Kesan Aku Baca Novel China IV

Lama dah tak tulis sebab terbaca komen di part sebelum ini, tapi saya kembali semula dan ingin menceritakan kesan lain yang saya hadapi.

Part 1 – https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china/

Part 2 – https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china-ii/

Part 3 – https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china-iii/

Untuk pengetahuan anda semua, membaca novel china boleh memberi kesan pada diri. Saya rasa bukan novel china sahaja tapi novel lain pun sama juga, dalam kisah saya ini berlaku disebabkan baca novel china.

1) Panic Attack.

Saya ingat lagi setelah novel yang ke berapa puluh saya baca, saya diserang panic attack atau lebih tepat jantung ni rasa ditekan kerana rasa simpati pada karakter si novel.

Ada beberapa karakter saya tak boleh lupa antaranya adalah adik perempuan yang menjadi giler akibat perkahwinan dia tak direstui.

Dia ditipu oleh scumbag, kononnya lelaki tersebut tak bahagia bila kahwin dengan isteri pertama dia. Akhirnya adik perempuan ni sanggup jadi mak tiri dan berkahwin dengan scumbag/punching bag ni.

Tembelang dia pecah apabila keluarga adik perempuan ni tarik kekayaan yang telah diberikan pada lelaki ini. Dia mula abuse adik perempuan ni sampai keguguran. End up dalam masa setahun dia telah menjadi orang giler

Nasib baik ending dia perempuan tersebut sihat semula tapi yang sakit hati lelaki abuser ni dibenarkan masuk semula dalam keluarga si kaya ni sebab tak nak penyakit mental tersebut menjadi lebih parah.

Waktu baca ni memang sakit hati, sampai sekarang tak boleh lupa.

2) Tangan rasa ringan nak menumbuk.

Aku perasan dekat tiktok ramai lelaki buat video, siap ada yang nak tumbuk tv hala tumbukan pada dr omar.

Perkara sama jadi dekat aku, aku rasa nak masuk dalam novel cari si abuser ni untuk belasah dia habis habisan. Tergamak kau jadi abuser, tergamak kau jadi biawak hidup.

3) Short breathing.

Pernah jadi, sebelum nak tidur saya buka handphone baca novel. Menyesalnya sebab bila baca terasa tak dapat bernafas, jantung berdegup kuat sebab rasa marah yang terlalu sangat.

Akhirnya satu malam tak dapat tidur akibat jantung yang berdegup kencang ibarat lari 100 meter.

4) Nak tulis novel sendiri.

Kerana kesakitan inilah bermulanya kerjaya saya sebagai penulis novel fanfiction.

Novel pertama saya berkaitan harry potter, sebab bengang dengan karakter james potter.

Dia pembuli, abuser dekat sekolah tapi akhirnya dia pemenang dan dapat kahwin dengan lily evans.

Terus ambil laptop, taip fanfiction untuk bantu severus snape jadi hero pula. Hahahaha

By the way, saya tak fokus hanya novel china, sesekali saya baca novel British, Philiphine, India.

Barulah minda terbuka dan tahu pola pemiliran pelbagai bangsa.

– Ah Chong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *