Kesan Aku Baca Novel China V

Disebabkan masih ada permintaan, orang komen untuk aku meneruskan artikel ini, jadi aku nekad untuk tulis part kelima pula.

Artikel sebelum ini – (https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china-iv/).

Untuk pengetahuan anda, orang China suka menulis novel berkaitan dengan kaum mereka, sejarah 5000 tahun, politik dan budaya mereka.

1) Politik dalam novel.

Aku perasan dalam ratusan novel yang aku baca, mereka tak boleh kutuk kerajaan komunis. Maksudnya tak berani atau tak boleh kutuk pemimpin tertinggi, seperti Mao Zedong.

Mereka berani mengutuk pegawai kerajaan corrupt, banyak rasuah. Tapi pemimpi tertinggi dan kerajaan komunis, mereka tak berani mengata sistem komunis adalah salah.

Ada novel aku baca, pegawai kerajaan makan rasuah dan perbuatan dia di report ke pihak atasan. Pegawai yang ada pangkat lagi besar akan ambil tindakan kepada pegawai tersebut.

Mungkin disebabkan nak jual novel, takut bila kutuk kerajaan komunis secara keseluruhan. Novel mereka tak dibenarkan dijual di China, buat penat je taip sampai 2 juta patah perkataan tapi tak boleh jual.

2) Second generation.

Ayat ini pun aku first time jumpa dalam novel, selalu digunakan dalam dua keadaan yaitu second generation merchant dan juga second generation official.

Maksudnya contoh Jack Ma billionaire dari China ada anak, jadi anak dia digelar second generation atau generasi kedua orang kaya.

Satu lagi adalah second generation official, yang ini adalah pegawai kerajaan parti komunis. Anak-anak pemimpin akan digelar second generation dan mereka tak kurang hebat nya dengan anak orang kaya.

Kalau performance baik, anak mereka boleh menjadi pegawai kerajaan juga. Orang awam biasa tak boleh sertai parti komunis dan terlibat dalam urusan kerajaan.

Dalam novel, aku perasan pegawai kerajaan atau official ini akan ada kelebihan, anak orang kaya akan bermain dengan duit. Manakala anak pegawai kerajaan akan bermain pula dengan politik.

Kalau dua ni bergaduh, aku dapat rasakan anak orang kaya akan kalah.

Sebab politik lagi kuat daripada duit, contohnya Jack Ma selepas perkataan dia dekat luar negara. Terus dia disenyapkan oleh kerajaan China, buktinya korang tak nampak pun nama jack ma muncul dalam youtube lagi.

By the way, second generation selalu dibayangkan sebagai seorang yang jahat. Disebabkan mereka lahir lahir je dah ada kekayaan dan kekuasaaan maka nafsu mereka tak seperti orang biasa. Peras ugut, dadah dan pelacuran ini berlaku pada mereka.

Ada novel aku baca, dia nak perempuan senang je dapat, ada yang kena paksa kahwin, ada yang dipaksa jadi perempuan simpanan dan banyak lagi.

3) Change of Dynasty.

Dekat china selalu berlaku pertukaran dynasty, China kan ada banyak dynasty Qin, Yuan, Tang, Ming, Qing dan yang terbaru adalah Republic Of China yang dipimpin oleh parti komunis.

Jadi ada scholar disana yang catatkan apa akan berlaku disetiap perubahan dynasty.

Yang pertama adalah fasa pembentukan: Waktu ini konflik, ketidakadilan selalu berlaku. Ramai orang akan ditangkap dan dihukum.

Yang kedua fasa menaik: Contohnya china kan sekarang ni tengah naik

Yang ketiga fasa kejatuhan: Kebanyakan nya berlaku kerana kemarau, penyakit wabak, harga barang naik dan pemimpin yang sangat zalim.

Jadi akan adalah figura figura seperti Mao Zedong yang memimpin rakyat China untuk bangkit menjadi pemberontak atau pengganas. Qing dynasty jatuh sebabnya pemberontak, yang paksa raja terakhir china lepaskan jawatan.

Yang aku baca Mao Zedong menang dan dapat majoriti sokongan sebab polisi dia yang lebih menarik berbanding persaingan dia.

Tapi dia gagal dalam uruskan ekonomi China, ramai mati kebuluran, ramai mati akibat menjadi mangsa politik dan banyak lah kegagalan dia. Aku rasa sebelum ni aku dah pernah tulis, boleh rujuk semula artikel lama.

4) Kekejaman terhadap wanita.

China ni dia memang obses sangat dengan wanita, dalam novel mereka banyak kisah tentang kekejaman terhadap perempuan.

Mungkin disebabkan sejarah yang lepas, ramai penulis mereka buat kisah pasal kekejaman terhadap perempuan dan juga untuk membuka minda rakyat mereka.

-Penculikan

Daripada zaman dulu lagi, perempuan selalu kena culik. Kalau zaman ancient china, mereka akan kena culik dan dijual untuk dijadikan pengantin, ada yang lagi malang terus kena jual ke brothel.

Zaman sekarang ni pun masih ada lagi kes penculikan, mereka dijual ke kampung terpencil untuk dijadikan isteri.

-Perempuan dibiarkan bodoh.

Disebabkan zaman dulu dan awal-awal penubuhan Republic Of China. Ramai orang tak nak spend duit untuk ajar anak perempuan mereka jadi pandai. Mereka ada satu perkataan popular

‘The Woman without a knowledge is a virtue’

Tapi sekarang dah lain, mereka tak pandang lagi begitu. Lagipun disebabkan 1 policy child lah, status perempuan diangkat tinggi.

-Lelaki kaki pukul

Ini bukan dekat China sahaja, tapi kebanyakan negara. Cuma yang aku selalu baca adalah di China.

Perempuan kalau kena pukul dengan lelaki, mereka akan bertahan sahaja tak melawan. Memang geram sangat baca novel-novel begini.

Ada yang teruk bukan sahaja dibelasah tapi dijadikan kuli.

Ok BTW itu sahaja aku nak kongsi, kalau ada permintaan mungkin aku akan tulis next part.

– Ah Chong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *