbankan-adalah-hati-bukan-material/). Aku takut sebenarnya nak baca komen.. haha.. aku tahu ramai lagi yang lebih berilmu.. bila kita faham something, perasaan kita ni melonjak-lonjak nak orang sekeliling kita pun rasa nikmat yang sama.. macam kalau kita rasa best minum bubble tea tu, kita akan ulang-ulang cakap best tw benda ni.. tak payah paksa orang review.. orang akan cakap dengan sendiri..

Aku ada baca satu komen tentang benda tu tak applicable untuk zaman sekarang.. sebenarnya, ada kakak usrah yang aku tengok dia kerja sebab nak tampung program usrah ni.. dia work hard cari duit.. sebab usrah tidak pernah bukak tabung derma untuk memohon dana orang ramai.. duit dia cari dari peluhnya sendiri… dan semua disumbangkan..

Kakak ni korang jangan ingat mereka orang jalanan yang suka-suka bagi usrah.. diorang ni lulusan phD.. diorang ni ada dari doktor.. diorang ada lawyer… mungkin ada yang cakap diorang ni macam sesat, tapi percayalah, hati kita ni tak pernah menipu.. Rasulullah dulu pun ramai yang kata sesat, sihir ape semua.. at the end of the day, kebenaran tu pasti akan terbukti

Macam tu lah kakak usrah tu, dia faham something yang dia nak kita faham jugak..sebab tu dia beria nak semua orang faham, yang islam need u so much.. kenapa dia nak kau pilih sangat antara program u dengan usrah? Dia nak kau percaya dengan rezeki.. benda tu betull.. serious.. kenapa aku sakit hati sebelum ni stiap kali dengar murabbi cakap?

Sebab hati aku sakit, hati aku kotor.. hati aku ni tak terbuka untuk dengar apa orang nak sampaikan.. aku dengar untuk mempersoalkan, bukan untuk menerima.. Benda tu sakit, sebab benda tu kotor.. macam kotor kat bawah kuali, makin kuat sakit kita sental, makin bersih.. nak bersihkan hati tu tak mudah.. and obviously nak dapatkan syurga tu tak mudah

Hidup ni bukan macam drama.. ujian bermain dengan orang ketiga dalam hubungan je.. banyak lagi ujian, especially hati.. kalau kau rasa kau pergi kerja, balik kerja, hujung bulan dapat gaji.. kau tahu, deep inside kau sedar yang perjuangan kau sangat mudah.. aku tahu maybe ada orang rasa penat giler nak hadap jammed smua.. mungkin itu ujian yang kau rasa susa sangat… tapi percayalah, penat itu semua penat fizikal.. yang lagi penat ialah penat nak bersihkan hati.

Untuk aku, aku perlukan someone untuk bersihkan hati aku.. untuk ingatkan aku.. ada orang cakap, dia kenal diri dia.. dia dan Allah je tahu apa yang dalam hati.. yes betul, kau dan Allah je tahu.. dan takutlah benda tu.. sebab kau dan Allah je tahu the truth. Even kalau kau deny apa orang nak sampaikan kebaikan, deep inside kau tahu yang dia sedang sampaikan benda yang betul..cuma bercanggah dengan nafsu sendiri… aku writing ni bukan lah aku orang yang baik.. cuma sekadar share..

Bagi aku, sekolah memang perlu untuk timba ilmu, tapi medium mana yang boleh didik nafsu, perangai, hati kita? aku rasa usrah je.. usrah ni bukan pasal ilmu, tapi pasal perjalanan hati kau.. mula-mula dulu aku seorang yang fix, tapi aku dah mula belajar menjadi orang yang flexible,, benda tu process,, aku nak praktik dekat anak-anak in Shaa Allah.. doakan aku ye.. cerita ni mungkin tak lengkap, sorry aku tak pandai writing.. sejam aku writing ni.. haha..

Semoga bermanfaat…

– Aisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *