Kesan Aku Baca Novel China II

Terima kasih kerana baca confession pertama aku- https://iiumc.com/kesan-aku-baca-novel-china/

Ada juga yang komen aku ni senang termakan fitnah kerana berpandukan novel, ada juga yang komen sebab aku cari dan pilih genre abuse je cuba pilih fantasy ke isekai ke.

Untuk pengetahuan pembaca, confession pertama tak lengkap dan pendek sebab aku nak tengok admin IIUM Confession akan approve tak content sebegini. Jadi kena test market dulu, kalau lepas baru boleh buat sambungan kedua.

Aku suka baca genre historical, modern, fantasy dan banyak lagi. Sejujurnya banyak sejarah china aku tahu hasil membaca novel mereka. Contohnya MING DYNASTY, QING DYNASTY ini semua hasil bacaan novel historical.

Kerana novel historical ini lah aku dapat tahu tentang budaya abuse dan perkataan ‘tiada lelaki yang tak pukul perempuan.’

Sejujurnya kebanyakan novel yang aku yakin adalah budaya cina dari novel adalah dari tahun 2000 ke bawah, atas itu budaya mereka kemungkinan dah berubah kerana teknologi yang berkembang pesat.

Jadi kali ini aku nak bawa pula pembacaan kepada era Mao Zedong masih hidup,

Ini antara kegemaran aku sebabnya era ini china sangat terkebelakang. (Author tulis dari tahun 1965-1977)

1) Kolej Ditutup

Ya terkejut kan, bayangkan universiti di Malaysia ditutup. Pelajar yang dah belajar bertahun-tahun disuruh balik rumah bertani atau kerja di kilang.

Menurut bacaan aku, di China berlaku cultural revolution jadi pembelajaran disana terganggu, kolej ditutup.

2) Educated Youth

Ramai orang muda dihantar ke perkampungan, mereka yang baru habis sekolah dihantar ke perkampungan untuk bercucuk tanam.

Ada novel aku baca, Author/Penulis gambar kan. “Apa guna belajar, bayar mahal-mahal. Akhirnya kena datang ke kampung bercucuk tanam.”

3) Hukou

Ini maybe ramai tak tahu, hukou ni mudah kata macam passport. Korang tinggal di Putrajaya, nak keluar daripada Putrajaya menuju KLCC kena ada cop atau surat daripada ketua kampung. Haa gitu senang faham.

Jadi educated youth yang dari bandar, apabila dihantar ke perkampungan. Identiti dan status mereka terus jadi orang kampung. Kalau nak balik jumpa keluarga pun tak boleh selalu, setahun sekali gitu.

Kalau jadi lelaki agak senang sikit, sebab educated youth lelaki orang kampung nak kahwin. Tapi kalau perempuan educated youth memang susah.

Paling malang sekali, tak boleh buat apa-apa nak tukar status tersebut. Once jadi orang kampung, sampai mati jadi orang kampung.

4) Jantina

Macam aku kata di atas, kebanyakan ibu bapa akan pilih perempuan daripada lelaki. Apatah lagi kalau dalam keluarga mereka lelaki cuma ada seorang je dan perempuan ramai, jadi mereka akan korbankan orang perempuan untuk jadi orang kampung.

Mereka yang berpindah ke kampung ini, kalau muka awam mungkin selamat. Tapi kalau cantik, kena cepat-cepat berkahwin kalau tak jadi mangsa rogol. Orang china zaman dahulu utamakan maruah, lelaki macam tak tahu malu.

Melalui pembacaan aku, lelaki zaman tersebut diketahui membuat percubaan seksual tapi orang kampung condemn atau mempersalahkan perempuan tersebut.

Akhirnya terpaksa kahwin sebab nak tutup malu. Kalau tak kahwin teruk, orang gosip pasal dia dan semakin teruk gangguan seksual pada perempuan tersebut.

Aku ada baca lebih kurang 10 buah novel china berkaitan educated youth perempuan, muka cantik memang inilah jawabnya. Sebab orang sana tak nak kahwin dengan perempuan yang maruah dah tergadai.

Dan bila kahwin pula hidup lagi sengsara sebab kena sara biawak hidup, dia sedap sedap keluar kita pula kena kerja jadi ramai kalangan perempuan educated youth yang bunuh diri.

5) Profiter atau berniaga

Ini dilarang sama sekali, kau nak buka stall jual nasi lemak tepi jalan tak boleh. Kalau kena tangkap, askar akan disiplinkan kau. Nama akan jadi malu, nak belajar terganggu.

6) Woman hold half of the sky/ Wanita memegang separuh langit.

Banyak perkara yang cuba diharamkan oleh kerajaan china antaranya mengikat kaki perempuan, percaya karut marut contohnya perempuan jinx atau pembawa sial.

Jadi muncullah satu ayat, wanita memegang separuh langit. Maksudnya gabungan lelaki dan perempuan barulah langit tak jatuh. (Ini pandangan aku sendiri tak pernah google.)

Perkataan ini mulanya untuk angkat status wanita, tapi disalah gunakan oleh kaum lelaki. Contohnya dalam bab bertani, perempuan dan lelaki kena buat kerja baru dapat point dan point tersebut akan ditukarkan dengan makanan, beras, daging.

Jadi kat mana disalah gunakan?

Menurut youtube, wanita akan diangkat status mereka apabila bertani. Kan kerja bertani penat, jadi kat sinilah lelaki akan cakap, woman hold half the sky. Jadi kena buat sama banyak lah.

Ini kefahaman aku ya, boleh google untuk lebih detail.

7) Zaman pembebasan/Restoration College/Kolej Dibuka semula

Dan pada tahun 1977 lah china mula keluar dari kegelapan, selepas Mao Zedonng mati dan Gang Of Four berebut kuasa.

Akhirnya educated youth yang dah beranak pinak kat kampung ni boleh balik dapatkan hukou di bandar semula. Caranya kena lulus universiti, waktu ini memang mereka semua terkejut dan berebut rebut ambil exam admission college.

By the way maklumat ini aku dapat hasil bacaan novel 1970-1978 gitu, sebelum kolej dibuka semula. Jadi aku berani kongsikan budaya orang cina China di sana atau lebih tepat HAN ETHNICS.

Ada lagi banyak hasil yang aku dapat simpulkan daripada novel-novel kalau nak aku boleh sambung part 3.

Mungkin next part aku akan cerita bagaimana kaum perempuan yang dianggap bawahan akhirnya sekarang ni dah berubah status mereka.

– Ah Chong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *