Jiran Ohh Jiran

Salam semua. Saya seorang ibu berkerjaya yang tinggal di kawasan perumahan bukanlah elit tetapi sederhana di pinggir bandar kota raya.

Kebanyakan penghuni kalangan T20 dan M40 dan majoritinya Melayu. Saya selesa mendiami kawasan ini, begitu juga anak anak saya.

Mereka tidak bersetuju apabila saya mengajak mereka berpindah ke kawasan lebih privasi, berpagar dan lebih besar.

Banyak isu yang menguji kesabaran saya hidup berjiran ini.

Jiran sebelah rumah saya lain karenahnya. Tak kira hari, dia akan mencuci kain kain gombal dan jemur di pagar. Adat rumah teres, pagarkan berkongsi.

Bayangkan semasa cuti, saya lebih gemar berehat sahaja di rumah.

Pada masa yang sama, saya terpaksa menikmati pemandangan kain kain buruk yang dijemur pada pagar di porch saya.

Musim musim perayaan, tetamu yang bertandang ke rumah juga disambut dengan kain kain buruk itu.

Saya nak menegur??? Anak saya bertandang ke rumahnya pun disound. Tak de rumah sendiri ke????

Kadang kala dia berpergiaan berhari-hari, sempat juga meninggalkan kain kain buruk dijemur di pagar untuk tatapan saya sekeluarga.

Pernah juga saya melipatkan dan mengalihkan pada sudut yang tersorok, tak reti jugak.. Berulang dan berulang lagi.

Sampai sekarang saya masih tiada jawapan, apa gunanya kain buruk ni banyak banyak. Setiap minggu kain buruknya berbeza.

Sedangkan saya di rumah lebih gemar menggunakan mop untuk mengelap lantai dan tisu untuk mengelap dapur, tangan dan pinggan.

Saya pun tiada idea nak menegur. Tetapi saya stress dengan situasi ini.

Dia ada ampai pakaian, tetapi tetap nak menjemur di pagar. Sedangkan saya sanggup menyambung rumah saya semata mata menyediakan ruang untuk menjemur pakaian.

Mungkin bagi sesetengah orang ini isu terpencil, tutup mata sajalah kalau tak boleh nak tegur. Tapi saya stress.

Dia membersihkan, mengelap, mengemop atau apa-apa sajalah yang dibuat di rumahnya, OCD mungkin tetapi dia mengotorkan pemandangan di luar. Mentaliti apakah ini.

Letih tau saya mendeko anjung rumah saya tu tetapi ada yang mencemarkan dengan benda yang tak sewajarnya.

Janganlah suruh saya pindah rumah, tapi mohon doakan saya berdamai dengan takdir dan jiran saya terbuka hatinya untuk lebih memahami konsep kejiranan ini.

Ok bye.. Salam.

– Bukan Memey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *