Kesan Aku Baca Novel China III

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku sebelum ini.

Part 1 – https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china/

Part 2 – https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china-ii/

Asyik cerita tentang keburukan pula kan, kali ini aku nak cerita pula bagaimana status seorang perempuan boleh berubah daripada teruk kepada ok lah.

1) Tied Foot/ Binding Foot/ Ikat kaki

Asalnya ini bukan budaya china, tetapi telah menjadi budaya china setelah seorang court dancer. Dia telah mengikat kaki dan membuatkan Emperor Li Yu tergoda.

Dan sejak daripada kisah tersebut perbuatan ini menjadi budaya, awalnya hanya untuk golongan atasan di China, tapi lama kelamaan commoner atau orang biasa pun terikut budaya ikat kaki.

Untuk sesiapa yang tak faham, ikat kaki maksudnya perempuan tersebut tulang di tapak kaki mereka akan dipatahkan dan seterusnya diikat. Nanti kaki tersebut akan terbentuk menjadi seperti heels.

Memang sakit, walaupun perkara tersebut dibuat dari umur 5 tahun kesannya sampai ketua masih lagi rasa kesakitan apabila berjalan atau berdiri.

Budaya ini ditamatkan apabila pemerintah cina mengkritik budaya tersebut dan mengharamkannya. Menurut sumber youtube, wanita yang diikat kaki oleh ibu bapa mereka akhirnya terpaksa menjalani kehidupan yang sukar.

Lelaki dah tak minat dengan foot binding, lagi minat kaki yang normal sebabnya zaman dah berubah.

Wanita pun disuruh bercucuk tanam, dengan kaki yang terikat maka mereka ini tak mampu buat kerja bercucuk tanam dengan lama.

2) Besarkan anak perempuan sia sia je.

Perkataan ini berlegar daripada ancient China lagi. Mereka menganggap membesar kan seorang perempuan sia sia je. Nanti dah besar, dia akan pergi dekat rumah mertua dia je, ibu bapa si perempuan cuma akan terima dowry je.

Orang china zaman dulu, lelaki dia akan tinggal bersama ibu bapa mereka walaupun selepas kahwin.

Kalau rumah kecik mereka akan tidur bersempit sempit, ada duit lebih maka mereka akan luaskan rumah. Kalau ada 7 orang lelaki, ketujuh tujuh akan tinggal bersama ibu bapa sampai lah mereka meninggalkan dunia.

Selepas itu baru mereka separate household, asingkan pendaftaran keluarga dan agihkan harta pusaka. Jadi lelaki lebih disukai daripada kaum wanita.

Budaya anak perempuan sia sia ini tertamat bermula apabila one child policy diperkenalkan di China pada tahun 1980. Waktu ini memang sangat strict, kau mengandung 7 bulan tetap disuruh gugurkan anak.

Jadi ada kes, anak perempuan dibuang dekat hutan untuk dimakan binatang buas, ada yang dicekik dan ada yang dilemaskan.

Kalau tertangkap dengan pihak berkuasa maka kena bayar saman tinggi, boleh jadi bankrap wei.

Lelaki pulak akan dimandulkan kalau degil sangat tetap nak buat anak. Ini akan berlaku kepada pasangan yang dah ada anak 1 tapi mengandung lagi.

Jadi selepas one child policy diperkenalkan maka perempuan lebih disayangi daripada sebelum ini.

3) Budaya jual beli perempuan.

Ya dekat sana banyak berlaku kes human trafficker. Ini aku baca novel yang dah agak moden bukan macam yang sebelum ini tahun 1980.

Ada perkampungan dekat China, orang perempuan tinggal sikit je kerana mereka ke bandar sebab kan perempuan ni lagi rajin belajar.

Jadi anak teruna kat rumah, tak ada pilihan. Mereka nak tinggalkan kampung ada ibu bapa lagi di kampung, nak kerja pun tak ada pendidikan tinggi.

Jadi kat sinilah 1 kampung berpakat beli perempuan, kebanyakan perempuan ini adalah graduan graduan universiti (based on novel aku baca).

Pihak penculik ini akan bawa ke hujung kampung dan jual lah 30,000 yuan, 50,000 yuan. Lagi cantik maka lagi mahal harga ditawarkan.

Satu kampung tua, muda, lelaki perempuan berpakat. Bila beli je, mereka akan dipaksa berkahwin dengan anak teruna di rumah.

Kena rogol gitu je, nak keluar tak boleh sebab satu kampung dah kenal muka, kalau mereka berjalan lebih perimeter kampung maka siap lah kau kena belasah.

Ada yang novel aku baca, siap dibutakan dan ada yang teruk dipatahkan kaki. Ada juga yang aku baca, lelaki tersebut beranggapan mereka dah bayar mahal sampai nak bangkrap maka perempuan kena kerja lah sara dia pula.

Mula-mula aku tak percaya budaya ini ada lagi, tapi lepas tengok video dari north korea refugee yang nak lari dari north korea.

Dan juga ada tertengok satu klip, perempuan dikurung oleh suami. Dia dibeli oleh suami tersebut dari penculik atau human trafficker.

Korang boleh faham kan, kenapa aku agak anti kalau perempuan nak pergi China seorang diri.

Hasil bacaan novel, hasil semak dengan CHAT GPT, hasil tengok video maka aku beranggapan China sangat bahaya untuk kaum wanita.

Sebab itu tak pelik kenapa kerajaan komunis china develop technology AI Kamera untuk mengenal pasti muka di setiap pelusuk bandar mereka.

By the way kalau ada yang minat lagi, aku mungkin boleh sambung part 4 pula, next part mungkin berkenaan China dan Rebellion.

– Ah Chong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *